Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

151) PEMBINAAN INCINERATOR

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut


  1. Kementerian KPKT telah mengumumkan bahawa rancangan pembinaan incinerator di setiap negeri, apakah pendirian Kerajaan Negeri berkenaan rancangan tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan akan memberi kelulusan pembinaan incinerator walaupun operasi incinerator akan menjejaskan kesihatan penduduk?

    Klik jawapan »

152) KUALITI AIR MENTAH

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew

Kategori: Mulut


  1. Kualiti air mentah dari Pahang ke Selangor telah dipersoalkan. Adakah kerajaan akan menjalankan kajian untuk memastikan kualiti bekalan air mentah?

    Klik jawapan »

153) KAWALAN HAIWAN TERNAKAN DI KAWASAN BANDAR

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut


  1. Bolehkah lembu-lembu yang berkeliaran di kawasan bandar diklasifikasikan sebagai lembu liar dan tidak bertuan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan tegas kepada pemilik lembu yang didapati tidak mengawal haiwan ternakan mereka?

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah lembu liar ini?

    Klik jawapan »

154) PARIT DAN RUMPUT

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Sub-soalan telah di tolak

  2. Pihak agensi mana yang bertanggungjawab - JKR atau JPS?

    Klik jawapan »

  3. Apakah SOP yang sepatutnya dipatuhi untuk penyelenggaraan parit dan rumput ?

    Klik jawapan »

155) INISIATIF NEGERI SELANGOR KE ARAH PERANCANGAN FIRST-MILE LAST-MILE

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut


  1. Apakah inisiatif terkini Kerajaan Negeri Selangor dalam menyelesaikan masalah first-mile dan last-mile untuk pengguna kemudahan awam?

    Klik jawapan »

156) PEMBANGUNAN SUNGAI KLANG

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah yang dilaksanakan untuk menyuntik dinamisme baru kepada Sungai Klang sebagai sumber ekonomi baru Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

157) KEDAI JUAL ARAK HARAM

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut


  1. Berapakah bilangan kedai jual arak haram di Selangor yang telah diambil tindakan mengikut PBT?

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan jenis tindakan yang diambil sama ada pembatalan lesen, dan sebagainya.

    Klik jawapan »

158) PROJEK LANDASAN KERETAPI PANTAI TIMUR (ECRL)

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Mulut


  1. Apa perkembangan terkini sejak lawatan Perdana Menteri ke Negara China berkenaan projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL)?

    Klik jawapan »

  2. Adakah wakil Kerajaan Negeri Selangor dipanggil untuk mesyuarat di peringkat Pusat berkenaan projek ini pada tahun ini dan apa yang dibincangkan jikalau ada?

    Klik jawapan »

159) RUMAH SELANGORKU

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut


  1. Terdapat aduan bahawa sebahagian unit rumah Selangorku telah disewa ke penduduk tempatan dan juga pendatang asing. Pihak manakah yang akan memantau untuk memastikan semua pemilik rumah Selangorku memang mendiami di unit tersebut dan jika pernahnya memantau, sila memberi laporan pantauan

    Klik jawapan »

160) RUMAH PRIHATIN & RUMAH ZAKAT

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan bilangan unit rumah prihatin & zakat yang telah dibina daripada 2015 hingga 2017.

    Klik jawapan »

  2. Siapakah yang memantau pembinaan rumah sebelum diserahkan kepada pemohon dan apakah kaedah pemantauan?

    Klik jawapan »

  3. Bagaimana status rumah prihatin dan zakat yang telah dibina diatas tanah kerajaan?

    Klik jawapan »