Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

241) ISU MEMORANDUM OF TRANSFER (MOT) BANDAR PUTRA PERDANA

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi membantu penduduk terkesan di Bandar Putra Perdana akibat isu MOT yang tidak berkesudahan ini?

    Klik jawapan »

  2. Berapa banyak kawasan lain di Dengkil yang mempunyai isu MOT dalam pemantauan dan tindakan pihak Kerajaan Negeri? Mohon disenaraikan.

    Klik jawapan »

242) KEBOCORAN DAN KEROSAKAN PAIP

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah anggaran kehilangan hasil akibat kebocoran dan kerosakan paip air?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah langkah Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah tersebut dan jumlah perbelanjaan yang telah dibuat setakat ini?

    Klik jawapan »

243) SUKAN

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Bakhtiar Bin Mohd Nor

Kategori: Mulut


  1. Apakah program sukan terkini untuk anak muda dan belia yang telah dijalankan oleh kerajaan di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah ada rancangan pembinaan kompleks sukan lengkap seperti kelab rakan muda di Kawasan Semenyih bagi menjadikan semenyih sebagai tumpuan rekreasi anak muda?

    Klik jawapan »

244) BALAI POLIS YANG TIDAK MEMPUNYAI PERABOT YANG MENCUKUPI

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut


  1. Terdapat balai polis yang meminta sumbangan daripada ADN kerana balai mereka kekurangan perabot seperti TV dan sebagainya. Adakah Kerajaan Selangor bersedia memantau keadaan balai-balai?

  2. Sekiranya memang wujud keadaan kekurangan keperluan balai, apakah Kerajaan Selangor yang boleh membantu?

245) MEMOHON PERTAMBAHAN SEKOLAH

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk menambah jumlah sekolah dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan dibawah Kementerian berkaitan khususnya di Kota Warisan dan Bandar Bukit Puchong?

    Klik jawapan »

246) PERANAN MASJID DAN SURAU

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Selangor mempunyai perancangan khusus untuk memastikan masjid dan surau menjadi institusi yang menyatukan ummah merentasi fahaman politik dan perkauman?

    Klik jawapan »

247) RUU ENAKMEN PERKHIDMATAN DEWAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Selangor akan berusaha supaya Dewan Negeri Selangor mendahului Parlimen Malaysia dalam menggubal Enakmen Perkhidmatan Dewan Negeri Selangor untuk memartabatkan institusi Dewan Negeri Selangor dan memberi kebebasan kepadanya untuk mentadbir urusan kewangan sendiri?

    Klik jawapan »

248) PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PEBT)

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut


  1. Terdapat PBT dan Ahli Majlis yang masih menganggapkan PeBT merupakan jawatan yang dimiliki oleh PBT dan pernah berlakunya peruntukkan PeBT digunakan oleh PBT tanpa kebenaran pengerusi PeBT. Satu SOP atau cara menyalurkan peruntukkan PeBT perlu diwujudkan demi mengatasi masalah ini.

    Klik jawapan »

249) ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT (FOI)

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan bilangan permohonan maklumat di bawah FOI dari tahun 2013-2018.

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan bilangan aduan yang diterima daripada orang awam mengenai pelaksanaan FOI.

    Klik jawapan »

  3. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk memperbaiki pelaksanaan FOI?

    Klik jawapan »

250) PENGGANTIAN PEKERJA ASING DENGAN ANAK TEMPATAN

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut


  1. Apakah rancangan Kerajaan Negeri bagi mengurangkan penggunaan pekerja asing di Selangor, dengan mengalakkan lebih banyak anak tempatan bagi pengambilalihan tugas kerja pekerja asing?

    Klik jawapan »