Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

121) PENGAMBILAN PENJAWAT KONTRAK

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut


  1. Berikutan pengiktirafan sijil UEC oleh kerajaan Selangor, pengambilan penjawat awam masih tertakluk kepada garis panduan JPA. Walau bagaimanapun, adakah pihak PBT atau kerajaan negeri di benarkan mengambil pemohon pemegang sijil UEC sebagai penjawat kontrak?

122) PENDAFTARAN MARRIS BAGI JALAN PERTANIAN

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Mulut


  1. Sehingga akhir 2017, berapakah jumlah keseluruhan panjang jalan yang berjaya didaftarkan di bawah MARRIS?

  2. Nyatakan jumlah panjang jalan pertanian bagi kategori kawasan pekebun kecil mengikut daerah.

  3. Apakah pendekatan dan usaha kerajaan bagi membantu membaiki kerosakan jalan-jalan di kawasan pertanian?

123) PENYELESAIAN BERSEPADU PEMBANGUNAN TANAH DI IJOK

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut


  1. Apakah punca kegagalan syarikat usaha sama yang dilantik untuk memajukan tanah tersebut?

  2. Kenapakah Kerajaan memutuskan untuk menarik balik kes ini dimahkamah dan membuat penyelesaian di luar mahkamah?

124) RUMAH SELANGORKU JENIS B

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan lokasi dan jumlah unit Rumah Selangorku jenis 'B' yang telah siap dibina.

  2. Nyatakan jumlah pemohon rumah jenis 'B' dan jumlah yang telah diluluskan.

125) PEMBAIKAN DAN PENYELENGARAAN KAWASAN MASJID ATAU SURAU

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut


  1. Apakah prosidur untuk permohonan geran untuk pembaikan atau penyelenggaraan kawasan Masjid atau Surau?

  2. Berapakah lama tempoh masa diperlukan untuk memproses suatu permohonan tersebut?

126) KEJAYAAN ISU LIF PANGSAPURI DI SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan setakat mana kejayaan mengurus isu lif rosak di Selangor. Perincikan jumlah dan nilai lif tersebut.

127) PENGURUSAN SAMPAH DI KAWASAN KAMPUNG

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Tempat pelupusan sampah (landfill) akan berkurangan dan juga menimbulkan masalah kesihatan. Apakah rancangan panjang Negeri Selangor untuk mengatasi masalah ini?

  2. Adakah Negeri Selangor akan menggunakan teknologi terkini untuk melupuskan dan menguruskan masalah sampah?

128) LIPUTAN WIFI

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah kerajaan negeri untuk meningkatkan keupayaan liputan wifi dikawasan luar bandar yang masih lemah liputannya pada masa ini?

  2. jika ada, nyatakan lokasi pelaksanaannya dalam kawasan luar bandar mengikut daerah-daerah.

129) MASALAH KEROSAKAN JALAN PERSEKUTUAN 5

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan segmen-segmen jalan Persekutuan 5 yang dikategori sebagai kritikal.

  2. Apakah punca utama yang menyebabkan kerja-kerja penyelenggaraan gagal dilaksanakan walaupun permukaan jalan begitu kritikal?

  3. Sila perjelaskan apakah wujud unsur-unsur sabotaj dari JKR Persekutuan untuk menimbulkan kemarahan terhadap KNS.

130) PROGRAM PEMBINAAN RUMAH PPRT DI ATAS TANAH PERSENDIRIAN

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut


  1. Berapakah permohonan yang Pejabat Daerah Tanah telah terima bagi penduduk Paya Jaras?

  2. Apakah status permohonan tersebut?