Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

131) KEPIMPINAN WANITA

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut


  1. Apakah usaha/program Pembangunan Kapasiti (capacity building) Kepimpinan di kalangan wanita di Selangor dari 2013 sehingga kini? Senaraikan.

  2. Apakah kayu ukur/KPI yang digunakan sehingga sesorang itu diketogarikan sebagai pemimpin wanita?

  3. Berapa ramaikah pemimpin wanita telah dilahirkan dari program-program di atas?

132) SMART SELANGOR COMMAND CENTRE (SSCC)

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan secara terperinci peruntukan bagi mewujudkan SSCC.

  2. Berapakan kos pengurusan SSCC pada 2017?

  3. Nyatakan pencapaian SSCC pada 2017.

133) PAGAR ARUS ELEKTRIK

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Apakah dasar kerajaan Selangor dan undang-undang yang sedia ada untuk PBT terhadap pemasangan pagar keselamatan yang menggunakan arus elektrik untuk menghindari penceroboh sama ada oleh pemilik rumah individu atau pemaju perumahan?

134) JUMLAH KAD KISS YANG TELAH DIKELUARKAN DAN DIAKTIFKAN

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah kad KISS yang telah dikeluarkan kepada DUN-DUN dan berapakah yang telah diaktifkan?

135) KEMELUT STADIUM SHAH ALAM

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Apakah punca kemelut di antara kerajaan dengan Persatuan Bolasepak Selangor terhadap penggunaan Stadium Shah Alam dan adakah tindakan yang diambil ini merugikan sukan bolasepak di Negeri ini?

136) HOSPITAL AWAM UNTUK PETALING JAYA

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut


  1. Mengapa Kerajaan Negeri bersetuju untuk menghapuskan keperluan pembinaan hospital kerajaan atas tanah Kontena Nasional di Petaling Jaya?

  2. Adakah cadangan pindaan kenyataan bertulis RTPJ2 ini melalui proses publisiti dimana orang ramai boleh mengemukakan bantahan?

  3. Jika ya, bila?

137) MASALAH ANJING LIAR DI KAWASAN KEDIAMAN SERTA BANYAK ADUAN TIDAK DAPAT DISELESAIKAN OLEH MPK. MERUJUK JAWAPAN BALAS DALAM SIDANG KE 13 PENGGAL 5. JUMLAH TANGKAPAN TERTINGGI DARIPADA MPK

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Apakah ada rujukan kajian, faktor pembiakan aktif serta langkah pengawalan pembiakan bagi anjing liar?

  2. Apakah telah ada perlantikan kontraktor membantu penangkapan ini di MPK?

  3. Berapakah keseluruhan kos pengurusan penangkapan dan penjagaan dalam kurungan?

138) KOMPLEKS WARGAEMAS SHAH ALAM (KWS) DI SEKSYEN 24 SHAH ALAM

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan sejarah penubuhan KWS ini, termasuk isu pemilikan tanah dan aset KWS.

  2. Siapakah yang bertanggungjawab keatas KWS ini?

  3. Apakah aktiviti yang telah dilakukan dan siapakah pengendalinya? Sila nyatakan untuk tahun 2010-2018.

139) PROJEK LALUAN REL PANTAI TIMUR (ECRL)

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut


  1. Apakah sebab dan faktor menyebabkan Kerajaan Negeri belum lagi memberikan kelulusan permohonan tanah bagi pembangunan ECRL bagi jajaran Pelabuhan Klang ke Gombak sejauh 60 kilometer?

140) LAMPU JALAN LED

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut


  1. Jelaskan jenis lampu LED yang di gunakan oleh PBT dan piaiwaian yang di gunakan.

  2. Mengapa masih ada penggunaan lampu jenis LED yang memakan arus eletrik 150W yang tidak ada sebarang penjimatan?