Semua Seksyen

Enakmen Tabung Warisan 1991

Seksyen

1

Tajuk

Tajuk Ringkas
1

Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Tabung Warisan 1991.

Seksyen

2

Tajuk

Tafsiran
2

Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang ini-

“Kumpulan Wang” ertinya kumpulan wang amanah yang dipanggil “Tabung Warisan yang ditubuhkan oleh ketetapan Dewan Undangan Negeri selangor yang dibuat pada 17hb April 1989di bawah seksyen 10 (4) (b), Akta Prosidur Kewangan 1957;

“Lemabaga” ertinya Lembaga Tabung Warisan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“sekuriti” termasuklah saham, kumpulan wang, syer, bon dan debentur dan lain-lain suratcara yang mewujudkan atau membuktikan suatu gadaian atau lien pada aset.

Seksyen

3

Tajuk

Lemabaga Tabung Warisan
3 [1]

Maka adalah ditubuhkan suatu lembaga yang dikenali sebagai “Lemabaga Tabung Warisan”.

3 [2]

Maka adalah menjadi fungsi Lembaga untuk mentadbirkan Kumpulan Wang.

3 [3]

Ahli-ahli Lembaga hendaklah terdiri daripada-

(a) seorang Pengerusi;

(b) Pegawai Kewangan Negeri, sebagai Timbalan Pengerusi;

(c) Penasihat Undang-Undang Negeri;

(d) Timbalan Pegawai Kewangan Negeri, sebagai                            Setiausaha;

(e) Bendahari Negeri, sebagai Bendahari;

(f) Pengurus, Bank Negara Malaysia, Cawangan Shah Alam;       dan

(g) dua orang yang mempuyai pengalaman dalam bidang            perniagaan atau kewangan.

3 [4]

Ahli-ahli Lembaga yang disebutkan di bawah subseksyen 3 (a) dan (g) hendaklah dilantik oleh Menteri Besar.

3 [5]

Lembaga boleh, melalui suratcra bertulis, mewakilkan kepada mana-mana orang segala atau mana-mana fungsinya di bawah Enakmen ini.

3 [6]

Lembaga bolehlah membayar setiap ahli Lemabaga apa-apa elaun, termasuklah elaun perjalanan dan elaun sara hidup, mengikut kadar sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri Besar dari semasa ke semasa.

3 [7]

Tertakluk kepada Enakmen ini, Lembaga boleh membuat kaedah-kaedah untuk mengawalselia prosidingnya.

3 [8]

Semua ahli-ahli Lembaga hendaklah disifatkan sebagai pengkhidmat awam dalam erti Kanun Kesesakan.

Seksyen

4

Tajuk

Wang yang Dikehendaki Dibayar ke Dalam Kumpulan Wang
4 [1]

Wang yang berikut hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang-

(a) wang yang dari semasa ke semasa diuntukkan daripada Kumpulan Wang Disatukan kepada dan bagi maksud-maksud Kumpulan Wang;

(b) segala wang yang merupakan hasil daripada apa-apa pelaburan Kumpulan Wang yang dibuat oleh Lembaga;

(c) apa-apa sumbangan yang dibuat oleh mana-mana Majlis Daerah, Majlis Perbandaran, Badan-Badan Berkanun, atau lain-lain pihak berkuasa berkanun; dan

(d) segala pemberian, dermawan, endowmen, alang, bekues dan lain-lain sumbangan oleh mana-mana institusi, syarikat atau individu kepada Kumpulan Wang.

Seksyen

5

Tajuk

Kumpulan Wang Pembangunan Negeri
5

Selepas tahun 1995 Lembaga boleh dari semasa ke semasa memindahkan apa-apa amaun dari Kumpulan Wang sebagaimana ia fikirkan wajar ke dalam Kumpulan Wang Pembangunan Negeri.

Seksyen

6

Tajuk

Penggunaan wang Kumpulan Wang
6

Tertakluk kepada seksyen 5, wang dalam Kumpulan Wang tidak boleh digunakan bagi apa-apa maksud, kecuali bagi maksud yang diperuntukkan dengan nyata oleh Enakmen ini.

Seksyen

7

Tajuk

Pelaburan wang Kumpulan Wang
7 [1]

Lembaga boleh melaburkan wang yang ada di dalam tabung-

(a) sebagai simpanan deposit di mana-mana bank, di dalam atau di luar Malaysia;

(b) dalam mana-mana daripada pelaburan-pelaburan yang dibenarkan oleh Akta Pemegang Amanah 1949 atau Akta Pelaburan Amanah 1965;

(c) dalam sekuriti-sekuriti mengikut terma-terma yang menguntung Kumpulan Wang;

(d) dalam suratcara pasaran wang, termasuklah bil perbendaharaan, penerimaan jurubank dan perakuan deposit dalam apa-apa mata wang termasuk ringgit dengan tempoh -tempoh kematangan tidak melebihi satu tahun;

(e) dalam pinjaman-pinjaman, mengikut terma-terma yang menguntungkan Kumpulan Wang, kepada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Negeri di Malaysia;

(f) dalam pinjman-pinjaman, mengikut terma-terma yang menguntungkan Kumpulan Wang, kepada mana-mana pihak berkuasa atau perbadanan awam atau syarikat yang Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan mempunyai kepentingan di dalamnya;

(g) dalam pendahuluan-pendahuluan bagi maksud membantu pencarigalian dan pemajuan mineral-mineral dan penanaman, memproseskan atau pemasaran apa-apa keluaran utama kepada-

(i) mana-mana pihak berkuasa yang ditubuhkan                 di bawah mana-mana undang-undang bertulis               di dalam Persekutuan; dan

(ii) mana-mana koperasi yang melibatkan diri                      dalam kerja perlombongan, perladang,                            pertanian, perkebunan, atau perikanan;

(h) dalam logam-logam berharga termasuk emas,                perak, platinum dan paladium; dan

(i) sebagaimana yang dibenarkan selainnya oleh                 Pihak Berkuasa Negeri.

7 [2]

Pelaburan yang disebut di dalam paragraf (e) subseksyen (1) tidaklah boleh pada bila-bila masa melebihi sepuluh peratus aset boleh lupus Kumpulan Wang.

7 [3]

Jumlah pelaburan yang disebut di dalam paragraf (f) dan (g) subseksyen (1) tidaklah boleh pada bila-bila masa melebihi dua puluh lima peratus aset boleh lupus Kumpulan Wang.

Seksyen

8

Tajuk

Perbelanjaan Pentadbiran
8

Apa-apa kos, perbelanjaan atau lain-lain pembayaran yang secara langsung boleh dikaitkan dengan pentadbiran Kumpulan Wang hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang.

Seksyen

9

Tajuk

Arahan Menteri Besar
9 [1]

Menteri Besar boleh, secara bertulis, memberi kepada Lembaga apa-apa arahan bersifat am yang tidak bercanggah dengan peruntukan-peruntukan Enakmen ini yang ada hubungan dengan perjalanan dan pelaksanaan fungsi-fungsinya dan Lembaga hendaklah melaksanakan segala arahan itu.

9 [2]

Lembaga hendaklah memberi kepada Menteri Besar apa-apa penyata, akaun dan lain-lain maklumat berkenaan dengan aset dan aktiviti Kumpulan Wang sebagaimana yang dikehendakinya dari semasa ke semasa.

Seksyen

10

Tajuk

Tahun Kewangan
10

Bagi maksud Enakmen ini, tahun kewangan Kumpulan Wang hendaklah bermula pada 1hb Januari dan berakhir pada 31hb Disember, pada setiap tahun.

Seksyen

11

Tajuk

Akaun dan Audit
11 [1]

Selepas 31hb Disembaer tiap-tiap tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb Julai dalam tahun kewangan berikutnya, Bendahari Negeri hendaklah dengan secepat mungkin menyedia dan mengemukakan penyata kewangan kepada Ketua Audit Negeri untuk diaudit.

11 [2]

Penyata kewangan itu hendaklah mengandungi maklumat mengenai penerimaan dan pembayaran dan mengenai pendapatan dan perbelanjaan serta lembaran imbanagn Kumpulan Wang seperti pada 31hb Disember tahun kewangan itu.

11 [3]

Penyata kewangan yang diperakukan oleh Ketua Audit Negara serta sebarang pemerhatian Ketua Audit Negara ke atasnya hendaklah disampaikan kepada Pegawai Kewangan Negeri untuk dibentangan dengan seberapa segera yang boleh dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Seksyen

12

Tajuk

Laporanan Tahunan
12

Lembaga hendaklah, tidak lewat daripada 30hb April dalam setiap tahun, menyebabkan dibuat dan dikemukakan kepada Majlis Mesuarat Kerajaan Negeri suatu laporan mengenai pelaburan Kumpulan Wang di sepanjang tahun kewangan yang terdahulu; dan laporan itu hendaklah mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan prosiding dan polisi Lembaga.

Seksyen

13

Tajuk

Akaun Teraudit Dan Laporan Tahunan Hendaklah Dibentangkan Dalam Dewan Undangan Negeri
13

Menteri Besar hendaklah menyebabkan akaun teraudit tahunan di bawah seksyen 11 dan laporan tahunan di bawah seksyen 12 dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri.

Seksyen

14

Tajuk

Peruntukan-Peruntukan Akta Prosedur Kewangan 1957 Hendaklah Terpakai Akta 61.
14

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam Enakmen ini, peruntukan-peruntukan Akta Prosedur Kewangan 1957 dan mana-mana peraturan yang dibuat dan arahan-arahan yang dikeluarkan di bawahnya hendaklah terpakai bagi Kumpulan Wang.

Bahagian

Seksyen 2

Seksyen

2

Tajuk

Tafsiran
2 [-]

Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

“Kumpulan Wang” ertinya kumpulan wang amanah yang dipanggil “Tabung Warisan” yang ditubuhkan oleh ketetapan Dewan Undangan Negeri Selangor yang dibuat pada 17hb April 1989 di bawah Seksyen 10 (4)(b), Akta Prosidur Kewangan 1957;

“Lembaga” ertinya Lembaga Tabung Warisan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“sekuriti” termasuklah saham, kumpulan wang, syer, bon dan debentur dan lain-lain suratcara yang mewujudkan atau membuktikan sesuatu gadaian atau lien pada aset.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.