Semua Seksyen

Enakmen Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan 1995

Bahagian

Bahagian I - Permulaan

Seksyen

1

Tajuk

Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa
1

Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1995 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Bahagian

Bahagian I - Permulaan

Seksyen

2

Tajuk

Tafsiran
2 [-]

Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna lain-

“hiburan” adalah termasuk-

(a) lakonan, opera, pantomim, lakonan anekaragam, persembahan muzik, nyanyian, tarian, gimnastik, pertunjukan seni mempertahankan diri, gerak akrobatik dan silap mata, pertandingan kecantikan, tablo, tunjuk cara, peragaan dan pawai, yang dalamnya orang-orang hidup mengambil bahagian;

Bahagian

Bahagian I - Permulaan

Seksyen

3

Tajuk

Pelantikan Pegawai Pelesen
3 [1]

Pihak Berkuasa Negeri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, melantik sekian banyak Pegawai Pelesen yang difikirkannya perlu bagi maksud melaksanakan peruntukan-peruntukan enakmen ini.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.