Semua Seksyen

ENAKMEN PINJAMAN (PROJEK LADANG HUTAN KOMPENSATORI) 1983

Bahagian

-

Seksyen

1

Tajuk

Tajuk ringkas
1

Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Pinjaman (Projek
Ladang Hutan Kompensatori) 1983.

Bahagian

-

Seksyen

2

Tajuk

Kuasa meminjam wang daripada Kerajaan Persekutuan
2

Kerajaan Negeri diberi kuasa tertakluk kepada Enakmen ini
meminjam daripada Kerajaan Persekutuan sejumlah wang tidak melebihi tiga puluh juta ringgit atas terma dan syarat sepertimana yang dipersetujui antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Bahagian

-

Seksyen

3

Tajuk

Pinjaman dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan
3

Wang pokok yang dipinjam di bawah Enakmen ini berserta
semua faedah dan caj lain dipertanggungkan pada Kumpulan
Wang Disatukan.

Bahagian

-

Seksyen

4

Tajuk

Penggunaan pinjaman
4

Semua wang yang dipinjam di bawah Enakmen ini hendaklah
digunakan bagi maksud membiayai projek ladang hutan kompensatori di dalam Negeri dan semua perkara yang bersampingan dengannya.

Bahagian

-

Seksyen

5

Tajuk

Pembayaran balik
5

Semua wang yang dipinjam di bawah Enakmen ini berserta
semua faedah dan caj lain yang berkaitan hendaklah dibayar balik mengikut terma dan syarat sepertimana yang dipersetujui antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan mengikut seksyen 2 dan hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang Disatukan kepada Kerajaan Persekutuan dalam setiap tahun kewangan semua jumlah wang yang kena dibayar dalam tahun itu.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.