Semua Seksyen

Enakmen Jaminan Pinjaman 1977- Disemak 2009

Bahagian

-

Seksyen

1

Tajuk

Tajuk ringkas
1

Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Jaminan Pinjaman
1977.

Bahagian

-

Seksyen

2

Tajuk

Kuasa untuk memberi jaminan
2

Tertakluk kepada kelulusan Kerajaan Persekutuan dan kepada
apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan olehnya Negeri diberi kuasa untuk memberi jaminan bayaran balik apa-apa pinjaman atau apa-apa kemudahan overdraf yang diberikan kepada mana-mana orang oleh bank itu atas permintaan Negeri.

Bahagian

-

Seksyen

3

Tajuk

Tanggungan dikenakan ke atas Kumpulan Wang Disatukan
3

Apa-apa tanggungan yang ditanggung oleh Negeri di bawah
seksyen 2 berserta dengan apa-apa faedah dan bayaran lain
mengenainya adalah dikenakan ke atas Kumpulan Wang Disatukan bagi Negeri.

Bahagian

-

Seksyen

4

Tajuk

Penyata tanggungan dikehendaki dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri
4

Jika apa-apa wang dibayar daripada Kumpulan Wang Disatukan bagi Negeri berkenaan dengan apa-apa tanggungan yang ditanggung oleh Negeri di bawah seksyen 2, Menteri Besar hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh, selepas sahaja apa-apa tanggungan itu dan apa-apa faedah dan bayaran lain yang kena dibayar ke atasnya diselesaikan dengan muktamad, membentangkan dalam Dewan Undangan Negeri suatu penyata berhubung dengannya.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.