Semua Seksyen

Enakmen Penghinaan Dewan (Negeri Selangor) 2009.

Bahagian

Bahagian I

Seksyen

1

Tajuk

Tajuk ringkas
1

Enakmen ini hendaklah dinamakan sebagai Enakmen Penghinaan Dewan (Negeri Selangor) 2009.

Bahagian

Bahagian I - Permulaan

Seksyen

2

Tajuk

Tafsiran
2

Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki
makna yang lain—
“Dewan” bererti Dewan Negeri Selangor atau mana-mana
Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah atau menurut peruntukan Peraturan-peraturan Tetap bagi Dewan Undangan Negeri Selangor [Sl.LN. 15/1965]; “Peraturan-peraturan Tetap” bererti Peraturan-peraturan Tetap bagi Dewan Undangan Negeri Selangor.

Bahagian

Bahagian II - Penghinaan Dewan

Seksyen

3

Tajuk

Kesalahan
3

Mana-mana orang yang—
(a) enggan menerima penyampaian atau mengingkari dalam
apa bentuk sekalipun mana-mana perintah, saman atau
arahan Dewan;
(b) enggan hadir di hadapan Dewan apabila diperintahkan
sedemikian;
(c) enggan mengemukakan apa-apa kertas, buku, rekod atau
dokumen dalam milikannya atau di bawah kawalannya
sebagaimana yang diperintahkan oleh Dewan;
(d) enggan mengangkat sumpah, mengikrarkan atau
menentusahkan mana-mana kenyataan di hadapan Dewan
apabila diperintahkan;
(e) membuat kenyataan, sama ada bertulis atau lisan, yang
palsu, dan yang dia sama ada mengetahui atau mempercayai
ianya adalah palsu, atau tidak mempercayai ianya adalah
benar di hadapan mana-mana perjalanan Dewan;

(f) menyebabkan apa-apa keadaan wujud, atau membuat apa-
apa catatan palsu dalam mana-mana buku atau rekod, atau

menjadikan apa-apa dokumen mengandungi satu kenyataan
palsu, dengan niat bahawa keadaan, catatan palsu, atau
kenyataan palsu sedemikian boleh menjadi keterangan di
hadapan Dewan dan bahawa keadaan, catatan palsu, atau
kenyataan palsu sedemikian yang menjadi keterangan,
boleh menyebabkan mana-mana orang, yang hadir di
dalam perjalanan Dewan untuk merumuskan pandangan
berdasarkan keterangan sedemikian, mempertimbangkan
pandangan yang khilaf mengenai mana-mana perkara
yang berhubung kait dengan keputusan perjalanan
sedemikian, adalah melakukan suatu kesalahan menghina Dewan.

Bahagian

Bahagian II - Penghinaan Dewan

Seksyen

4

Tajuk

Hukuman
4

Mana-mana orang yang disabitkan kesalahan di bawah seksyen 3 Enakmen ini—
(a) berhubung dengan perenggan (a), (b), (c) dan (d),
hendaklah dikenakan hukuman penjara untuk tempoh
yang boleh dilanjutkan kepada dua belas bulan atau
dengan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit,
atau kedua-duanya;
(b) berhubung dengan perenggan (e) dan (f), hendaklah
dikenakan hukuman penjara untuk tempoh yang boleh
dilanjutkan kepada tiga tahun dan hendaklah juga
dikenakan hukuman denda tidak melebihi sepuluh ribu
ringgit.

Bahagian

Bahagian III - Pengecualian dan Pendakwaan

Seksyen

5

Tajuk

Pengecualian
5

Mana-mana orang yang berhak untuk mendapatkan mana-
mana perlindungan yang diperuntukkan oleh Jadual di bawahFasal LXXVII Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, 1959 [G.N. 349/1959], hendaklah dikecualikan daripada apa-apa pendakwaan di bawah Enakmen ini berhubung dengan perlindungan sedemikian.

Bahagian

Bahagian III - Pengecualian dan Pendakwaan

Seksyen

6

Tajuk

Pendakwaan
6

Tiada pendakwaan untuk mana-mana pelanggaran atau
ketidakpatuhan Enakmen ini bolehlah dimulakan melainkan dengan izin Peguam Negara.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.