Semua Seksyen

Enakmen Bekalan Air (Syarikat Pengganti) 2001

Bahagian

1 (Permulaan)

Seksyen

1

Tajuk

Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
1

Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Bekalan Air (Syarikat Pengganti) 2001 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan Pihak Berkuasa Negeri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Bahagian

1 (Permulaan)

Seksyen

2

Tajuk

Tafsiran
2

Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnyamenghendaki makna yang lain—

“hak” ertinya segala hak, kuasa, keistimewaan dan kekebalan, sama sebenar, kontingen atau prospektif;

“harta” termasuklah segala harta sama ada alih atau tak alih, dan segala estet, kepentingan, isemen dan hak, sama ada di sisi ekuiti atau undang-undang dalam, pada atau daripada harta, segala kontrak, hak dalam tindakan, wang dan nama baik; dan “terletakhak”, berhubungan dengan harta, termasuklah hak pada harta pada masa hadapan atau kontingen dan hak perkembalian dan penerimaan baki;

“Kerajaan Negeri” ertinya Kerajaan Negeri Selangor;

“liabiliti” ertinya liabiliti, hutang, tanggungan, kewajipan dan obligasi daripada tiap-tiap perihalan (sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan, sebenar atau kontingen, dan sama ada dibayar atau hendak dipatuhi atau dilaksanakan di Malaysia atau di tempat lain);

“Menteri Besar” ertinya Menteri Besar yang dilantik pada masa itu dalam Negeri Selangor dan termasuk pemangku Menteri Besar;

“Pegawai Kewangan Negeri” ertinya pegawai utama yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal kewangan Kerajaan Negeri Selangor;

“Perbadanan Setiausaha Kerajaan” ertinya Setiausaha Kerajaan, Selangor diperbadankan di bawah Enakmen Setiausaha Kerajaan, Selangor (Pemerbadanan) 1955;

“Setiausaha Kerajaan” ertinya Setiausaha Kerajaan yang
dilantik pada masa itu dalam Negeri Selangor;

“syarikat pengganti” ertinya syarikat yang kepadanya harta, hak dan liabiliti berkenaan dengan perkhidmatan bekalan air yang kepadanya Kerajaan Negeri berhak atau tertakluk, adalah dari semasa ke semasa dipindahkan dan diletakhakkan melalui perintah yang dibuat oleh Menteri Besar di bawah seksyen 3;

“tarikh perletakhakan” ertinya tarikh harta, hak dan liabiliti berkenaan dengan perkhidmatan bekalan air, yang kepadanya Kerajaan Negeri berhak atau tertakluk, berpindah kepada dan terletakhak pada syarikat pengganti sebagaimana ditetapkan oleh Menteri Besar dalam perintah di bawah subseksyen 3(1).

Bahagian

2 (Perletakhakan Harta, Dsb., Pada Syarikat Pengganti)

Seksyen

3

Tajuk

Peruntukan- peruntukan perletakhakan.
3 [1]

Tertakluk kepada Enakmen ini, Menteri Besar boleh, dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan tarikh perletakhakan dan pada tarikh itu, segala harta, hak atau liabiliti Kerajaan Negeri berkenaan dengan perkhidmatan bekalan air yang ditetapkan oleh Menteri Besar dalam perintah itu hendaklah menurut kuasa Enakmen ini, berpindah kepada dan terletakhak
pada syarikat pengganti tanpa apa-apa jua pemindahhakan, penyerahhakan atau pemindahan.

3 [2]

Tiap-tiap harta yang terletakhak menurut kuasa subseksyen (1) pada syarikat pengganti hendaklah terletakhak sedemikian pada syarikat pengganti itu bagi hakmilik, estet atau kepentingan serupa dan dengan pemegangan serupa sebagaimana harta itu telah terletakhak
atau dipegang sebelum sahaja tarikh perletakhakan.

3 [3]

Tiap-tiap hak dalam tindakan yang terletakhak menurut kuasa subseksyen (1) pada syarikat pengganti boleh, selepas tarikh perletakhakan, dituntut melalui guaman, didapatkan kembali atau dikuat dikuasakan oleh syarikat pengganti itu atas namanya sendiri dan tidaklah perlu bagi syarikat pengganti itu atau bagi Kerajaan Negeri memberi notis kepada orang yang terikat dengan hak dalam tindakan itu tentang perletakhakan yang dilaksanakan melalui subseksyen (1).

3 [4]

Tiap-tiap hak dan liabiliti yang terletakhak menurut kuasa subseksyen (1) pada syarikat pengganti boleh, pada dan selepas tarikh perletakhakan, dituntut melalui guaman, didapatkan kembali atau dikuat kuasakan oleh atau terhadap syarikat pengganti itu atas namanya sendiri dan tidaklah perlu bagi syarikat pengganti itu atau bagi Kerajaan Negeri memberi notis kepada orang yang hak atau liabilitinya tersentuh oleh perletakhakan di bawah subseksyen (1).

3 [5]

Apa-apa prosiding undang-undang yang belum selesai oleh atau terhadap Kerajaan Negeri yang berhubungan dengan mana-mana harta, hak atau liabiliti yang berpindah kepada dan terletakhak pada syarikat pengganti menurut kuasa subseksyen (1) boleh, pada dan
selepas tarikh perletakhakan, diteruskan oleh atau terhadap syarikat pengganti.

3 [6]

Dalam hal hak-hak dan liabiliti-liabiliti yang berbangkit di bawah mana-mana pinjaman yang terletakhak pada syarikat pengganti, pada tarikh perletakhakan, syarikat pengganti itu boleh membuat apa-apa perkiraan atau perjanjian mengenai hak-hak dan liabiliti-liabiliti sedemikian dengan Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak
ketiga.

3 [7]

Jika menurut kuasa subseksyen (1), mana-mana harta berpindah kepada dan terletakhak pada syarikat pengganti, peruntukan-peruntukan Bahagian Tiga Puluh Kanun Tanah Negara hendaklah, bagi maksud membuat pendaftaran bagi perletakhakan itu, terpakai bagi syarikat pengganti seolah-olah ia adalah suatu pihak berkuasa
awam.

3 [8]

Pada dan selepas tarikh perletakhakan, apa-apa perjanjian yang berhubungan dengan mana-mana harta, hak dan liabiliti yang berpindah kepada dan terletakhak pada syarikat pengganti di bawah subseksyen (1) yang  kepadanya Kerajaan Negeri adalah suatu pihak sebelum sahaja tarikh perletakhakan, sama ada secara bertulis atau tidak, dan sama ada atau tidak sedemikian sifatnya sehingga hak dan liabiliti di bawahnya boleh diserahhakkan oleh Kerajaan Negeri, hendaklah mempunyai kesan seolah-olah syarikat pengganti itu telah menjadi suatu pihak kepada perjanjian itu.

Bahagian

2 (Perletakhakan Harta, Dsb., Pada Syarikat Pengganti)

Seksyen

4

Tajuk

Pemegangan Permulaan Kerajaan dalam Syarikat Pengganti.
4 [1]

Berbangkit daripada perletakhakan pada syarikat pengganti akan harta, hak dan liabiliti di bawah seksyen 3, syarikat pengganti itu hendaklah menerbitkan sekuriti- sekuriti syarikat pengganti itu sebagaimana yang diarahkan oleh Setiausaha Kerajaan, selepas berunding dengan Menteri Besar, dari semasa ke semasa—

(a) kepada Perbadanan Setiausaha Kerajaan; atau
(b) kepada mana-mana orang yang berhak menghendaki penerbitan sekuriti-sekuriti itu berikutan dengan pengumpukan permulaannya kepada Perbadanan Setiausaha Kerajaan.

4 [2]

Setiausaha Kerajaan tidak boleh memberi arahan di bawah subseksyen (1) pada masa apabila syarikat pengganti telah terhenti daripada dipunyai pada keseluruhannya oleh Perbadanan Setiausaha Kerajaan.

4 [3]

Sekuriti-sekuriti yang dikehendaki supaya diterbitkan menurut seksyen ini hendaklah diterbitkan atau ditumpukkan pada bila-bila masa dan atas apa-apa terma mengenai pengumpukkan, sebagaimana yang diarahkan oleh Setiausaha Kerajaan, selepas berunding dengan Menteri Besar.

4 [4]

Syer-syer yang diterbitkan menurut seksyen ini—

(a) hendaklah pada apa-apa nilai nominal sebagaimana yang diarahkan oleh Setiausaha Kerajaan; dan

(b) hendaklah diterbitkan sebagai berbayar penuh dan dikira bagi maksud-maksud Akta Syarikat 1965 seolah-olah ia telah dibayarkan oleh sebab pembayaran nilai nominalnya kepada syarikat pengganti.

4 [5]

Setiausaha Kerajaan boleh, selepas berunding  dengan Menteri Besar, melupuskan apa-apa sekuriti yang diterbitkan atau apa-apa hak kepada sekuriti-sekuriti yang diumpukkan pada mulanya kepada Perbadanan Setiausaha Kerajaan menurut seksyen ini.

4 [6]

Apa-apa dividen atau jumlah wang lain yang diterima oleh Perbadanan Setiausaha Kerajaan sebagai hak pada, atau atas pelupusan, apa-apa sekuriti atau hak yang diperolehi menurut kuasa seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Negeri.

Bahagian

2 (Perletakhakan Harta, Dsb., Pada Syarikat Pengganti)

Seksyen

5

Tajuk

Pelaburan Kerajaan dalam sekuriti-sekuriti syarikat pengganti.
5 [1]

Setiausaha Kerajaan boleh, selepas berunding dengan Menteri Besar, pada bila-bila masa, memperolehi—

(a) sekuriti-sekuriti syarikat pengganti atau mana-mana subsidiari syarikat pengganti; atau

(b) hak-hak untuk memohon beli mana-mana sekuriti sedemikian.

5 [2]

Setiausaha Kerajaan boleh, selepas berunding dengan Menteri Besar, melupuskan mana-mana sekuriti atau hak yang diperolehi di bawah seksyen ini.

5 [3]

Apa-apa perbelanjaan yang dilakukan oleh Perbadanan Setiausaha Kerajaan berbangkit daripada peruntukan-peruntukan seksyen ini hendaklah dikira sebagai pelaburan dan dibenarkan di bawah seksyen 8(3)(a)(iv) Akta Prosedur Kewangan 1957.

5 [4]

Apa-apa dividen atau jumlah wang lain yang diterima oleh Perbadanan Setiausaha Kerajaan sebagai hak ada, atau atas pelupusan, apa-apa sekuriti atau hak yang diperolehi di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Negeri.

Bahagian

2 (Perletakhakan Harta, Dsb., Pada Syarikat Pengganti)

Seksyen

6

Tajuk

Penjalanan fungsi-fungsi Setiausaha Kerajaan melalui penama-penama.
6 [1]

Setiausaha Kerajaan boleh, selepas berunding dengan Menteri Besar, melantik orang-orang yang difikirkannya layak untuk bertindak sebagai penamanya bagi maksud-maksud seksyen 4 atau 5 dan—

(a) sekuriti-sekuriti syarikat pengganti boleh diserahhak di bawah seksyen 4 kepada mana-mana penama Setiausaha Kerajaan yang dilantik bagi maksud-maksud seksyen itu atau kepada mana-mana orang yang berhak menghendaki penerbitan sekuriti-sekuriti itu berikutan dengan pengumpukan permulaannya kepada mana-mana penama tersebut; dan

(b) mana-mana penama tersebut yang dilantik bagi maksud-maksud seksyen 5 boleh memperolehi sekuriti-sekuriti atau hak-hak mengikut seksyen itu.

6 [2]

Mana-mana orang yang memegang apa-apa sekuriti atau hak sebagai penama Setiausaha Kerajaan menurut kuasa subseksyen (1) hendaklah memegang dan memperlakukannya atas apa-apa cara sebagaimana yang diarahkan oleh Setiausaha Kerajaan.

Bahagian

2 (Perletakhakan Harta, Dsb., Pada Syarikat Pengganti)

Seksyen

7

Tajuk

Struktur kewangan syarikat pengganti.
7 [1]

Jika Setiausaha Kerajaan, selepas berunding dengan Menteri Besar, mengarahkan sedemikian pada bila-bila masa sebelum syarikat pengganti terhenti daripada dipunyai pada keseluruhannya oleh Kerajaan Negeri, sesuatu jumlah wang yang tidak melebihi untung terhasil terkumpul Jabatan Bekalan Air, Selangor, sebagaimana yang ditetapkan dalam arahan itu; hendaklah dibawa oleh syarikat pengganti itu kepada suatu rizab, yang dalam seksyen ini disebut “rizab statutori”.

7 [2]

Rizab statutori itu hanya boleh digunakan oleh syarikat pengganti untuk membayar syer-syer tak terbit syarikat itu yang hendak diumpukkan kepada anggota-anggota syarikat pengganti itu sebagai syer-syer bonus berbayar penuh.

7 [3]

Bagi maksud-maksud mana-mana akaun statutori syarikat pengganti, nilai mana-mana aset atau hak atau amaun mana-mana liabiliti Kerajaan Negeri, yang dikira sebagai telah terletakhak pada syarikat pengganti itu menurut kuasa seksyen 3, hendaklah dikira sebagai nilai atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, amaun yang diberikan kepada aset, hak atau liabiliti itu dalam penyata
akaun yang disediakan oleh Jabatan Bekalan Air, Selangor, berkenaan dengan tahun perakaunan genap terakhir Jabatan
Bekalan Air, Selangor, yang berakhir sebelum tarikh perletakhakan.

7 [4]

Bagi maksud-maksud mana-mana akaun statutori syarikat pengganti, amaun yang hendak dimasukkan berkenaan dengan mana-mana butiran hendaklah ditentukan seolah-olah apa-apa jua yang dilakukan oleh Jabatan Bekalan Air, Selangor, sama ada secara memperolehi, menilai semula atau melupuskan mana-mana aset atau menanggung, menilai semula atau menyelesaikan mana-mana liabiliti, atau dengan membawa apa-apa amaun kepada mana-mana peruntukan rizab, atau selainnya, telah dilakukan oleh syarikat pengganti.

7 [5]

Tanpa menjejaskan keluasan peruntukan subseksyen (4), amaun yang hendak dimasukkan dari semasa ke semasa dalam mana-mana rizab syarikat pengganti sebagai merupakan untung terhasil terkumpulnya hendaklah ditentukan seolah-olah apa-apa untung yang dihasilkan dan dipegangsimpan oleh Jabatan Bekalan Air, Selangor, telah dihasilkan dan dipegangsimpan oleh syarikat
pengganti.

7 [6]

Sebutan-sebutan dalam seksyen ini mengenai akaun statutori syarikat pengganti adalah sebutan-sebutan mengenai apa-apa akaun yang disediakan oleh syarikat pengganti bagi maksud-maksud mana-mana peruntukan Akta Syarikat 1965.

7 [7]

Bagi maksud-maksud seksyen ini, “tahun perakaunan genap” ertinya sesuatu tahun perakaunan yang berakhir pada 31 Disember atau suatu tempoh yang akan ditentukan oleh Pegawai Kewangan Negeri.

Bahagian

3 (Peruntukan-Peruntukan Berkaitan dengan Kakitangan

Seksyen

8

Tajuk

Kakitangan
8 [1]

Syarikat pengganti hendaklah menyetujuterima untuk mengambil kerja pada tarikh yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri melalui pemberitahuan dalam Warta tiap-tiap orang yang, sebelum sahaja tarikh itu adalah anggota kakitangan Jabatan Bekalan Air, Selangor, dan yang telah diberi pilihan oleh Kerajaan Negeri dan telah memilih untuk berkhidmat sebagai pekerja syarikat itu.

8 [2]

Tiap-tiap orang sedemikian yang memilih di bawah subseksyen (1) untuk berkhidmat sebagai pekerja syarikat pengganti hendaklah diambil kerja oleh syarikat itu atas terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan yang kepadanya dia berhak sebelum sahaja tarikh yang ditetapkan.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.