Semua Seksyen

Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) 1980

Seksyen

1

Tajuk

Tajuk Ringkas Dan Mula Berkuatkuasa
1

Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) 1980 dan hendaklah disifatkan sebagai telah mula berkuatkuasa pada 1 haribulan Julai 1980.

Seksyen

2

Tajuk

Tafsiran
2

Dalam Enakmen init melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain—

“Ahli atau Anggota” ertinya Anggota Pentadbiran,

Ahli Dewan Negeri dan Speaker Dewan Negeri;

Anggota Pentadbiran” mempunyai erti yang diberi kepadanya dalam Fasal 2 Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan tetapi tidak termasuk Setiausaha Politik.

 

Seksyen

3

Tajuk

Saraan Bagi Ahli Dewan Negeri
3

Saraan bagi Ahli, Dewan Negeri hendaklah berupa elaun bulanan sebanyak dua ribu ringgit.

Seksyen

4

Tajuk

Saraan Bagi Yang di-Pertua Dewan Negeri.
4

Saraan bagi Speaker Dewan Negeri hendaklah berupa gaji buldnan, sebanyak dua ribu lima ratus ringgit, selain dari elaun bulanan yang kena dibayar kepadanya sebagai Ahli Dewan Negeri seperti yang dinyatakan dalam seksyen 3.

Seksyen

5

Tajuk

Lain-lain Elaun Dan Keistimewaan Bagi Orang- Orang Di Bawah Seksyen 3 Dan 4.
5

Selain dari elaun yang kena dibayar di bawah seksyen 3 dan gaji dan elaun yang kena dibayar di bawah seksyen 4, orang-orang yang dinyatakan dalam seksyen-seksyen itu adalah juga berhak mendapat apa- apa elaun dan keistimewaan lain mengikut apa-apa kadar dan atas apa-apa had dan syarat sebagaimana di arahkan oleh Raja dalam Mesyuarat dan arahan sedemikian itu hendaklah dibentangkan dalam Dewan Negeri.

Seksyen

6

Tajuk

Saraan Bagi Anggota-Anggota Pentadbiran
6 [1]

Saraan. bagi Anggota-anggota Pentadbiran hendaklah  (upa—

(a) bagi enteri  Besar, gaji bulanan sebanyak enam ribu                       ringgit;

   (b) bagi seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan gaji bulanan           sebanyak tiga ribu ringgit

 

6 [2]

Jika seorang Anggota Pentadbiran ialah Ahli Dewan Negeri, dia adalah berhak, selain dari gaji yang dinyatakan dalam seksyen-kecil (1), mendapat elaun bulanan yang kena dibayar kepadanya sebagai Ahli Dewan Negeri seperti yang dinyatakan dalam seksyen 3.

6 [3]

Anggota Pentadbiran adalah juga berhak men- dapat apa-apa elaun dan keistimewaan lain mengikut apa-apa kadar dan atas apa-apa had dan syarat sebagai- mana ditentukan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dari semasa ke semasa;

Seksyen

7

Tajuk

Bermulanya Gaji Dan Elaun.
7

Semua gaji dan elaun bulanan yang dinyatakan dalam seksyen 3, seksyen 4, dan seksyen-kecil (1) dan (2) kepada seksyen 6 dan yang kena dibayar hendaklah-

(a) bermula dari tarikh kuatkuasa Enakmen atau                 tarikh perlantikan atau pilihan Ahli atau Anggota           itu, mengikut mana yang lebih lewat;

(b) berakru dari hari ke hari dan kena dibayar pada             hari terakhir dalam tiap-tiap satu bulan atau                   pada mana-mana hari lain dalam bulan yang                   berkenaan sebagaimana ditetapkan oleh Menteri           Besar dari semasa ke semasa.

Seksyen

8

Tajuk

Pencen Dan Ganjaran.
8

Seseorang Ali atau Anggota adalah berhak mendapat apa-apa pencen, ganjaran dan lain-lain faedah sebagaimana ditetapkan dalam Jadula Pertama.

Seksyen

9

Tajuk

Faedah Kemalangan
9

Seseorang Ahli atau Anggota adalah berhak mendapat apa-apa faedah kemalangan sebagaimana ditetapkan dalam Jadual Kedua.

Seksyen

10

Tajuk

Pengurangan Gaji Dan Lain-Lain Kena Dibayar Dari Wang Yang Diperuntukan Oleh Dewan Negeri.
10

Amaun-amaun yang dinyatakan dalam atau dibawah Enakmen ini sebagai amaun bagi apa-apa gaji, elaun atau faedah yang kena dibayar dari wang yang diperuntukan oleh Dewan Negeri dab tidak dipertanggungkan kepada Kumpulan wang Disatukan hendaklah dianggapkan sebagai amaun maksimum yang boleh dibayar secara itu, dan walau apa pun peruntukan Enakmen ini atau peruntukan yang dibuat di bawahnya tentang amaun-amaun itu, gaji, elan dan faedah yang kena dibayar dalam sesuatu bulan bagi sesuatu jawatan boleh kurang amaunnya daripada amaun yang dinyatakan atau ditetapkan itu.

Seksyen

11

Tajuk

Peruntukan Bagi Mengelakkan Pergandaan Gaji.
11

Melainkan jika diperuntukkan selainya, seseorang Ahli atau Anggota yang kepadanya apa-apa gaji kena dibayar di bawah enakmen ini adalah berhak menerima hanya gaji dan elaun itu sahaja tetapi jika dia pemegang dua jawatan atau lebih yang baginya gaji dan elaun kena dibayar dan ada perbezaan tentang gaji dan elaun dibayar bagi jawatan-jawatan itu, maka jawatan yang baginya elaun dan gaji itu kena dibayar ialah jawatan yang baginya gaji dan elaun-elaun tertinggi sekali kena dibayar.

Seksyen

12

Tajuk

Elaun Dan Keistimewaan Bagi Pegawai-Pegawai Tertentu.
12

Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri, selaku ahli-ahli ex-officio Majlis Mesyuarat Kerajaan, hendaklah, selain dari gaji-gaji yang diterima dan elaun-elaun yang dinikmati oleh mereka sebagai pegawai-pegawai awam, diberi apa-apa elaun dan keistimewaan lain yang hendaklah ditetapkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dari semasa ke semasa.

Seksyen

13

Tajuk

Perlantikan Dan Pembayaran Elaun Kepada Pembantu Kepada Menteri Besar
13

Menteri Besar boleh melantik seorang daripada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan sebagai pembantunya untuk melaksanakan tugas-tugas khas tertentu sepenuh masa. Sebarang ahli tersebut, dengan apa jua gelaran ianya dipanggil, sepanjang masa ia dikehendaki oleh Menteri Besar untuk menjalankan bidang tugas tersebut, adalah berhak dibayar, di samping saraan yang kena dibayar kepadanya selaku Ahli Dewan Negeri dan juga selaku Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, apa-apa elaun dan Keistimewaan lain yang ditentukan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dari semasa ke semasa.

Seksyen

14

Tajuk

Wang Hendak Diperuntukan Atau Dipertangungkan.
14 [1]

Tertakluk kepada seksyen-kecil (2) dan (3), gaji elaun dan faedah yang kena dibayar di bawah Enakmen ini hendaklah dibayar dari wang yang diperuntukkan oleh Dewan Negeri.

14 [2]

Saraan bagi Speaker Dewan Negeri di bawah Enakmen ini hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan wang Disatukan.

14 [3]

Pencen dan ganjaran yang kena dibayar di bawah peruntukan-peruntukan Jadual Pertama hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan wang Disatukan.

Seksyen

15

Tajuk

Pemansuhan Dan Kecualian Enakmen 3/72.
15

Enakmen (Pencen dan Ganjaran) Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri 1972 adalah dimansuhkan:

Dengan syarat bahawa jika seseorang atau orang tanggungannya telah menerima pencen atau pencen terbitan, mengikut mana yang berkenaan, di bawah peruntukan-peruntukan Enakmen itu, maka pencen atau pencen terbitan hendaklah dihitung semula di bawah perenggan 20 Jadual Pertama dan hendaklah terus kena dibayar di bawah peruntukan-peruntukan Jadual itu.

Seksyen

16

Tajuk

Pemansuhan
16

Undang-undang berikut adalah dimansuhkan-

(a) Speaker’s (Remuneration) Enactment 1959;

(b) Legislative Assembly (Member’s Remuneration)             Enactment 1959.

16

Undang-undang berikut adalah dimansuhkan-

 

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.