Semua Seksyen

Enakmen Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor 1972

Bahagian

I

Seksyen

1

Tajuk

Tajok Rengkas Dan Mula Berkuatkuasa.
1

Enakmen ini boleh-lah di-namakan Enakmen Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor, 1972, dan kehendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Raja melalui pemberitahu dalam Wara.

Bahagian

I

Seksyen

2

Tajuk

Tafsiran
2

Dalam Enakmen ini, melainkan jika kandongkan ayatnya menghendaki makna yang lain-

“keluaran Pertanian” ertinya mana-mana keluar pertanian atau perkebunan (sama ada telah diproses dikilang atau dengan lain-lain) dan adalah termasok ternakan ladang dan ternakan petani (sama ada hidup atau disembeleh) daging atau belulang binatang-binatang itu, ayam itek, hasil susu, ikan dan keluar perikanan;

“pemasaran” ertinya menjual, memproses, membeli, menyimpan, mengumpul, memasang, mengangkut bagi maksud membeli dan menjual mana-mana hasil pertanian dan mengiklan dan membiayai pengendahan-pengendahan hasil pertanian itu bagi maksud perdagangan;

“pertanian” adalah termasok menangkap ikan disungai dan pengunaan tanah bagi apa-apa maksud ternakan;

“ternakan adalah termasok membela atau membiak ternakan ayam itek atau lebah dan menanam buah-buahan, sayor-sayoran dan saumpamanya.

Bahagian

II

Seksyen

3

Tajuk

Penubohan Perbadanan
3 [1]

Maka adalah dengan ini ditubohkan suatu pertubohan perbadanan bernama “Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor” (kemudian daripada ini disebut “Perbadanan”) yang kekal turun temurun dan mempunyai satu materi dan boleh mendakwa dan didakwa atas namanya , tertaklok kepada Enakmen ini boleh membuat kontrek dan mempunyai kuasa bagi memperolehi dan memegang harta aleh atau harta takaleh dan bagi melepaskannya atau dengan sachara lain membuat apa-apa uruan mengenainya.

3 [2]

Perbadanan hendaklah terdiri daripada ahli-ahli berikut-

(a) Saorang Pengerusi yang dilantek oleh Raja                    dalam Majlis Meshuarat;

(b) Timbalan Pengerusi yang dilantek oleh Raja                 dalam Majlis;

(c) Pegawai Kewangan Negeri;

(d) Pegawai Kemajuan Negeri;

(e) Tidak kurang daripada lima dan tidak lebeh                   daripada sembilan orang yang dilantek oleh                   Menteri Besar iaitu orang-orang yang                             berpengalaman dan telah menunjokkan                         kebolehan dalam perkara-perkara berhubong               dengan pengeluarkan pertanian, pemasaran,                 kewangan atau pentadbrian.

3 [3]

Saorang pengerusi atau ahli sementara boleh dilantek dalam masa Pengerusi atau ahli tidak berupaya buat sementara (sama ada oleh kerana sakit atau tidak ada didalam Persekutuan), dan Pengerusi atau ahli sementara itu hendak dilantenk dengan chara sarupa saperti Pengerusi itu atau ahli itu, mengikut mana yang berkenaan, dilantek dibawah sekshen ini.

3 [4]

Sasaorang ahli Perbadanan, kechuali orang-orang yang tersebut dalam perenggan (b) hingga (d) sekshen kechil (2) hendaklah melainkan jika ianya meletakkan jawatannya atau perlatekannya dibatalkan terlebeh dahulu, memegang jawatan bagi tempoh sabagaimana yang dinyatakan didalam surat perlatekannya, dan adalah layak dilantek samula.

Bahagian

II

Seksyen

4

Tajuk

Hilang Kelayakan.
4 [1]

Orang-orang berikut adalah hilang kelayakan daripada dilantek atau menjadi ahli-ahli Perbadanan-

(a) orang yang tidak sempurna akal atau sachara               lain tidak berupaya menyempurnakan                           kewajipan-kewajipannya;

(b) orang bankrap;

(c) orang yang telah dithabitkan kesalahan dan                  dijatohkan hukoman penjara bagi tempoh tidak          kurang daripada satu tahun;

(d) orang yang telah dihabitkan apa-apa kesalahan          mengenai rasuah atau kechurangan.

4 [2]

Saorang ahli Perbadanan hendaklah mengosongkan jawatannya, jika ia tidak menghadiri meshuarat tiga kali berturut-berturut tanpa kebenaran bertulis daripada Pengerusi atau jika ia hilang kelayakan dibawah perenggan-kechil (1).

Bahagian

II

Seksyen

5

Tajuk

Meshuarat-Meshuarat
5 [1]

Perbadanan hendaklah bermeshuarat sakurang-kuarngnya enam bulan sakali.

5 [2]

Perbadanan bolehlah melantek Jawatankuasa-jawatankuasa bagi memerksa dan melaporkan apa-apa jua perkara yang berbangkit daripada atau berkaitan dengan mana-mana daripada kuasanya dibawah Enakmen ini.

5 [3]

Dengan tidak menghiraukan kepada sekshen-kecil (2) dan tidak mengurangkan kuasa-kuasanya Perbadanan berkuasa melantik Jawatankuasa-jawatankuasa kecil atau Jawatankuasa khas untuk menyelenggarakan tujuan-tujuannya.

Bahagian

II

Seksyen

6

Tajuk

Kenyataan Oleh Ahli-Ahli Perbadanan Mengenal Kepentingan Urusan Dengan Perbadanan.
6 [1]

Mana-mana ahli yang mempunyai atau memperolehi dengan sachara langsong atau sachara tidak langsong melaluinya sendiri, kongsi atau ejenya-

(a) satuatu sher atau kepentingan-

(i) dalam mana-mana kontrek yang dibuat                         dengan Perbadanan

(ii) dalam mana-mana kerja yang dibuat untok                  Perbadanan atau

(iii) dalam mana-mana sharikat atau firma atau                  mengenai apa-apa pengusahaan dengan                        mana Perbadanan berchadang hendak                            membuat satu kontrek; atau

(b) apa-apa kepentingan berfaedah mengenai                      tanah yang dichadang hendak diperolehi, dibeli,          dipajak atapun diurus dengan jalan lain oleh                Perbadanan yang ia tahu sabagai terlibat atau              mungkin terlibat oleh mana-mana projek,                    ranchangan atau enterprais yang diluluskan                atau dichadang hendak diluluskan oleh                          Perbadanan, hendaklah menyatakan jenis dan            takat sher atau kepentingannya kepada                          Perbadanan.

6 [2]

Tiap-tiap kenyataan yang dibuat menurut sekshen ini hendaklah direkodkan dalam minit meshuarat dimana ianya telah dibuat atau dibacha.

6 [3]

Sasaorang ahli tidak boleh mengundi atas apa-apa ketetapan atau soal berhubong dengan mana-mana konterk, pemerolehan, pembelian, pajakan, urusan, projek, atau ranchangan dalam mana ia ada mempunyai apa-apa sher atau kepentingan, sama ada ia telah menyatakannya atau tidak, juga ia tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa perbinchangan (kechuali atas pelawaan Perbadanan) atau keputusan berhubong dengannya ata apa-apa perkara yang bersampingan dengannya dan jika ia berbuat demikian maka undinya tidak boleh dikira dan juga ia tidak boleh dikira dalam koram yang hadir dimeshuarat itu bagi maksud ketetapan atau soal itu.

Bahagian

II

Seksyen

7

Tajuk

Koram.
7 [1]

Koram bagi Perbadanan ialah-

(a) lima, jika Perbadanan mempunyai sembilan orang         ahli;

(b) enam, jika Perbadanan mempunyai lebeh daripada         sembilan orang ahli.

7 [2]

Dalam semua meshuarat Perbadanan, Pengerusi atau jika ia tidak hadir, saorang ahli sabagaimana yang dipileh oleh ahli-ahli yang hadir, hendaklah mempengerusikan meshuarat itu.

7 [3]

Jika atas apa-apa soal yang hendak diputuskan oleh Perbadanan, bilangan undi sama banyaknya maka Pengerusi adalah berhak memberi undi pemutus salain dari undi asalnya; tetapi berhubong dengan sasuatu pengundian, Pengurus Besar tidak mempunyai undi.

7 [4]

Tertaklok kepada perenggan-kechil (1), (2) dan (3) Perbadanan hendaklah menetapkan acharanya sendiri.

Bahagian

II

Seksyen

8

Tajuk

Elaun- Elaun Yang Boleh Dibayar Kapada Ahli-Ahli.
8

MAka bolehlah dibayar kapada tiap-tiap saorang ahli atau saorang ahli Jawatankuasa Perbadanan daripada Kumpulanwang apa-apa elaun termasok elaun perjalanan dan elaun hidup sabagaimana yang diputuskan oleh Perbadanan dari samasa kasamasa tertaklok kapada apa-apa had dan sharat sabagaimana yang diarahkan oleh Raja dalam Meshuarat.

Bahagian

II

Seksyen

9

Tajuk

Materi Perbadanan.
9

Materi Perbadanan hendaklah disahkan oleh Pengerusi dan saorang lagi ahli Perbadanan dan apa-apa suratan yang berupa sabagai telah dimaterikan dengan materi tersebut disahkan seperti tersebut, hendaklah disifatkan sabagai telah disempurnakan deangn sahnya sahingga akasnya dibuktikan.

Bahagian

II

Seksyen

10

Tajuk

Perlantekan Pegawai-Pegawai.
10 [1]

Perbadanan boleh-

(a) melantek saorang pegawai kerja yang akan                       menjadi Pengurus Besar Perbadanan;

(b) melantek beberapa orang pegawai dan kakitangan         lain bagi Perbadanan sabagaimana yang                            difikirkannya patut.

10 [2]

Semua pegawai dan kakitangan yang dilantek dibawah peruntokkan-peruntokkan yang tersebut diatas hendaklah tertaklok kepada apa-apa sharat yang ditentukan oleh Perbadanan.

10 [3]

Perbadanan boleh membuat kaedah-kaedah bagi menuboh dan menguruskan suatu kumpulanwang simpanan bercharom bagi pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan yang dilantek dibawah peruntokan yang tersebut diatas.

10

Mana-mana peegawai dan kakitangan yang dilantek dibawah perenggan-kechil (1) dan mana-mana ahli Perbadanan hendaklah disifatkan sabagai pejawat awam dalam erti Kanun Keseksaan.

Bahagian

II

Seksyen

11

Tajuk

Perwakilan Kuasa.
11 [1]

Perbadanan boleh mewakilkan kapada Pengurus Besar atau mana-mana pegawai Perbadanan mana-mana daripada tugas dan kuasanya, kechuali kuasa-kuasa dibawah sekshen 15 dan 23.

11 [2]

Pengurus Besar hendaklah menjalankan penyeliaan dan kawalan atas perbuataan-perbuataan dan perjalanan-perjalanan semua pegawai dan kakitangan Perbadanan dalam perkara-perkara pentadbiran kerja dan mana-mana perkara berkenaan denagn akaun-akaun dan rekod-rekod Perbadanan, dan, tertaklok kapada mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat dibawah Enakmen ini, menguruskan perkara-perkara berhubong dengan perkhidmatan pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan itu dan gaji, keistimewaan dan elaun-elaun mereka.

Bahagian

II

Seksyen

12

Tajuk

Tugas Perbadanan.
12

Tugas Perbadanan ialah untok menggalakkan kemajuan pertanian dan, bagi maksud itu, untok membantu mana-mana orang yang mengambil bahagian dalam pengeluaran dan pemasaran apa-apa keluaran pertanian.

Bahagian

II

Seksyen

13

Tajuk

Kuasa-Kuasa Am.
13

Perbadanan adalah diberi kuasa melakukan semua perkara yang menasabah perlu bagi atau bersampingan dengan menjalankan tugas-tugasnya dan khususnya-

(a) bagi mengadakan chara kemudahan untok                   pengeluaran dan pemasaran keluaran pertanian;

(b) bagi menjalankan segala aktiviti (sama ada                   dengan sendiri atau dengan badan-badan atau             orang-orang lain) yang pada pendapat                           Perbadanan perlu, berfaedah dan sesuai bagi               atau berkaitan denagn menjalankan kewajipan-           kewajipannya yang tersebut diatas;

(c) bagi mendirikan rumah-rumah, pejabat-pejabat        dan lain-lain bangunan bagi maksud-maksud              Perbadanan;

(d) bagi membeli, bertukar, membahagi-                             membahagi, menyimpan, memproses,                           memindah-milek dan menjual semua keluar                 pertanian dan keluaran sampingannya,                         termasok padi;

(e) bagi membeli, menyimpan, membahagi-                       membahagi, membekal dan menjual beneh-                 beneh dan baja-baja;

(f) menjalan atau menyebab dijalankan pengajian            kemungkinan ekonomi mengenai pertanian;

(g) pada amnya melakukan semua apa-apa perkara         dan benda yang perlu atau bersampingan                     dengan atau berbangkit dari menjalankan                     kuasa-kuasanya atau menunaikan tugas-                       tugasnya dibawah Enakmen ini.

Bahagian

III

Seksyen

14

Tajuk

Kumpulanwang Perbadanan.
14 [1]

Adalah dengan ini ditubohkan suatu kumpulanwang (kemudian daripada ini disebut “Kumpulanwang’) yang akan ditadbir dan dikawal oleh Perbadanan-

(a) yang kadalamnya akan dibayar-

(i) apa-apa wang yang diperuntokkan dari                             samasa kasama oleh Daerah Negeri;

(ii) apa-apa wang yang diuntokkan samasa                             kasama kapada Perbadanan daripada                                 pendapatan pinjaman yang dipadatkan                             daripada Kerajaan Negeri Selangor;

(iii) segala wang yang dari samasa kasamasa                           diterima oleh atau kena dibayar kapada                             Perbadanan mengenai pembayaran balek                         mana-mana pinjaman yang diberi oleh                             Perbadanan dan bunga yang kena dibayar                         bagi mana-mana pinjaman itu;

(iv) wang-wang yang didapati atau yang timbul                     daripada apa-apa harta, pelaboran,gadaian-                     gadaian atau debenchar yang diperolehi oleh                   atau terlethak pada Perbadanan;

(v) apa-apa harta, pelaboran, gadaian, atau                             debenchar yang diperolehi oleh atau                                   terletakhak pada Perbadanan;

(vi) segala wang atau harta lain yang mungkin                       dengan apa-apa chara kena dibayar kapada                     atau terletakhak pada Perbadanan dalam                         apa-apa perkara yang bersampingan dengan                   kuasa-kuasa dan kewajipan-                                                 kewajipannya; dan

 

(b) yang daripadanya akan dibayar-

(i) segala perbelanjaan (termasok perbelanjaan                    modal) yang dilakukan oleh Perbadanan                          pada menunaikan tanggongannya atau                              menjalakan kewajipannya;

(ii) wang-wang bagi membayar balek apa-apa                       pinjaman yang diberi kapada Perbadanan                         menurut kuasanya untok meminjam

(ii) gaji, bayaran atau saraan bagi pegawai-                             pegawai, ejen-ejen dan kakitangan dan                             penasihat teknikal atau lain-lain penasihat                       Perbadanan; dan

(iv) apa-apa bayaran akitek, pengurusan dan                           ejensi.

 

 

Bahagian

III

Seksyen

15

Tajuk

Pelaboran.
15

Aset Kumpulanwang boleh satakat mana ianya tidak dikehendaki untok dibelanjakan oleh Perbadanan dibawah Enakmen ini, dilaborkan denagn apa-apa chara yang difikirkan patut oleh Perbadanan.

Bahagian

III

Seksyen

16

Tajuk

Akaun Dan Odi.
16 [1]

Perbadanan hendaklah menyimpan akaun-akaun dan lain-lain rekod dengan sapatutnya berkenaan dengan pengendahaannya dan hendaklah menyediakan penyata akaun bagi tiap-tiap satu tahun kewangan.

16 [2]

Akaun-akaun Pebadanan hendaklah diodit tiap-tiap tahun oleh Juru Odit Negara atau juru odit lain yang dilantek oleh Perbadanan dengan kelulusan Raja dalam Meshuarat.

16 [3]

salepas akhir tiap-tiap satu tahun kewangan, dan satelah sahaja akaun Perbadanan diodit, Perbadanan hendaklah mengarahkan supaya satu salinan penyata akaun itu dihantar kepada Raja dalam Meshuarat bersama dengan satu salinan apa-apa pandangan yang telah dibuat oleh Juru Odit Negara atau juru odit lain yang dilantek dibawah sekshen-kechil (2) atas apa-apa penyata atau akaun-akaun Perbadanan.

16 [4]

Raja dalam Meshuarat hendaklah megarahkan supaya satu salinan tiap-tiap penyata dan pandangan itu dibentangkan dalam Dewan Rakyat.

Bahagian

III

Seksyen

17

Tajuk

Laporan Tahuanan.
17 [1]

Perbadanan hendaklah, tidak lewat daripada 30 haribulan Jun tiap-tiap satu tahu, mengarahkan supaya dibuat dan dihantar kapada Raja dalam Meshuarat suatu laporan berkenaan dengan aktiviti-aktiviti Perbadanan dalam masa tahun yang lalu dan mengandongi apa-apa maklumat berhubong denagn perjalanan dan dasar Perbadanan sabagaimana yang dikehendaki dari samasa kasamasa oleh Raja dalam Meshuarat.

17 [2]

Raja dalam Meshuarat hendaklah mengarahkan supaya satu salinan laporan itu dibentangkan dalam Dewan Negeri.

Bahagian

IV

Seksyen

18

Tajuk

Pengulongan Urusan.
18 [1]

Raja dalam Meshuarat boleh, dengan perentah yang disiarkan dalam Warta, mengarahkan supaya Perbadanan digulong dan dibubarkan.

18 [2]

Apa-apa wang lebehan yang terbit dari penggulongan Perbadanan hendaklah dibayar kadalam Kumpulanwang Negeri Disatukan dan apa-apa kekurangan hendaklah dibayar daripada wang yang diperuntokkan oleh Dewan Negeri.

18 [3]

Penggulongan Perbadanan hendaklah di jalankan mengikut chara sabagaimana yang ditetapkan oleh Raja dalam Meshuarat.

Bahagian

V

Seksyen

19

Tajuk

Ordinan Perlindongan Pehak Berkuasa Awam No. 19/1948.
19

Mana-mana orang yang bertindak pada melaksanakan jawatan atau kewajipan-kewajiapannya dibawah perutokan Enakmen ini atau peruntokan mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat dibawahnya adalah berhak mendapat perlindongan yang diberi oleh Ordinan Perlindongan Pehak berkuasa Awam, 1948, atau oleh, mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa berhubong dengan perlindongan pehak berkuasa awam.

Bahagian

V

Seksyen

20

Tajuk

Pembicharaan Sivil.
20

Walau apa pun peruntokan mana-mana undang-undang bertulis dalam sasuatu pembicharaan sivil oleh atau terhadap Perbadanan mana-mana Pegawai Perbadanan yang diberikuasa bagi maksud itu dengan arahan khas atau am Pengerusi boleh, bagi pehak Perbadanan, memulakan hadhir dan menjalankan pembicharaan itu dan boleh membuat dan melakukan segala kehadiran, perbuatan dab permohonan berkenaan dengan pembicharaan itu.

Bahagian

V

Seksyen

21

Tajuk

Kesalahan-Kesalahan Berkenaan Dengan Pinjaman-Pinjaman dan Beban Bagi Membuktikan.
21

Mana-mana orang yang-

(a) mendapatkan pinjaman atau gerenti daripada                              Perbadanan  dibawah peruntokan-peruntokan Enakmen            ini dengan jalan apa-apa penyata palsu atau salah-                        penyataan; atau

(b) dengan bersengaja menggunakan apa-apa pinjaman yang           diberi kapadanya oleh Perbadanan dibawah peruntokan-           peruntokan Enakmen ini bagi apa-apa maksud yang                     daripada maksud yang kerananya pinjaman itu diberi                 atau

(c) satelah mendapatkan pinjaman atau gerenti itu daripada           Perbadanan dibawah peruntokan-perunokan Enakmen               ini, dengan bersengaja memusnahkan apa-apa chagaran             yang telah diberi berhubong dengan mana-mana                           pinjaman itu,

adalah melakukan suatu kesalahan  dan, apabila dithabitkan, boleh dikenakan penjara bagi tempoh tidak lebeh daripada enam bulan atau denda tidak lebeh daripada satu ribu ringgit atau kedua-keduanya.

Bahagian

V

Seksyen

22

Tajuk

Persetujuan Pendakwa Raya.
22

Tiada apa-apa pendakwaan bagi kesalahan yang terbit daripada peruntokan-peruntokan Enakmen ini atua berhubong denagn sasuatu pinjaman yang diberi dibawahnya boleh dimulakan kechuali dengan persetujuan bertulis daripada Pendakwa Raya.

Bahagian

V

Seksyen

23

Tajuk

Kaedah-Kaedah.
23

Perbadanan boleh dengan persetujuan Raja dalam Meshuarat membuat kaedah-kaedah yang tidak berlawanan dengan peruntokan Enakmen ini-

(a) bagi memperatorkan acharanya sendiri termasok achara  berhubon dengan memberi pinjaman;

(b) bagi menyimpan, menutup dan mengodit akaun-akaun Perbadanan;

(c) mengenai deposit-deposit dan pengeluaran-pengeluaran dari Kumpulanwang

(d) menetapkan kontrek-kontrek dan chara bagaimana dan siapakah orang-orang yang akan membuat kontrek-kontrek itu bagi pehak Perbadanan;

(e) menetapkan chara bagaimana suratan-suratan, check-check dan suratchara dari apa-apa jenis akan ditandatangani atau disempurnakan bagi pehak Perbadanan;

(f) mengadakan tanggongjawap dan kawalan dan sharat-sharat perkhidmatan bagi pegawai-pegawai dan kakitangan Perbadanan; dan

(g) mengenakan bayaran dalam apa-apa hal sabagaimana yang diltetapkan oleh Perbadanan.

Bahagian

V

Seksyen

24

Tajuk

Pemansokhkan Enakmen Bil.10/58.
24

Enakmen Lembaga Penanam Padi Selangor, 1958 adalah dengan ini dimansokhkan.

24 [2]

Semua hak, tanggongkan dan kewajipan Lembga Penanam Padi Selangor yang ditubohkan dibawah Enakmen yang dimansokhkan itu hendaklah menjadi hak, tanggongan dan kewajipan Perbadanan apabila Enakmen ini mula berkuatkuasa.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.