Semua Seksyen

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Bahagian

I - Permulaan

Seksyen

1

Tajuk

Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
1

Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan melalui pemberitahuan dalam Warta.

Bahagian

I - Permulaan

Seksyen

2

Tajuk

Tafsiran
2 [1]

Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“anak dara” ertinya seorang perempuan yang belum pernah
bersetubuh, sama ada sudah berkahwin atau belum;

“baligh” ertinya umur baligh mengikut Hukum Syarak;

“balu” ertinya perempuan yang suaminya telah mati;

“bermastautin” ertinya tinggal tetap atau pada kelazimannya
bermukim dalam sesuatu kawasan yang tertentu;

“darar syarie” ertinya bahaya yang menyentuh isteri mengenai agama, nyawa, tubuh badan, akal fikiran, maruah atau harta benda mengikut kebiasaan yang diakui oleh Hukum Syarak;

“duda” ertinya lelaki yang isterinya telah mati;

“Enakmen Pentadbiran” ertinya Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003;

“fasakh” ertinya pembubaran nikah disebabkan oleh sesuatu hal keadaan yang diharuskan oleh Hukum Syarak mengikut seksyen 53;

“Hakim Mahkamah Rayuan Syariah” ertinya seseorang Hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang dilantik di bawah subseksyen 57(1) Enakmen Pentadbiran;

“Hakim Syarie” atau “Hakim” ertinya seseorang Hakim Mahkamah

Rendah Syariah atau Mahkamah Tinggi Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dilantik di bawah subseksyen 58(1) atau 59(1) Enakmen Pentadbiran;

“harta sepencarian” ertinya harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuat kuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak;

“Hukum Syarak” ertinya Hukum Syarak mengikut Mazhab Shafie atau mengikut mana-mana satu Mazhab Maliki, Hanafi atau Hanbali;

“iqrar” ertinya suatu pengakuan yang dibuat oleh seseorang,
secara bertulis atau lisan atau dengan isyarat, menyatakan bahawa ia mempunyai kewajipan atau tanggungan terhadap seseorang lain berkenaan dengan sesuatu hak;

“janda” ertinya perempuan yang telah bernikah dan diceraikan setelah bersetubuh;

“kariah masjid”, berhubungan dengan sesuatu masjid, ertinya kawasan, sempadan yang ditetapkan di bawah seksyen 2 Enakmen Pentadbiran;

“Ketua Pendaftar” ertinya seorang Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam yang dilantik di bawah seksyen 28;

“Ketua Pendakwa Syarie” ertinya pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 78(1) Enakmen Pentadbiran;

“Mahkamah” ertinya Mahkamah Rendah Syariah atau Mahkamah Tinggi Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang ditubuhkan di bawah subseksyen 55(1) atau 55(2) Enakmen Pentadbiran;

“Mahkamah Rayuan Syariah” ertinya Mahkamah Rayuan Syariah yang ditubuhkan di bawah subseksyen 55 (3) Enakmen Pentadbiran;

“Majlis” ertinya Majlis Agama Islam Negeri Selangor yang
ditubuhkan di bawah subseksyen 4(1) Enakmen Pentadbiran;

“mas kahwin” ertinya pembayaran kahwin yang wajib dibayar di bawah Hukum Syarak oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang menurut Hukum Syarak, dapat dinilai dengan wang;

“mut’ah” ertinya bayaran saguhati yang diberi dari segi Hukum Syarak kepada isteri yang diceraikan;

“nasab” ertinya keturunan yang berasaskan pertalian darah yang sah;

“Negeri” termasuklah Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Labuan dan Putrajaya;

“Peguam Syarie” ertinya orang yang diterima di bawah seksyen 80 Enakmen Pentadbiran sebagai Peguam Syarie;

“pemberian” ertinya pemberian sama ada dalam bentuk wang atau benda-benda yang diberikan oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan;

“Pendaftar” ertinya Pendaftar Kanan Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam yang dilantik di bawah seksyen 28, dan termasuk Pendaftar dan Penolong Pendaftar;

“persetubuhan syubhah” ertinya persetubuhan yang dilakukan di atas anggapan sah akad nikah akan tetapi sebenarnya akad itu tidak sah (fasid) atau persetubuhan yang berlaku secara tersilap dan termasuk mana-mana persetubuhan yang tidak dihukum Had dalam Islam;

“ruju’” ertinya perkembalian kepada nikah yang asal;

“sesusuan” ertinya penyusuan bayi dengan perempuan yang bukan ibu kandungnya sekurang-kurangnya sebanyak lima kali yang mengenyangkan dalam masa umurnya dua tahun ke bawah;

“ta’liq” ertinya lafaz perjanjian yang dibuat oleh suami selepas akad nikah mengikut Hukum Syarak dan peruntukan Enakmen ini;

“tak sahtaraf”, berhubungan dengan seseorang anak, ertinya
dilahirkan di luar nikah dan bukan anak dari persetubuhan syubhah;

“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh yang ditetapkan di bawah seksyen 1 untuk mula berkuatkuasanya Enakmen ini;

“thayyib” ertinya perempuan yang pernah bersetubuh;

“wali Mujbir” ertinya bapa atau datuk sebelah bapa dan ke atas;

“wali Raja” ertinya wali yang ditauliahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, dalam hal Negeri Selangor, oleh Yang di-Pertuan Agong, dalam hal Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, atau oleh Raja, dalam sesuatu negeri lain, untuk mengahwinkan perempuan yang tidak mempunyai wali
dari nasab;

2 [2]

Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam
Enakmen ini dan yang tidak ditakrifkan dalam Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388] hendaklah mempunyai erti yang diberi kepadanya masing-masing oleh Akta itu setakat yang erti sedemikian tidak bercanggah dengan Hukum Syarak.

2 [3]

Bagi mengelakkan keraguan tentang identiti atau pentafsiran
perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini yang disenaraikan dalam Jadual, rujukan bolehlah dibuat kepada skrip bahasa Arab bagi perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan itu yang ditunjukkan bersetentangan dengannya dalam Jadual itu.

2 [4]

Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh dari semasa ke semasa
meminda, memotong daripada, atau menambah kepada, Jadual itu.

Bahagian

I - Permulaan

Seksyen

4

Tajuk

Pemakaian
4

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata selainnya, Enakmen ini terpakai bagi semua orang Islam yang tinggal dalam Negeri Selangor dan bagi semua orang Islam yang bermastautin dalam Negeri Selangor tetapi tinggal di luar Negeri itu.

Bahagian

I - Permulaan

Seksyen

5

Tajuk

Kriterium bagi memutuskan sama ada seseorang itu orang Islam
5

Jika bagi maksud-maksud Enakmen ini timbul apa-apa soal
tentang sama ada seseorang itu orang Islam, soal itu hendaklah diputuskan mengikut kriterium reputasi am, tanpa membuat apa-apa percubaan untuk mempersoalkan keimanan, kepercayaan, kelakuan, perangai, watak, perbuatan atau kemungkiran orang itu.

Bahagian

I - Permulaan

Seksyen

6

Tajuk

Perkahwinan yang masih berterusan hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Enakmen ini dan boleh dibubarkan hanya di bawah Enakmen ini
6 [1]

Tiada apa-apa jua dalam Enakmen ini boleh menyentuh sahnya sesuatu perkahwinan Islam yang telah diakadnikahkan di bawah mana-mana jua undang-undang di mana-mana jua pun sebelum tarikh yang ditetapkan.

6 [2]

Perkahwinan sedemikian, jika sah di bawah undang-undang
yang di bawahnya ia telah diakadnikahkan, hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Enakmen ini.

6 [3]

Tiap-tiap perkahwinan sedemikian, melainkan jika tidak diakui di bawah undang-undang yang di bawahnya ianya telah diakadnikahkan, hendaklah berterusan sehingga dibubarkan—

(a) dengan kematian salah seorang daripada pihak-pihak yang berkahwin itu;

(b) dengan apa-apa talaq sebagaimana yang dilafazkan di bawah Enakmen ini;

(c) dengan perintah Mahkamah yang layak berbidang kuasa; atau

(d) dengan penetapan pembatalan yang dibuat oleh Mahkamah yang layak berbidang kuasa.

Bahagian

II - Perkahwinan

Seksyen

20

Tajuk

Tempat perkahwinan
20 [1]

Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan kecuali dalam kariah masjid di mana pihak perempuan bermastautin, tetapi Pendaftar atau Hakim Syarie yang memberi kebenaran berkahwin
di bawah seksyen 17 atau 18 boleh memberi kebenaran untuk perkahwinan itu diakadnikahkan di tempat lain, sama ada dalam Negeri Selangor atau dalam mana-mana Negeri.

20 [2]

Kebenaran di bawah subseksyen (1) bolehlah dinyatakan dalam kebenaran berkahwin yang diberi di bawah seksyen 17 atau 18.

20 [3]

Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), sesuatu
perkahwinan itu bolehlah diakadnikahkan dalam kariah masjid yang lain daripada kariah masjid di mana pihak perempuan bermastautin jika—

(a) dalam hal di mana perempuan itu bermastautin dalam Negeri Selangor, kebenaran berkahwin mengenai perkahwinan itu telah diberi di bawah seksyen 17 atau 18 dan kebenaran untuk perkahwinan itu diakadnikahkan dalam kariah masjid yang lain itu telah diberi di bawah subseksyen (1); atau

(b) dalam hal di mana perempuan itu bermastautin dalam sesuatu Negeri, kebenaran berkahwin mengenai perkahwinan itu dan kebenaran untuk perkahwinan itu diakadnikahkan dalam kariah masjid yang lain itu telah diberi oleh pihak berkuasa yang hak bagi Negeri itu.

Bahagian

II - Perkahwinan

Seksyen

19

Tajuk

Kebenaran perlu sebelum akad nikah
19

Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan melainkan suatu kebenaran berkahwin telah diberi—

(a) oleh Pendaftar di bawah seksyen 17 atau oleh Hakim Syarie di bawah seksyen 18, jika perkahwinan itu melibatkan seorang perempuan yang bermastautin dalam Negeri Selangor; atau

(b) oleh pihak berkuasa yang hak bagi sesuatu Negeri, jika perkahwinan itu melibatkan seorang perempuan yang bermastautin di Negeri itu.

Bahagian

II - Perkahwinan

Seksyen

21

Tajuk

Mas kahwin dan pemberian
21 [1]

Mas kahwin hendaklah biasanya dibayar oleh pihak lelaki atau wakilnya kepada pihak perempuan atau wakilnya di hadapan orang yang mengakadnikahkan perkahwinan itu dan sekurang-kurangnya dua orang saksi lain.

21 [2 ]

Pendaftar hendaklah, mengenai tiap-tiap perkahwinan yang hendak didaftarkan olehnya, menentu dan merekodkan—

(a) nilai dan butir-butir lain mas kahwin;

(b) nilai dan butir-butir lain pemberian;

(c) nilai dan butir-butir lain apa-apa bahagian mas kahwin atau pemberian atau kedua-duanya yang telah dijanjikan tetapi tidak dijelaskan pada masa akadnikah itu, dan tarikh yang dijanjikan untuk penjelasan; dan

(d) butir-butir cagaran yang diberi bagi menjelaskan mas kahwin atau pemberian.

Bahagian

II - Perkahwinan

Seksyen

22

Tajuk

Catatan dalam Daftar Perkahwinan
22 [1]

Selepas sahaja akad nikah sesuatu perkahwinan dilakukan, Pendaftar hendaklah mencatatkan butir-butir yang ditetapkan dan ta’liq yang ditetapkan atau ta’liq lain bagi perkahwinan itu di dalam Daftar Perkahwinan.

22 [2]

Catatan itu hendaklah diakusaksi oleh pihak-pihak kepada perkahwinan itu, oleh wali, dan dua orang saksi, selain daripada Pendaftar, yang hadir semasa perkahwinan itu diakadnikahkan.

22 [3 ]

Catatan itu hendaklah kemudiannya ditandatangani oleh Pendaftar itu.

Bahagian

II - Perkahwinan

Seksyen

23

Tajuk

Poligami
23 [1]

Tiada seorang pun lelaki semasa wujudnya suatu perkahwinan boleh, kecuali dengan mendapat kebenaran terlebih dahulu secara bertulis daripada Mahkamah, membuat akad nikah perkahwinan yang lain dengan perempuan lain.

23 [2]

Tiada perkahwinan yang diakadnikahkan tanpa kebenaran di bawah subseksyen (1) boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini melainkan jika Mahkamah berpuashati bahawa perkahwinan sedemikian adalah sah mengikut Hukum Syarak dan Mahkamah telah memerintah supaya perkahwinan itu didaftarkan tertakluk kepada seksyen 124.

23 [3]

Subseksyen (1) terpakai bagi perkahwinan dalam Negeri Selangor seseorang lelaki yang bermastautin dalam atau di luar Negeri Selangor dan perkahwinan di luar Negeri Selangor seseorang lelaki yang bermastautin dalam Negeri Selangor.

23 [4]

Permohonan untuk kebenaran hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertai dengan suatu iqrar menyatakan alasan-alasan mengapa perkahwinan yang dicadangkan itu dikatakan patut atau perlu, pendapatan pemohon pada masa itu, butir-butir komitmennya dan kewajipan tanggungan kewangannya yang patut ditentukan, bilangan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu, dan sama ada izin atau pandangan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada telah diperolehi atau tidak terhadap perkahwinannya yang dicadangkan itu.

23 [5]

Apabila menerima permohonan itu, Mahkamah hendaklah memanggil pemohon, isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada, bakal isteri, wali kepada bakal isteri, dan mana-mana orang lain yang difikirkan oleh Mahkamah boleh memberi keterangan mengenai perkahwinan yang dicadangkan itu supaya hadir apabila permohonan itu didengar, yang hendaklah dilakukan dalam Mahkamah tertutup, dan Mahkamah boleh memberi kebenaran yang dipohon itu jika berpuas hati—

(a) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut
atau perlu, memandang kepada, antara lain, hal-hal keadaan
yang berikut, iaitu, kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada;

(b) bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung, sebagaimana dikehendaki oleh Hukum Syarak, semua isteri dan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi orang-orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang
dicadangkan itu;

(c) bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan adil kepada semua isterinya mengikut kehendak Hukum Syarak; dan

(d) bahawa perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syari’e kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada.

23 [6]

Satu salinan permohonan di bawah subseksyen (4) dan iqrar yang dikehendaki oleh subseksyen itu hendaklah disampaikan bersama dengan surat panggilan ke atas tiap-tiap isteri yang sedia ada.

23 [7 ]

Mana-mana pihak yang terkilan atau tidak puas hati dengan apa-apa keputusan Mahkamah boleh merayu terhadap keputusan itu mengikut cara yang diperuntukkan di bawah Enakmen Tatacara Mal (Negeri Selangor) [Enakmen 4/2003] 2003.

23 [8 ]

Mana-mana orang yang membuat akad nikah bersalahan dengan subsekyen (1) hendaklah membayar dengan serta merta semua jumlah mas kahwin dan pemberian yang kena dibayar kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada, dan jika jumlah itu tidak dibayar sedemikian, boleh dituntut sebagai hutang.

23 [9]

Acara bagi akad nikah dan pendaftaran sesuatu perkahwinan di bawah seksyen ini adalah serupa dalam serba perkara dengan yang dipakai bagi perkahwinan-perkahwinan lain yang diakadnikahkan dan didaftarkan dalam Negeri Selangor di bawah Enakmen ini.

23 [10]

Tiap-tiap Mahkamah yang memberi kebenaran atau memerintahkan supaya perkahwinan itu didaftarkan di bawah seksyen ini, hendaklah mempunyai kuasa atas permohonan mana-mana pihak kepada perkahwinan—

(a) untuk menghendaki seseorang untuk membuat pembayaran nafkah kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada; atau

(b) untuk memerintahkan supaya apa-apa aset yang telah diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagikan.

Bahagian

II - Perkahwinan

Seksyen

24

Tajuk

Akad nikah perkahwinan di Kedutaan-Kedutaan, dsb., Malaysia di luar negeri
24 [1]

Tertakluk kepada subseksyen (2), perkahwinan boleh diakadnikahkan mengikut Hukum Syarak oleh Pendaftar yang dilantik di bawah subseksyen 28 (3) di Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, atau Pejabat Konsul Malaysia di mana-mana negara yang telah tidak memberitahu Kerajaan Malaysia tentang bantahannya terhadap pengakadnikahan perkahwinan di Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, atau Pejabat Konsul itu.

24 [2]

Sebelum mengakadnikahkan sesuatu perkahwinan di bawah seksyen ini, Pendaftar hendaklah berpuashati—

(a) bahawa satu atau kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu adalah pemastautin Negeri Selangor;

(b) bahawa tiap-tiap satu pihak mempunyai keupayaan untuk berkahwin mengikut Hukum Syarak dan Enakmen ini; dan

(c) bahawa jika salah satu pihak bukan pemastautin Negeri Selangor, perkahwinan yang dicadangkan itu jika diakadnikahkan, akan dikira sebagai sah di tempat di mana pihak itu bermastautin.

24 [3]

Acara bagi akad nikah dan pendaftaran perkahwinan di bawah seksyen ini hendaklah serupa dalam semak semula perkara dengan yang dipakai bagi perkahwinan-perkahwinan lain yang diakadnikahkan dan didaftarkan dalam Negeri Selangor di bawah Enakmen ini seolah-olah Pendaftar yang dilantik untuk sesuatu negara asing adalah seorang Pendaftar untuk Negeri Selangor.

Bahagian

II - Perkahwinan

Seksyen

7

Tajuk

Orang yang boleh mengakadnikahkan perkahwinan
7 [1]

Sesuatu perkahwinan di Negeri Selangor hendaklah mengikut peruntukan Enakmen ini dan hendaklah diakadnikahkan mengikut Hukum Syarak oleh—

(a) wali di hadapan Pendaftar;

(b) wakil wali di hadapan dan dengan kebenaran Pendaftar; atau

(c) sebagai wakil wali.

 

7 [2]

Jika sesuatu perkahwinan itu melibatkan seorang perempuan
yang tiada mempunyai wali dari nasab, mengikut Hukum Syarak, perkahwinan itu hendaklah diakadnikahkan hanya oleh wali Raja.

Bahagian

II - Perkahwinan

Seksyen

8

Tajuk

Umur minimum untuk perkahwinan
8

Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan di bawah
Enakmen ini jika lelaki itu berumur kurang daripada lapan belas tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada enam belas tahun kecuali jika Hakim Syarie telah memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu.

Bahagian

II - Perkahwinan

Seksyen

9

Tajuk

Pertalian yang melarang perkahwinan
9 [1]

Tiada seseorang lelaki atau perempuan, mengikut mana-
mana yang berkenaan, boleh, oleh sebab nasab, berkahwin dengan—

(a) ibunya atau bapanya;

(b) neneknya atau datuknya hingga ke atas, sama ada dari sebelah bapa atau dari sebelah ibu;

(c) anak perempuannya atau anak lelakinya dan cucu
perempuannya atau cucu lelakinya hingga ke bawah;

(d) saudara perempuan atau saudara lelaki seibu sebapa, saudara perempuan atau saudara lelaki sebapa, dan saudara perempuan atau saudara lelaki seibu;

(e) anak perempuan atau anak lelaki kepada saudara lelaki atau saudara perempuan hingga ke bawah;

(f) ibu saudara atau bapa saudara sebelah bapanya hingga ke atas; dan

(g) ibu saudara atau bapa saudara sebelah ibunya hingga ke atas.

9 [2]

Tiada seseorang lelaki atau perempuan, mengikut mana-
mana yang berkenaan, boleh, oleh sebab pertalian kahwin, berkahwin dengan—

(a) ibu mertuanya atau bapa mertuanya hingga ke atas;

(b) ibu tirinya atau bapa tirinya, iaitu isteri bapanya atau suami ibunya;

(c) nenek tirinya atau datuk tirinya , iaitu isteri kepada datuknya atau suami kepada neneknya, sama ada dari sebelah bapa atau sebelah ibu;

(d) menantunya, lelaki atau perempuannya; dan

(e) anak perempuan tirinya atau anak lelaki tirinya hingga ke bawah daripada isteri atau suami yang perkahwinan telah disatukan.

9 [3]

Tiada seseorang lelaki atau perempuan, mengikut mana-
mana yang berkenaan, boleh, oleh sebab sesusuan, berkahwin dengan seseorang perempuan atau lelaki yang ada hubungan dengannya melalui penyusuan di mana, jika hubungan itu adalah melalui kelahiran dan bukan melalui penyusuan, perempuan atau lelaki itu tetap dilarang berkahwin dengannya oleh sebab nasab atau pertalian kahwin.

9 [4]

Tiada seseorang lelaki boleh mempunyai lebih dari satu
isteri pada satu masa jika isteri-isteri itu adalah bertalian antara satu sama lain melalui nasab, pertalian kahwin, atau sesusuan yang mana perkahwinan antara mereka tidak sah mengikut Hukum Syarak.

Bahagian

II - Perkahwinan

Seksyen

10

Tajuk

Orang dari agama lain
10 [1 ]

Tiada seseorang lelaki boleh berkahwin dengan seseorang
bukan Islam kecuali seorang Kitabiyah.

10 [2]

Tiada seseorang perempuan boleh berkahwin dengan seseorang bukan Islam.

Bahagian

II - Perkahwinan

Seksyen

11

Tajuk

Perkahwinan tak sah
11

Sesuatu perkahwinan adalah tak sah melainkan jika cukup semua syarat yang perlu, menurut Hukum Syarak, untuk menjadikannya sah.

Bahagian

II - Perkahwinan

Seksyen

12

Tajuk

Perkahwinan yang tidak boleh didaftarkan
12 [1]

Sesuatu perkahwinan yang bersalahan dengan Enakmen ini tidak boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini.

12 [2]

Walau apa pun subseksyen (1) dan tanpa menjejaskan
subseksyen 40 (2), sesuatu perkahwinan yang telah diupacarakan berlawanan dengan mana-mana peruntukan Bahagian ini tetapi sebaliknya sah mengikut Hukum Syarak boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini dengan perintah daripada Mahkamah.

Bahagian

II - Perkahwinan

Seksyen

13

Tajuk

Persetujuan dikehendaki
13

Sesuatu perkahwinan adalah tidak diakui dan tidak boleh
didaftarkan di bawah Enakmen ini melainkan kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu telah bersetuju terhadapnya, dan sama ada—

(a) wali pihak perempuan telah bersetuju terhadap perkahwinan itu mengikut Hukum Syarak; atau

(b) Hakim Syarie yang mempunyai bidang kuasa di tempat
di mana pihak perempuan itu bermastautin atau seseorang
yang diberi kuasa secara am atau khas bagi maksud itu oleh Hakim Syarie itu telah, selepas penyiasatan wajar di hadapan semua pihak yang berkenaan, memberi persetujuannya terhadap perkahwinan itu diakadnikahkan
oleh wali Raja mengikut Hukum Syarak, persetujuan
tersebut boleh diberi jika perempuan tiada mempunyai wali dari nasab mengikut Hukum Syarak atau jika wali tidak dapat ditemui atau jika wali enggan memberikan persetujuannya tanpa sebab yang mencukupi.

Bahagian

II - Perkahwinan

Seksyen

14

Tajuk

Perkahwinan seseorang perempuan
14 [1]

Tiada seseorang perempuan boleh, dalam masa perkahwinannya dengan seorang lelaki berterusan, berkahwin dengan seseorang lelaki lain.

14 [2]

Jika perempuan itu adalah seorang janda—

(a) tertakluk kepada perenggan (c), dia tidak boleh, pada
bila-bila masa sebelum tamat tempoh ‘iddahnya yang
dikira mengikut Hukum Syarak, berkahwin dengan
seseorang melainkan kepada lelaki yang akhir dia telah
bercerai;

(b) dia tidak boleh berkahwin melainkan dia telah
mengemukakan—

(i) suatu surat perakuan cerai yang sah yang dikeluarkan di bawah undang-undang yang pada masa itu berkuat kuasa;

(ii) suatu salinan yang diperakui bagi catatan yang
berkaitan dengan penceraiannya dalam daftar
penceraian yang berkenaan; atau

(iii) suatu perakuan, yang boleh diberi atas
permohonannya selepas penyiasatan yang wajar oleh Hakim Syarie yang mempunyai bidangkuasa di
tempat di mana permohonan itu dibuat, yang bermaksud bahawa dia adalah seorang janda; dan

(c) jika perceraian itu adalah dengan ba-in kubra, iaitu tiga talaq, dia tidak boleh berkahwin semula dengan suaminya yang dahulu itu, melainkan dia telah berkahwin dengan sah dengan seorang lain dan dia telah disetubuhi oleh seorang lain itu dalam perkahwinan itu dan perkahwinan itu dibubarkan kemudiannya dengan sah dan setelah habis
‘iddahnya.

14 [3]

Jika perempuan itu mendakwa telah bercerai sebelum dia telah disetubuhi oleh suaminya dalam perkahwinan itu, dia tidak boleh, dalam masa ‘iddah perceraian biasa, berkahwin dengan seseorang yang lain daripada suaminya yang dahulu itu, kecuali dengan kebenaran Hakim Syarie yang mempunyai bidang kuasa di tempat pengantin perempuan itu bermastautin.

14 [4]

Jika perempuan itu adalah seorang balu—

(a) dia tidak boleh berkahwin dengan seseorang pada bila-
bila masa sebelum tamat tempoh ‘iddahnya yang dikira mengikut Hukum Syarak; dan

(b) dia tidak boleh berkahwin melainkan dia telah
mengemukakan surat perakuan kematian suaminya atau
dengan cara lain membuktikan kematian suaminya.

Bahagian

II - Perkahwinan

Seksyen

15

Tajuk

Pertunangan
15

Jika seseorang telah mengikat suatu pertunangan mengikut Hukum Syarak, sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan sama ada secara bersendirian atau melalui seorang perantaraan,
dan kemudiannya enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi itu tanpa apa-apa sebab yang sah manakala pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir adalah
bertanggungan memulangkan pemberian-pemberian pertunangan, jika ada, atau nilainya dan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak yang satu lagi untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan yang demikian boleh dituntut melalui tindakan dalam Mahkamah.

Bahagian

II - Perkahwinan

Seksyen

16

Tajuk

Permohonan untuk kebenaran berkahwin
16 [1]

Apabila dikehendaki untuk mengakadnikahkan sesuatu perkahwinan dalam Negeri Selangor tiap-tiap satu pihak kepada perkahwinan yang dicadangkan itu hendaklah memohon dalam borang yang ditetapkan untuk kebenaran berkahwin kepada Pendaftar bagi kariah masjid di mana pihak perempuan itu bermastautin.

16 [2]

Jika pihak lelaki bermastautin di kariah masjid yang berlainan daripada kariah masjid pihak perempuan, atau bermastautin di mana-mana Negeri, permohonannya hendaklah mengandungi atau disertai dengan kenyataan Pendaftar bagi kariah masjidnya atau oleh pihak berkuasa yang hak bagi Negeri itu, mengikut mana yang berkenaan, yang bermaksud bahawa sejauh yang dapat dipastikannya perkara-perkara yang disebut dalam permohonan itu
adalah benar.

16 [3]

Permohonan tiap-tiap satu pihak hendaklah disampaikan kepada Pendaftar sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum tarikh yang dicadangkan bagi perkahwinan itu, tetapi Pendaftar boleh membenarkan masa yang lebih singkat dalam mana-mana kes tertentu.

16 [4]

Permohonan kedua-dua pihak hendaklah dianggap sebagai suatu permohonan bersama.

Bahagian

II - Perkahwinan

Seksyen

17

Tajuk

Mengeluarkan kebenaran berkahwin
17

Tertakluk kepada seksyen 18, Pendaftar, apabila berpuashati tentang kebenaran perkara-perkara yang disebut dalam permohonan itu, tentang sahnya perkahwinan yang dicadangkan itu, dan, jika pihak lelaki itu sudah berkahwin, bahawa kebenaran yang dikehendaki oleh seksyen 23 telah diberi, hendaklah, pada bila-bila masa selepas permohonan itu dan setelah dibayar fi yang ditetapkan, mengeluarkan kepada pemohon kebenarannya untuk berkahwin dalam borang yang ditetapkan.

Bahagian

II - Perkahwinan

Seksyen

18

Tajuk

Rujukan kepada dan tindakan oleh Hakim Syarie
18 [1]

Dalam mana-mana kes berikut, iaitu—

(a) jika salah satu pihak kepada perkahwinan yang dicadangkan itu adalah di bawah umur yang dinyatakan dalam seksyen 8;

(b) jika pihak perempuan adalah seorang janda yang tersabit oleh subseksyen 14(3); atau

(c) jika pihak perempuan tidak mempunyai wali dari nasab, mengikut Hukum Syarak, maka Pendaftar hendaklah, sebagai ganti bertindak di bawah seksyen 17, merujukkan permohonan itu kepada Hakim Syarie yang mempunyai bidang kuasa di tempat perempuan itu bermastautin.

18 [2]

Hakim Syarie, apabila berpuas hati tentang kebenaran perkara-perkara yang disebut dalam permohonan itu dan tentang sahnya perkahwinan yang dicadangkan itu dan bahawa kes itu adalah kes yang mewajarkan pemberian kebenaran bagi maksud-maksud seksyen 8, atau kebenaran bagi maksud-maksud subseksyen 14(3), atau persetujuannya terhadap perkahwinan itu diakadnikahkan oleh wali raja bagi maksud-maksud perenggan 13(b), mengikut mana-mana
yang berkenaan, hendaklah, pada bila-bila masa selepas permohonan itu dirujukkan kepadanya dan setelah dibayar fi yang ditetapkan, mengeluarkan kepada pemohon kebenarannya untuk berkahwin
dalam borang yang ditetapkan.

Bahagian

III - Pendaftaran Perkahwinan

Seksyen

25

Tajuk

Pendaftaran
25

Perkahwinan selepas tarikh yang ditetapkan tiap-tiap orang yang bermastautin dalam Negeri Selangor dan perkahwinan tiap-tiap orang yang tinggal di luar negeri tetapi bermastautin dalam Negeri Selangor hendaklah didaftarkan mengikut Enakmen ini.

Bahagian

III - Pendaftaran Perkahwinan

Seksyen

26

Tajuk

Surat perakuan nikah dan surat perakuan ta’liq
26 [1]

Selepas mendaftarkan sesuatu perkahwinan dan selepas dibayar kepadanya fi yang ditetapkan, Pendaftar hendaklah mengeluarkan suatu surat perakuan nikah dalam borang yang ditetapkan kepada kedua-dua pihak bagi perkahwinan itu.

26 [2]

Pendaftar hendaklah juga, selepas dibayar fi yang ditetapkan, mengeluarkan suatu surat perakuan ta’liq dalam borang yang ditetapkan kepada tiap-tiap satu pihak bagi perkahwinan itu.

Bahagian

III - Pendaftaran Perkahwinan

Seksyen

27

Tajuk

Melaporkan perkahwinan yang tak sah atau tak legal
27

Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap orang untuk melaporkan kepada Pendaftar tentang hal keadaan sesuatu kes dalam mana dia berpendapat bahawa sesuatu perkahwinan adalah tak sah atau bahawa sesuatu perkahwinan yang kena didaftarkan telah diakadnikahkan bersalahan dengan Enakmen ini.

Bahagian

III - Pendaftaran Perkahwinan

Seksyen

28

Tajuk

Pelantikan Ketua Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam
28 [1]

Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh melantik mana-mana pegawai awam yang berkelayakan untuk menjadi Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian, dan Rujuk Orang Islam bagi maksud-maksud Enakmen ini, yang mana adalah berkuasa menjalankan penyeliaan dan kawalan ke atas Pendaftar-Pendaftar dan pendaftaran perkahwinan, perceraian, dan ruju’ di bawah Enakmen ini.

28 [2 ]

Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh melantik beberapa orang yang berkelayakan sebagaimana yang perlu, untuk menjadi Pendaftar Kanan, Pendaftar, atau Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam bagi mana-mana kariah masjid dalam Negeri Selangor sebagaimana yang ditentukan dalam pelantikan itu.

28 [3]

Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, melantik mana-mana anggota staf diplomatik Malaysia di mana-mana negara untuk menjadi Pendaftar Perkahwinan, Perceraian, dan Ruju’ Orang Islam bagi maksud-maksud Enakmen ini di negara itu.

28 [4]

Tiap-tiap orang yang dilantik di bawah subseksyen (2) yang bukan pegawai awam hendaklah disifatkan sebagai pegawai awam bagi maksud-maksud Kanun Keseksaan [Akta 574].

Bahagian

III - Pendaftaran Perkahwinan

Seksyen

29

Tajuk

Buku dan Daftar hendaklah disimpan mengenai semua perkahwinan
29

Tiap-tiap Pendaftar hendaklah menyimpan suatu Daftar Perkahwinan dan buku-buku sebagaimana yang ditetapkan oleh Enakmen ini atau oleh kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Enakmen ini, dan tiap-tiap perkahwinan yang diakadnikahkan dalam Negeri Selangor hendaklah didaftarkan dengan sewajarnya oleh Pendaftar dalam Daftar Perkahwinannya.

Bahagian

III - Pendaftaran Perkahwinan

Seksyen

30

Tajuk

Salinan-salinan catatan hendaklah dihantar kepada Ketua Pendaftar
30 [1]

Tiap-tiap Pendaftar hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas akhir tiap-tiap satu bulan, menyerahkan kepada Ketua Pendaftar suatu salinan tiap-tiap catatan yang diperakui benar dan ditandatangani olehnya yang telah dibuat dalam Daftar Perkahwinan.

30 [2]

Semua salinan itu hendaklah disimpan oleh Ketua Pendaftar mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan dan hendaklah menjadi Daftar Perkahwinan Ketua Pendaftar.

Bahagian

III - Pendaftaran Perkahwinan

Seksyen

31

Tajuk

Pendaftaran perkahwinan luar negeri oleh orang yang bermastautin dalam Negeri Selangor
31 [1 ]

Jika seseorang yang bermastautin dalam Negeri Selangor telah berkahwin di luar negeri dengan sah mengikut Hukum Syarak, bukannya satu perkahwinan yang didaftarkan di bawah seksyen 24; maka orang itu hendaklah, dalam masa enam bulan selepas tarikh perkahwinan itu, hadir di hadapan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian, dan Ruju’ Orang Islam yang berhampiran sekali atau yang terdapat dengan paling senang di luar negeri untuk mendaftarkan perkahwinan itu, dan perkahwinan itu, setelah didaftarkan, hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Enakmen ini.

31 [2]

Jika sebelum tamat tempoh enam bulan itu salah satu atau kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu dijangkakan akan kembali ke Negeri Selangor dan perkahwinan itu belum didaftarkan di luar negeri, maka pendaftaran perkahwinan itu hendaklah dibuat dalam masa enam bulan selepas salah satu atau kedua-dua pihak itu mula-mula sampai di Negeri Selangor dengan cara pihak itu atau kedua-dua pihak itu hadir di hadapan mana-mana Pendaftar dalam Negeri Selangor dan—

(a) mengemukakan kepada Pendaftar itu surat perakuan nikah atau apa-apa keterangan, sama ada lisan atau dokumentar, yang boleh memuaskan hati Pendaftar bahawa perkahwinan itu telah berlaku;

(b) memberi apa-apa butir sebagaimana yang dikehendaki oleh Pendaftar untuk pendaftaran sewajarnya perkahwinan itu; dan

(c) memohon dalam borang yang ditetapkan supaya perkahwinan itu didaftarkan dan menandatangani akuan di dalamnya.

31 [3]

Pendaftar boleh mengecualikan satu daripada pihak-pihak itu daripada hadir jika dia berpuas hati bahawa ada sebab-sebab yang baik dan cukup bagi pihak itu tidak hadir dan dalam hal yang demikian catatan dalam Daftar Perkahwinan hendaklah termasuk suatu pernyataan tentang sebab pihak itu tidak hadir.

31 [4]

Selepas sahaja pendaftaran sesuatu perkahwinan di bawah seksyen ini, satu salinan sah catatan dalam Daftar Perkahwinan yang diperakui dan ditandatangani oleh Pendaftar hendaklah diserahkan atau dihantar kepada suami dan satu salinan lagi kepada isteri, dan satu lagi salinan sah yang diperakui hendaklah dihantar, dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan, kepada Ketua Pendaftar yang hendaklah menyebabkan semua salinan yang diperakui itu dijilid bersama untuk menjadi Daftar Perkahwinan Orang Islam
Luar Negeri.

31 [5]

Jika pihak-pihak kepada sesuatu perkahwinan yang dikehendaki didaftarkan di bawah seksyen ini tidak hadir di hadapan Pendaftar dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (1), perkahwinan itu boleh, atas permohonan kepada Pendaftar, didaftarkan kemudian setelah dibayar apa-apa penalti yang ditetapkan.

Bahagian

III - Pendaftaran Perkahwinan

Seksyen

32

Tajuk

Daftar yang tidak diakui di sisi undang-undang
32

Tiada seseorang, lain daripada mereka yang dilantik di bawah seksyen 28, boleh—

(a) menyimpan apa-apa buku yang mana adalah atau yang berupa sebagai suatu daftar yang disimpan mengikut Enakmen ini; atau

(b) mengeluarkan kepada seseorang apa-apa dokumen yang mana adalah atau yang berupa sebagai suatu salinan surat perakuan bagi perkahwinan atau perakuan perkahwinan yang didaftarkan oleh Pendaftar.

Bahagian

III - Pendaftaran Perkahwinan

Seksyen

33

Tajuk

Pendaftaran sukarela perkahwinan-perkahwinan orang Islam yang diakadnikahkan dahulunya di bawah mana-mana undang-undang
33 [1]

Walau apa pun peruntukan seksyen 6 dan seksyen 31, pihak-pihak kepada sesuatu perkahwinan mengikut Hukum Syarak yang diakadnikahkan di bawah mana-mana undang-undang sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan boleh, jika perkahwinan itu belum didaftarkan, memohon pada bila-bila masa kepada Pendaftar dalam borang yang ditetapkan untuk didaftarkan perkahwinan itu.

33 [2]

Pendaftar boleh menghendaki pihak-pihak kepada perkahwinan itu hadir di hadapannya dan mengemukakan apa-apa keterangan yang dikehendakinya mengenai perkahwinan itu, sama ada lisan atau dokumentar, dan memberi apa-apa butir lain sebagaimana yang dikehendaki olehnya.

33 [3]

Pendaftar boleh, setelah puas hati tentang kebenaran pernyataan-pernyataan yang terkandung dalam permohonan itu, mendaftarkan perkahwinan itu dengan mencatatkan butir-butir mengenainya dalam Daftar Perkahwinan yang ditetapkan bagi maksud ini.

33 [4]

Catatan perkahwinan dalam Daftar Perkahwinan itu hendaklah ditandatangani oleh Pendaftar yang membuat catatan itu dan oleh kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu, jika dapat hadir, jika tidak, oleh mana-mana satu pihak yang hadir di hadapan Pendaftar.

33 [5]

Selepas perkahwinan itu didaftarkan, satu salinan catatan dalam Daftar Perkahwinan yang diperakui dan ditandatangani oleh Pendaftar dan dimeterai dengan meterai jawatannya hendaklah diserahkan atau dihantar kepada suami dan satu salinan lagi kepada isteri dan satu salinan ketiga hendaklah dihantar kepada Ketua Pendaftar.

33 [6]

Pendaftar tidak boleh mendaftarkan sesuatu perkahwinan di bawah seksyen ini jika dia berpuas hati bahawa perkahwinan itu adalah tidak diakui di bawah Enakmen ini.

Bahagian

III - Pendaftaran Perkahwinan

Seksyen

34

Tajuk

Efek pendaftaran di sisi undang-undang
34

Tiada apa-apa jua dalam Enakmen ini atau dalam kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Enakmen ini boleh ditafsirkan sebagai menjadikan diakui atau tidak diakui sesuatu perkahwinan semata-mata oleh sebab ia telah didaftarkan atau tidak didaftarkan, yang mana, sebaliknya, adalah tidak diakui atau diakui.

Bahagian

IV - Penalti dan Pelbagai Peruntukan Berhubungan Dengan Akad Nikah dan Pendaftaran Perkahwinan

Seksyen

35

Tajuk

Tidak hadir di hadapan Pendaftar dalam masa yang ditetapkan
35

Jika seseorang yang dikehendaki oleh seksyen 31 hadir di
hadapan seorang Pendaftar, tidak berbuat demikian dalam masa yang ditetapkan, maka dia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.