Semua Seksyen

Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1988

Bahagian

I

Seksyen

1

Tajuk

Tajuk Ringkas.
1

Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Pengawalan  Sekolah-Sekolah Agama Islam.

Bahagian

I

Seksyen

2

Tajuk

Tafsiran.
2

Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

“Jemaah”       ertinya     Jemaah     Pengurusan     yang ditubuhkan di bawah seksyen 5 Enakmen ini;

“Lembaga” ertinya badan yang didirikan oleh Majlis Raja-raja yang dikenali sebagai – ‘Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran  dan  Pendidikan_  Agama Islam”;

“Majlis”   ertinya    Majlis    Agama    Islam    yang

dibentukkan  di bawah Enakmen Pentadbiran  Agama Islam 1952.

“Nazir Sekolah Islam” ertinya Nazir yang dilantik di bawah Enakmen ini;

“Pendaftar”  ertinya  · Pendaftar   yang   dilantik   di bawah    Seksyen    3   Enakmen    ini,  dan    termasuklah Timbalan-timbalan Pendaftar; dan

“Sekolah Islam” ertinya mana-mana Sekolah Agama Islam di dalam Negeri dan termasuklah masjid, madrasah, surau, pusat Islam, balaisah, pondok dan tadika, tetapi tidak termasuk mana-mana sekolah

agama Islam yang berada di bawah kawalan Kementerian Pelajaran, di mana dua puluh orang atau lebih ada didaftarkan untuk mempelajari atau akan diajari mata-mata pelajaran. yang termasuklah mana­ mana mata pelajaran yang berhubungan dengan agama Islam.

 

Bahagian

II

Seksyen

3

Tajuk

Perlantikan Pendaftar Dan Timba­lan-Timbalan Pendaftar.
3

Majlis boleh, dengan kelulusan Raja, melantik;

(a)  seorang Pendaftar Sekolah Islam Negeri; dan

(b)  beberapa orang Timbalan Pendaftar Sekolah Islam                             sebagaimana yang diperlukan

Bahagian

II

Seksyen

4

Tajuk

Tugas-Tugas Pendaftar..
4 [1]

Maka adalah menjadi tanggungjawab Pendaftar untuk memastikan dan mengawasi yang semua Sekolah Islam dalam Negeri ditadbirkan dengan sepatutnya

4 [2]

Pend:aftar hendaklah, pada setiap masa, sentiasa memberitahu Majlis tentang hal-ehwal semua Sekolah Islam dalam Negeri.

4 [3]

Pendaftar hendaklah menyimpan atau menyebabkan disimpan suatu daftar mengenai semua

Sekolah Islam yang didaftarkan di bawah Enakmen ini

dan dalam daftar itu hendaklah direkodkan butir-butir mengenai setiap sekolah Islam termasuk-

(a) nama dan alamat sekolah;

(b) anggota-anggota Jemaah Pengurusan sekolah;

(c) kurikulum untuk sekolah; dan

(d) apa-apa maklumat lain yang disifatkan oleh Pendaftar                  patut direkodkan.

 

Bahagian

III

Seksyen

5

Tajuk

Jemaah Pengurusan.
5

Sebelum suatu Sekolah Islam dibenar Jemaah didaftarkan di bawah Enakmen ini maka hendaklah ada satu suratcara yang menubuhkan suatu Jemaah Pengurusan  untuk sekolah itu.

5 [2]

Tiap-tiap Jemaah itu hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya tujuh orang yang hendaklah memegang apa-apa jawatan yang perlu bagi mana­-mana Sekolah Islam yang tertentu dan mempunyai apa-apa kuasa dan tugas yang ditetapkan oleh suratcara itu.

Bahagian

III

Seksyen

6

Tajuk

Jemaah Adalah Tertakluk Kepada Kawalan Pendaftar.
6 [1]

Jika Pendaftar berpendapat bahawa mana-mana orang yang telah dicadangkan untuk menjadi anggota Jemaah itu bukanlah seorang yang layak dan patut, maka dia boleh menolak orang itu daripada menjadi anggota Jemaah dan Jemaah hendaklah, atas penolakan sedemikian itu oleh Pendaftar, mencadangkan seorang lain untuk menggantikannya menjadi anggota Jemaah- itu.

6 [2]

Jika Pendaftar berpendapat bahawa seseorang anggota Jemaah bukanlah seorang yang layak dan patut maka dia hendaklah meminta Jemaah supaya memecatkan anggota itu dan apabila menerima permintaan itu Jemaah hendaklah mengainbil langkah yang perlu untuk memecat dan menggantikan anggota itu.

6 [3]

Jika Jemaah gagal atau enggan mematuhi permintaan yang dibuat oleh Pendaftar di bawah seksyen kecil (1) dan (2), Pendaftar mempunyai kuasa untuk memecatkan anggota itu dan melantik mana­-mana orang lain untuk menggantikan anggota itu

6 [4]

Mana-mana orang yang berhenti atau dipecat daripada menjadi anggota Jemaah hendaklah segera menyerahkan segala harta, barangan berharga, dokumen dan apa-apa perkara lain kepunyaan Sekolah Islam kepada Jemaah.

6 [5]

Seseorang yang telah dipecatkan atau berhenti menjadi anggota Jemaah melakukan kesalahan jika dia-

(a) gagal menyerahkan segala harta, barang berharga,.                    dokumen dan lain-lain perkara kepunyaan sekolah itu              kepada Jemaah; atau

(b) terus bertindak sebagai

6 [6]

Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen kecil (5) boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi dua tibu ringgit, dan bagi kesalahan di bawah perenggan (b) dalam seksyen kecil (5), dia boleh dikenakan denda tambahan tidak melebihi satu ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan.

Bahagian

III

Seksyen

7

Tajuk

Tugas-Tugas Jemaah.
7 [1]

Anggota-anggota Jemaah hendaldah, ber­tanggungjawab atas pengurusan Sekolah Islam secara bersesama dan masing-masing.

7 [2]

Maka adalah menjadi tanggungjawab Jemaah­-

(a) untuk sentiasa menyelenggarakan dengan sepatutnya           Sekolah Islam di bawah kawalanny.a;

(b) untuk mematuhi arahan-arahan Pendaftar;

(c) untuk menyelenggarakan rekod yang sepatutnya                    mengenai-

 (i)  guru-guru dan     kakitangan     sekolah Islam;·

(ii)  nama, umut dan jantina penuntut;

(iii) sumber kewangan se olah Islam;

(iv)  kurikulum sekolah Islam;

(v)   apa-apa lain yang dikehendaki dari semasa ke          semasa oleh Pendaftar.

7 [3]

Jemaah hendaklah-

(a) memberitahu Pendaftar tentang apa-apa perubahan                  kepada suratcara Sekolah Islam itu; dan

(b) menghantar kepada Pendaftar segala maklumat yang                 diminta oleh Pendaftar.

7 [4]

Jemaah boleh melantik, atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut oleh Jemaab, seberapa ramai guru, pegawai dan pengkhidmat dan hendaklah mempunyai kuasa untuk menamatkan atau membatalkan mana-mana perlantikan itu.

Bahagian

III

Seksyen

8

Tajuk

Kuasa-Kuasa Jemaah.
8

Jemaah hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai biasa dan boleh mendakwa dan _didakwa atas namanya dan hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang suaimanfaat atau semunasabahnya perlu atau bersampingan dengan menjalankan tugas-tugasnya dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan makna yang tersebut di atas:

(a) untuk memperolehi, membeli,. mengambil, memegang, menikmati harta alih atau tak alih dari tiap-tiap jenis dan mindahhak, menyerahhak, menyerahkan balik, menyerahkan, menggadai, menggadaijanji, mendemis, menyerahhakkan sem”Qla, memindahmilik atau selainnya melupuskan, atau menguruskan atau memajukan mana-mana harta alih atau tak alih atau apa-apa kepentingan dalamnya yang terletakhak pada Jemaah atas apa-apa terma yang disifatkannya patut;

(b) untuk membuat apa-apa perkiraan dengan Kerajaan Negeri atau Persekutuan atau pihak berkuasa yang mungkinnya berfaedah kepada tugas-tugas Jemaah atau mana-mana antaranya dan mendapatkan daripada Kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa itu apa-apa hak, keistimewaan dan konsesi yang difikirkan mustahak didapatkan oleh Jemaah dan melak:sanakan, menjalankan dan mematuhi mana-niana perkiraan, hak keistimewaan dan konsesi itu;

(c) melakukan segala perkara lain yang bersampigan atau berfaedah bagi mencapa1 maksud tugas:tugas dan menjalankan kuasa-kuasa Jemaah.

Bahagian

III

Seksyen

9

Tajuk

Kumpulan Wang.
9 [1]

Bagi maksud-maksud Enakmen ini, Jemaah hendaklah menubuhkan dan mentadbirkan suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai “Akaun Sekolah Islam”, yang ke dalamnya bendaklah dibayar masuk-

(a) apa apa jumlah wang yang diterima oleh Jemaah;

(b) wang yang didapati atau berbangkit daripada mana-mana harta, pelaburan, gadaijanji, gadaian, debentur atau syer yang diperolehi oleh atau diletakhakkan pada Jemaah;

(c) wang yang dikutip daripada yuran-yuran;

(d) pihak-pihak berkuasa tempatan;wa_ng yang didermakan oleh orang ramai atau pemberian yang diberikan oleh Kerajaan atau

(e) jumlah-ju’mlah wang yang dipinjam dan didapati oleh Jemaah di bawah Enakmen ini; dan

(f)segala jumlah wang atau harta lain yang dengan apa-apa jua cara kena dibayar atau iletakhakkan pada

9 [2]

Jemaah boleh membayar daripada Kumpulan wangnya-

(a) segala perbelanjaan, termasuk perbelanjaan modal, yang dilakukan oleh Jemaah di dalam menjalankan fungsi-fungsinya;

(b) wang untuk membayar balik pinjaman yang diterima oleh Jemaah menurut kuasanya untuk meminjam;

(c) apa-apa perbelanjaan lain yang dibenarkan oleh Jemaah.

9 [3]

Jemaah boleh melaburkan kumpulan wangnya dalam apa-apa pelaburan yang dibenarkan oleh Majlis.

Bahagian

III

Seksyen

10

Tajuk

Laporan.
10

Jemaah  hendaklah menyebabkan dibuat dan dihantar kepada Pendaftar laporan-laporan tahunan yang menyentuhi aktiviti-aktiviti Sekolah Islam dan Akaun Sekolah Islam.

Bahagian

III

Seksyen

11

Tajuk

Jemaah Hendaklah Mematuhi Kurikulum Yang Dibuat Oleh Majlis.
11 [1]

Tiap-tiap Jemaah hendaklah mematuhi kurikulum yang dibuat oleh Majlis, menggunakan buku-buku teks  yang  dinyatakan  sedemikian  dan me jalankan program mengenai latihan guru yang ditetapkan dan mengadakan apa-apa peperiksaan yang dinyatakan oleh Majlis

11 [2]

Kegagalan untuk mematuhi mana-mana peruntukan atau kehendak seksyen ini adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Enakmen ini.

Bahagian

IV

Seksyen

12

Tajuk

Pendaftaran.
12 [1]

Tertakluk kepada seksyen kecil  (2), tiada  orang atau kumpulan orang boleh menubuhkan atau mendirikan   Sekolah Islam melainkan jika  ia didaftarkan mengikut peruntukan-peruntukan Enakmen ini.

12 [2]

Semua Sekolah Islam .yang telah ditubuhkan sebelum Enakmen ini mula berkuatkuasa hendaklah didaftarkan mengikut peruntukan-peruntukan Enakmen ini dalam masa enam bulan selepas Enakmen ini mula berkuatkuasa atau apa-apa tempoh yang lebih lama sebagaimana yang dibenarkan oleh Pendaftar.

Bahagian

IV

Seksyen

13

Tajuk

Permohonan Untuk Pendaftarnn.
13

Mana-mana orang yang hendak mendirikan Sekolah Islam hendaklah memohon untuk pendaftaran, dalam borang yang ditetapkan, kepada Pendaftar dan hendaklah juga mengemukakan kepada Pendaftar suratcara yang dicadangkan bagi Jemaah sekolah itu.

13 [2]

Apabila menerima suatu permohonan, Pendaftar hendaklah menimbangkan permohonan itu dan sama ada meluluskan atau menolak permohonan itu.

13 [3]

Jika kelulusan telah diberikan, Pendaftar hendaklah segera mendaftarkan suratcara dan Jemaah Sekolah Islam itu dan mengeluarkan Perakuan Pendaftaran bagi sekolah itu dengan apa-apa syarat yang disifatkannya perlu.

Bahagian

IV

Seksyen

14

Tajuk

Syarat-Syarat Memberi Kelulusan.
14

Bagi maksud-maksud menimbangkan sama ada permohonan untuk pendaftaran diluluskan atau tidak Pendaftar hendaklah mengambil kira syarat-syarat yang berikut:

(a) kesesuaian Sekolah Islam atau bangunan atas           alasan-alasan kesihatan dan keselamatan;

(b) kesesuaian orang-orang   yang menganggotai Jemaah untuk menguruskan Sekolah Islam;

(c) sumber kewangan    untuk   menyelenggarakan Sekolah Islam;

(d) keperluan mengadakan satu lagi Sekolah Islam dalam kawasan di mana Sekolah Islam yang-dicadangkan itu· hendak didirikan; dan

(e)apa-apa syarat lain yang, pada pendapat Pendaftar, perlu untuk mendirikan Sekolah Islam dengan jayanya.

Bahagian

IV

Seksyen

15

Tajuk

Pembatalan Pendaftaran.
15 [1]

Pendaftar hendaklah memberitahu Jemaah apa-apa ketakpatuhan mana-mana syarat yang dinyatakan dalam Perakuan Pendaftaran atau apa-apa arahan lain yang dikeluarkan olehnya dan hendaklah mengarahkan Jemaah supaya mematuhi syarat-syarat itu.

15 [2]

Sekiranya Jemaah gagal  mematuhi  arahan­ arahan Pendaftar itu, Pendaftar boleh membatalkan suratcara dan Perakuan Pendaftaran Sekolah Islam tersebut.

15 [3]

Mana-mana  Jemaah  yang  Sekolah  Islamnya telah dibatalkan pendaftarannya di bawah seksyen ini boleh, apabila Pendaftar · berpuas hati yang ketakpatuhan yang dinyatakan dalam arahan-arahan Pendaftar telah diperbaiki, memohon lagi untuk mendaftarkan semula Sekolah Islam itu.

Bahagian

IV

Seksyen

16

Tajuk

Rayuan.
16

Mana-mana Jemaah atau mana-mana  orang yang terkilan dengan apa-apa keputusan Pendaftar yang dibuat di bawah mana-mana peruntukan Enakmen ini boleh, dalam masa 30 hari dari keputusan itu, membuat rayuan kepada Majlis dan keputusan Majlis itu adalah muktamad.

 

Bahagian

V

Seksyen

17

Tajuk

Perlantikan Nazir-Nazir Sekolah Islam.
17

Majlis bolell melantik beberapa orang Nazir Perlantikan Sekolah Islam sepertimana yang dipedukan, yang Nazir-nazir tugas-tugasnya hendaklah termasuk-

(a) menjalankan pemeriksaan, dari semasa ke semasa, ke atas Sekolah-sekolah  Islam terttang pengajaran kurikulum · yang dibenarkan, penggunaan . buku-buku teks, guru-guru yang diambil   bekerja   dan pematuhan yang wajar akan Enakmen ini atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya atau arahan-arahan Pendaftar;

(b) menjalankan penyiasatan ke atas mana-mana Sekolah Islam berhubungan dengan apa-apa perkara yang dibenarkan oleh Pendaftar;

(c) menjalankan  pemeriksaan   ke  atas  akaun-akaun Sekolah Islam dan;

(d) membuat laporan ke atas apa-apa perkara luar aturan,  termasuk membuat apa-apa cadangan yang perlu kepada Pendaftar.

Bahagian

V

Seksyen

18

Tajuk

MajlisBboleh Membenar­kan Mana­-Mana Orang Menjalan­kan Tugas­ -tugas Nazir Sekolah Islam.
18

Majlis boleh membenarkan secara bertulis mana­ mana orang untuk menjalankan tugas-tugas Sekolah Islam., dan orang yang dilantik sedemikian itu hendaklah mempunyai segala tugas dan kuasa y ng dipunyai ole Nazir Sekolah Islam.

 

Bahagian

V

Seksyen

19

Tajuk

Jemaah Guru Dan Pekerja Hendaklah Membantu Nazir Sekolah Islam.
19 [1]

Mana;.mana anggota Jemaah,  guru  atau pekerja Sekolah Islam hendaklah memberi segala kemudahan kepada mana-mana Nazir Sekolah  Islam atau mana-mana orang yang diberi kuasa untuk menjalankan apa-apa pemeriksaan dan hendaklah memberi segala maklumat dan mengemukak n segala buku, akaun dan lain-lain dokumen yang mungkin dikehendaki.

 

19 [2]

Mana-mana orang yang gagal mematuhi mana­ mana peruntukan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Enakmen ini.

Bahagian

VI

Seksyen

20

Tajuk

Lembaga Hendaklah Memberi Bantuan.
20

Lembaga hendaklah membantu Majlis untuk menjalankan segala perkara yang mungkin perlu bagi menjalankan dengan sepatutnya  Sekolah-sekolah Islam termasuk memberi apa-apa nasihat teknik, penggunaan buku-buku teks, kurikulum, peperiksaan, pengambilan guru dan latihan guru.

Bahagian

VI

Seksyen

21

Tajuk

Pengecualian Mematuhi Enakmen Oleh Majlis.
21

Majlis mempunyai kuasa untuk mengecualikan mana-mana Sekolah Islam dari segala atau mana-mana peruntukan  Enakmen ini.

 

Bahagian

VI

Seksyen

22

Tajuk

Kesalahan Dan Penalti.
22

Mana-mana orang yang–

(a)menubuhkan, menguruskan atau mengendali­kan Sekolah Islam tanpa Perakuan Pendaftaran yang dikeluarkan di bawah Enakmen ini; atau

(b)bertindak dengan melanggari mana-mana peruntukan Enakmen ini atau mana mana kaedah yang dibuat di bawahnya,

adalah  melakukan  suatu, kesalapan  dan di inana  tiada hukuman ditetapkan bagi kesalahan itu, boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman penjara bagi tempoh tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebihi dua ribu ringgit, atau dalam hal kesalahan kali kedua atau seterusnya, dikenakan penjara bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi lima ribu ringgit.

Bahagian

VI

Seksyen

23

Tajuk

Bidang Kuasa Untuk Membicarakan Kesalahan.
23

Pendakwaan berkenaan dengan apa-apa kesalahan Bidang-kuasa terhadap Enakmen ini atau mana-mana kaedah yang     dibuat di bawahnya hendaklah dibuat di dalam Mahkamah Majistret.

 

Bahagian

VI

Seksyen

24

Tajuk

Majlis boleh Mengarahkan Pendakwaan.
24 [1]

Majlis boleh mengarahkan apa-apa pendakwaan bagi apa- apa kesalahan di  bawah Enakmen ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya.

24 [2]

Pendaftar, Timbalan Pendaftar, atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh menjalankan apa-apa jua pendakwaan seperti itu.

Bahagian

VI

Seksyen

25

Tajuk

Kuasa Untuk Memasuki Premis.
25

Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Nazir Sekolah Islam atau mana-mana yang diberi kuasa mem suki secara bertulis oleh Majlis boleh pada setiap masa yang premis munasabah,     masuk ke dalam mana-mana premis Sekolah Islam bagi maksud menjalankan mana-mana kuasa pemeriksaan, penyiasatan atau selainnya memastikan yang sekolah itu ditadbirkan dengan sepatutnya.

Bahagian

VI

Seksyen

26

Tajuk

Akta Perlindungan Pihak-Pihak Berkuasa Awam 1948.
26

Akta Perlindungan Pihak-Pihak Berkuasa Awam 1948 hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau posiding terhadap Lembaga, Majlis Penndaftar, Timbalan Pendaftar, pengkhidmat atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Majlis atau Lembaga berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan.

Bahagian

VI

Seksyen

27

Tajuk

Pegawai- Pegawai Disifatkan Sebagai Peng­khidmat­ Pengkhid­mat Awam.
27

Pendaftar, Timbalan-timbalan Pendaftar, pegawai­ pegawai atau pekerja-pekerja Majlis atau Lembaga atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Majlis hendaklah disifatkan sebagai pengkhidmat awam dalam erti Kanun Keseksaan.

Bahagian

VI

Seksyen

28

Tajuk

Kaedah­ Kaedah.
28

Duli Yang Maha Mulia Sultan atas nasihat Majlis boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, membuat kaedah-kaedah bagi menjalankan peruntukan­-peruntukan Enakmen ini, dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan makna yang tersebut di atas, kaedah-kaedah itu boleh memperuntukkan berkenaan—

(a) suratcara Jemaah dengan apa-apa perubahan yang dib narkan supaya sesuai dengan mana-mana sekolab Islam yang tertentu;

(b) kurikulum bagi Sekolah Islam;

(c) Jenis dan taraf buku-buku teks untuk digunakan dalam Sekolah Islam;

(d) pengawalseliaan peperiksaan yang akan diadakan dan sijil-sijil yang akan-dikeluarkan;

(e) kehilusan guru guru untuk Sekolah Islam;

(f) menetapkan cara bagaimana  wang Jemaah akan dibelanjakan dan caranya dokumen, cek dan suratcara dari apa-apa perihalan hendak ditandatagani atau disempumakan bagi pihak Jemaah;

(g) kesalahan kesalahan yang dilakukan di bawah mana-mana kaedah-itu;

(h) menetapkan borang bagi maksud mana-mana peruntukan Enakmen ini; dan

(i) apa-apa perkara lain yang perlu untuk mentadbirkan dengan sepatutnya Sekolah Islam.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.