Semua Seksyen

Enakmen Pengesahan Kadar Bayaran dan Tanggungrugi Majlis Daerah Ulu Selangor 1979

Seksyen

1

Tajuk

Tajuk ringkas dan mula berkuat-kuasa
1

Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Pengesahan Kadar Bayaran dan Tanggungrugi Majlis Daerah Ulu Selangor 1979, dan hendaklah disifatkan sebagai telah mula berkuatkuasa pada 1 haribulan Januari 1978.

Seksyen

2

Tajuk

Pengesahan bagi perbuatan yang telah dilakukan.
2 [1]

Walau apapun peruntukan-peruntukan dalam Seksyen 127, Akta Kerajaan Tempatan 1976, kadar tahunan yang dipungut atau dijelaskan kepada Majlis Daerah Ulu Selangor atau pegawai-pegawai atau ejen-ejennya untuk atau bagi pihaknya, berupa pungutan kadar bayaran tahunan bagi tempat-tempat yang terdapat di ruangan pertama dalam Jadual di bawah ini di atas kadar yang ditentukan di ruangan kedua dalam Jadual tersebut bagi tempoh daripada 1 haribulan Januari 1978 sehingga 31 haribulan Disember 1978, hendaklah disifatkan sebagai telah dipungut atau dibuat kepada Majlis Daerah Ulu Selangor, pegawai-pegawai dan ejen-ejen dengan sahnya.

2 [2]

Tiada apa-apa perbuatan atau kutipan oleh pegawai-pegawai atau ejen-ejen untuk atau bagi pihak Majlis Daerah Ulu Selangor atau mana-mana orang lain yang bertindak di bawah arahan atau Perintah-perintah atau yang berupa arahan atau perintah-perintah yang diberi oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Ulu Selangor, atau mana-mana pegawai-pegawai yang rendah darinya akan, jikalau pemungutan atau pembayaran yang dituntut atau dibuat dengan kejujuran menurut Enakmen ini, mengenakan ke atas dirinya sendiri apa-apa jua tanggungan, tuntutan, tindakan tatatertib, sercaj atau permintaan.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.