Semua Seksyen

Enakmen Pengesahan Kadar Royalti dan Tanggungan Perhutanan 1978

Seksyen

1

Tajuk

Tajuk ringkas
1

Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Pengesahan Kadar Royalti dan Tanggungrugi Perhutanan 1978, dan hendaklah disifatkan sebagai telah mula berkuatkuasa pada 9 haribulan Mei 1974.

Seksyen

2

Tajuk

Pengesahan bagi perbuatan-perbuatan yang telah dilakukan.
2 [1]

Walau apapun peruntukan-peruntukan dalam “Schedule II”, Senarai Kadar Royalti di bawah Kepala (i) “Major Produce” dari Enakmen Perhutanan (F.M.S. Cap. 153), royalti yang dinyatakan di dalam Jadual kepada Enakmen ini yang dikutip atau dibayar kepada Kerajaan Negeri Selangor atau pegawai-pegawai dan ejen-ejennya untuk atau bagi pihak Kerajaan, yang berupa pungutan royalti untuk kayu api bagi tempoh daripada 9 haribulan Mei 1974 sehingga 30 haribulan November 1976, hendaklah disifatkan sebagai telah dipungut oleh atau dibuat kepada Kerajaan Negeri, pegawai-pegawai dan ejen-ejennya dengan sahnya.

2 [2]

Tiada apa-apa perbuatan atau kutipan oleh pegawai-pegawai atau ejen-ejen sedemikian untuk atau bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor atau oleh mana-mana orang lain, yang bertindak di bawah arahan atau perintah-perintah atau yang berupa arahan atau perintah-perintah yang diberi oleh Pegawai Perhutanan Negeri atau mana-mana pegawai-pegawai yang rendah darinya akan, jikalau pemungutan atau pembayaran yang dituntut atau dibuat dengan kejujuran menurut Enakmen Hutan ini, mengenakan ke atas dirinya sendiri apa-apa tanggungan, tuntutan, tindakan tatatertib, sercaj atau permintaan.

 

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.