Semua Seksyen

Enakmen Pinjaman (Projek Pembangunan Bandar Baru) 1982

Seksyen

1

Tajuk

Tajuk Ringkas dan Mula Berkuat-Kuasa
1

Enakmen ini boleh dinamakan Enakmen Pinjaman (Projek Pembangunan Bandar Baru) 1982 dan hendaklah disifatkan sebagai telah mula berkuatkuasa pada 1hb Januari 1978.

Seksyen

2

Tajuk

Kuasa Meminjam Wang dari Kerajaan Persekutuan
2

Kerajaan Negeri dengan ini diberi kuasa tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Enakmen ini meminjam dari Kerajaan Persekutuan sejumlah wang tidak lebih daripada enam puluh juta ringgit dengan syarat-syarat dan had-had sepertimana yang dipersetujui di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Seksyen

3

Tajuk

Pinjaman Dikenakan pada Kumpulan Wang Disatukan Negeri
3

Wang pokok yang dipinjam di bawah peruntukan-peruntukan Enakmen ini dan semua faedah dan lain-lain tanggungan adalah dengan ini dikenakan pada Kumpulanwang Disatukan Negeri

Seksyen

4

Tajuk

Kegunaan Pinjaman
4

Semua wang yang dipinjam di bawah peruntukan-peruntukan Enakmen ini hendaklah digunakan bagi maksud projek pembangunan bandar baru di dalam Negeri dan semua perkara yang berkaitan dengannya.

Seksyen

5

Tajuk

Pembayaran Balik
5

Semua wang yang dipinjam di bawah peruntukan-peruntukan Enakmen ini beserta semua faedah dan lain-lain tanggungan yang berkaitan hendaklah dibayar balik mengikut syarat-syarat dan had-had sepertimana yang telah dipersetujui di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan mengikut seksyen 2 dan hendaklah dibayar dari Kumpulanwang Disatukan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan tiap-tiap tahun kewangan semua jumlah wang yang patut dibayar dalam tahun itu.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.