Semua Seksyen

Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor 1969

Bahagian

I - Permulaan

Seksyen

1

Tajuk

Tajok Rengkas dan Tarikh Berkuat-kuasa
1

Enactment ini boleh-lah di-namakan Enactment Perba-danan Perpustakaan ‘Am Selangor, 1968, dan hendak-lah berjalan kuatkuasa-nya pada tarikh yang di-tetapkan oleh Raja melalui pemberitahu dalam Warta Kerajaan

Bahagian

I - Permulaan

Seksyen

2

Tajuk

Tafsiran
2

Dalam Enactment ini, melainkan jika kandongan ayat- nya menghendaki ma’ana yang lain—

“Ahli” erti-nya sa orang Ahli bagi mana² kumpulan atau kelas ahli Perpustakaan ‘Am atau mana² chawangan-nya atau pun Perpustakaan Berkenderaan dan termasok-lah Ahli² Biasa;

“Ahli Biasa” erti-nya Ahli² Perpustakaan ‘Am yang di-kenakan bayaran;

“Buku²” termasok-lah resensi². majallah², suratkhabar², charta², gambar², filem², peta² dan  apa² jua chetakan atau bahan² bachaan yang lain;

“Meshuarat Agong Tahunan” erti-nya Meshuarat Agong Tahunan bagi Ahli² Biasa;

“Negeri” erti-nya Negeri Selangor;

“Pengarah” erti-nya sa-orang  Pengarah  yang  di-lantek atau di-pileh di-bawah sekshen 5 (1),  dan  termasok-lah  sa- orang Pengarah yang di-lantek di-bawah sekshen-kechil (9) sekshen 5;

“Pengarah yang di-lantek” erti-nya sa-orang Pengarah yang di-lantek di bawah sekshen 5 (1) (a);

“Pengarah yang di-pileh” erti-nya sa-orang ahli biasa yang telah di-pileh sa-bagai Pengarah mengikut peruntokan² Enactment ini dan Atoran² yang di-buat di-bawah-nya;

“Pengerusi” erti-nya sa-orang pengarah yang telah di-pileh menjadi Pengerusi Perbadanan dan termasok-lah sa-orang Pengerusi sementara yang di-lantek di-bawah sekshen kechil (9) sekshen 5;

“Perpustakaan ‘Am” erti-nya Perpustakaan ‘Am Selangor yang di-tuboh, di-urus atau di-selenggara oleh Perbadanan di bawah sekshen 12 (a);

“Perpustakaan Berkenderaan” erti-nya suatu Perpusta- kaan yang bergerak dari satu tempat ka-satu tempat di- dalam Negeri di-sabuah kenderaan yang di-sesuaikan bagi maksud yang tersebut;

“tahun kewangan” erti-nya satu tempoh yang tidak lebeh dari  dua  belas  bulan,  dan  tidak  kurang  dari   enam  bulan yang berakhir pada 31 haribulan Disember

Bahagian

II - Perbadanan

Seksyen

3

Tajuk

Penubohan Perbadanan
3

Bagi maksud Enactment ini ada-lah dengan ini di-tubohkan sa-buah badan yang dinamakan “Perbadanan Perpustakaan ‘Am Selangor” (kemudian daripada ini di-sebut sa-bagai “Perbadanan” ) yang hendak-lah menjadi suatu pertubohan yang di-perbadankan kekal turun temurun yang boleh menda‘awa dan di-da‘awa.

Bahagian

II - Perbadanan

Seksyen

4

Tajuk

Meteri Perbadanan
4 [1]

Perbadanan hendak-lah  mempunyai suatu meteri dan boleh dari masa ka-semasa membuat, menukar, mengubah atau membuat yang lain sa-bagaimana yang di-sifatkan patut, dan sa-hingga suatu meteri di-adakan di-bawah sekshen ini suatu chap yang mengandungi perkataan² “Perbadanan Perpustakaan ‘Am Selangor” boleh di-gunakan sa-bagai meteri.

4 [2]

Meteri atau chap Perbadanan ini hendak-lah di-i‘tiraf dalam hal rasmi dan hakiman.

Bahagian

II - Perbadanan

Seksyen

5

Tajuk

Tuboh Perbadanan
5 [1]

Terta’alok kapada peruntokan2 kemudian sa-lepas ini di-adakan Perbadanan hendak-lah mengandongi—

(a) lima orang Pengarah yang di-lantek, atas nama atau jawatan oleh Raja dalam Majlis Meshuarat;

(b) lima orang Pengarah yang di-pileh oleh Ahli² Biasa di-dalam Meshuarat Agong Tahuuan.

5 [2]

Pengarah2 hendak-lah memileh antara mereka mengikut achara yang hendak-lah mereka sendiri menetapkan, sa-orang  Pengerusi  badanan  bagi  mempengerusikan semua meshuarat  Perbadanan dan Meshuarat Agong Tahunan;

Dengan sharat bahawa a-saorang Pengerusi yang di-lantek  itu  tidak  boleh  memegang  jawatan-nya  dengan tiada kebenaran bertulis dari Menteri Besar.

5 [3]

Sa-orang Pengerusi  hendak-lah  memegang  jawatan sa-lama tiga tahun melainkan jika  ia meletakan atau mengosongkan jawatan-nya terlebeh dahulu

5 [4]

Sa-orang Pengarah yang di-lantek lain daripada sa-orang Pengarah yang di-lantek kerana jawatan-nya, hendak-lah memegang jawatan sa-lama tempoh tiga  tahun kewangan melainkan jika ia di-berhentikan terlebeh dahulu atau ia terlebeh dahulu meletakkan jawatan.

5 [5]

Terta‘alok kapada peruntokan² Enactment ini,  sa- orang Pengarah yang di-lantek hendaklah memegang jawatan bagi tempoh satu tahun kewangan melainkan  jika ia meletakkan jawatan terlebeh dahulu atau menjadi tidak berkelayakan, atau mengosongkan jawatan-nya.

5 [6]

Pengerusi dan sa-orang Pengarah boleh di-lantek atau di-pileh sa-mula, mengikut mana yang berkenaan, sa-telah tammat tempoh ia memegang jawatan.

5 [7]

Mana2 Pengarah, lain daripada sa-orang Pengarah yang di-lantek atas jawatan-nya, boleh meletak jawatan-nya dengan memberi notis bertulis di-bawah tandatangan-nya kapada Pengerusi, dan sa-orang Pengarah yang di-pileh hendak-lah  mengosongkan  jawatan-nya  apabila sahaja ia tiada lagi menjadi sa-orang Ahli Biasa.

5 [8]

Pengerusi boleh meletak jawatan dengan memberi notis bertulis di-bawah tandatangan-nya kapada Menteri Besar, dan ia hendak-lah mengosongkan jawatan itu apabila sahaja ia tiada lagi menjadi sa-orang Pengarah

5 [9]

Menteri Besar boleh dengan bertulis melantek mana² Pengarah sa-bagai Pengerusi sementara dan melantek mana² Ahli Biasa yang sesuai sa-bagai Pengarah sementara semasa Pengerusi atau Pengarah, mengikut mana yang berkenaan, tiada berdaya bagi sementara kerana sakit atau  semasa tidak ada di-dalam Persekutuan buat sementara; dan  manakala  mana² Pengarah yang di-pileh meletak jawatan atau mengosongkan jawatan, Menteri Besar boleh melantek sa-orang Ahli Biasa yang sesuai untok mengisi kekosongan yang tersebut sa-hingga tamat tempoh  jawatan  Pengarah yang meletakkan atau mengosongkan jawatan-nya itu.

5 [10]

Walau pun ada apa2 jua yang terkandong dalam Enactment ini yang b•rtentangan, bagi selama tempoh tiga tahun kewangan daripada Enactment ini  mulal  berkuat-kuasa, Pengarah yang di-pileh yang di-sebutkan di-bawah perenggan (b) sekshen-kechil (1), hendak-lah di-lantek oleh Raja dalam Majlis Meshuarat.

5 [11]

Pengerusi dan Pengarah² Perbadanan sa-bagai yang di-peruntokan di-bawah sekshen ini boleh-lah dari semasa ka-semasa di-ishtiharkan di-dalam Warta Kerajaan Negeri.

Bahagian

II - Perbadanan

Seksyen

6

Tajuk

Meshuarat Perbadanan
6 [1]

Perbadanan hendak-lah mengadakan meshuarat di Ibu Pejabat Perbadanan sakurang²-nya empat kali dalam satu tahun kewangan sa-belum mengadakan Meshuarat Agong Tahunan bagi maksud menimbangkan urusan tahunan bagi tahun kewangan yang berikut-nya sa-lain daripada urusan² lain yang mengenai-nya, hendak-lah notis di-beri dengan sawajar-nya.

6 [2]

Pengerusi boleh pada bila² masa mengadakan suatu meshuarat Perbadanan dan hendak-lah atas permintaan bertulis daripada tidak kurang daripada tiga orang Pengarah mengadakan suatu meshuarat khas dalam tempoh satu bulan daripada tarikh permintaan itu.

6 [3]

Minit² bagi sesuatu meshuarat Perbadanan hendak-lah   di-simpan dan hendak-lah di-sahkan serta di-tanda-tangani  oleh  Pengerusi  dengan sa-berapa segera yang boleh di-meshuarat yang berikut sa-lepas itu.

6 [4]

Perbadanan boleh menjemput satu atau beberapa orang bagi menghadziri mana² meshuarat Perbadanan yang tertentu bagi maksud membantu atau menasihat Perbadanan, tetapi orang² yang di-jemput itu tidak berhak mengundi.

Bahagian

II - Perbadanan

Seksyen

7

Tajuk

Chukup Bilang
7 [1]

Chukup-bilang bagi semua meshuarat² Perbadanan ai-lah lima orang Pengarah dan Pengerusi.

7 [2]

Jika sekira-nya undi atas apa² soal sama banyak-nya, maka Pengerusi ada-lah berhak memberi undi pemutus di-samping undi asal-nya.

Bahagian

II - Perbadanan

Seksyen

8

Tajuk

Mewakilkan Kuasa
8 [1]

Terta‘alok kapada peruntokan2 Enactment ini dan kapada mana2 Atoran yang di-buat di-bawah-nya, Perba- danan boleh dengan satu usul mewakilkan kapada mana2 Pengarah, pegawai atau kakitangan Perbadanan, kuasa dan kebenaran bagi menjalankan bagi pehak-nya kewajipan2 kuasa2   atau   kerja2   sa-bagaimana   yang   di-tetapkan   oleh Perbadanan selain dari kuasa2 di-bawah sekshen2

8 [2]

Perbadanan boleh pada masa mewakilkan apa2 kuasa atau kebenaran di-bawah sekshen-kechil (1) kapada mana2 Pengarah, pegawai atau kakitangan atau pada bila2 masa kemudian-nya memberi arahan° mengenai chara bagaimana kuasa atau kebenaran yang di-wakilkan itu di-kehendaki di-jalankan dan boleh pada bila° masa membatal, mengubah atau menambahkan perwakilan

8 [3]

Dengan tidak menyentoh keluasan ma‘ana sekshen-kechil (1) dan terta‘alok kapada peruntokan sekshen-kechil (2), Perbadanan boleh dengan satu usul mewakilkan kapada mana2 Pengarah, pegawai  atau  kakitangan  Perbadanan, kuasa membenarkan perbelanjaan hingga sa-takat yang di- tetapkan oleh Perbadanan bagi sa-suatu perkara, daripada Kumpulan-wang atau daripada mana2 wang lain di-bawah kawalan Perbadanan

8 [4]

Tiada-lah apa2 jua usul untok mewakilkan apa2 kewajipan, kuasa atau kerja di-bawah sekshen ini menjadi sah melainkan jika sa-kurang2-nya enam orang Pengarah Perbadanan mengundi menyokong-nya.

Bahagian

III - Pegawai2 dan Kakitangan

Seksyen

9

Tajuk

Perlantekan Pegawai2 dan Kakitangan Perbadanan
9 [1]

Terta’alok kapada peruntokan2 Sekshen 25, Perbadanan boleh melantek beberapa orang pegawai2 dan kakitangan sa-bagaimana yang munasabah dan perlu bagi maksud2 Enactment ini.

9 [2]

Pegawai2 dan  kakitangan  Perbadanan  ada-lah  di-bawah kawalan tadbir Pengerusi, atau sa-orang pegawai yang di-lantek oleh Pengerusi.

9 [3]

Pengarah2, pegawai dan kakitangan Perbadanan hendak-lah di-sifatkan sa-bagai penjawat ‘awam dalam erti Kanun Keseksaan

9 [4]

Perbadanan boleh-lah dengan kelulusan Menteri Besar membuat Atoran2 bagi menuboh dan menguruskan suatu   kumpulan wang bekal yang di-charumkan bagi pegawai2  dan kakitangan° yang di-lantek  di-bawah sekshen.

Bahagian

III - Pegawai2 dan Kakitangan

Seksyen

10

Tajuk

Pejabat Perbadanan.
10

Perbadanan hendak-lah mempunyai sa-buah Ibu Pejabat di Kuala Lumpur atau di-Ibu Negeri, di-tempat2 yang akan di-tentukan oleh Perbadanan dari sa-masa ka sa-masa, dan boleh menuboh lain2 pejabat yang di-sifatkan perlu oleh Perbadanan.

Bahagian

III - Pegawai2 dan Kakitangan

Seksyen

11

Tajuk

Pemakaian Ordinance Perlindongan Pehak Berkuasa ‘Awam, 1948 kapada Perbadanan.
11

Ordinance Perlindongan Pehak-Berkuasa ‘Awam, 1948, hendak-lah di-pakai bagi apa2 tindakan, guaman, penda‘awan atau pembicharaan terhadap Perbadanan atau ter-hadap mana2 Pengarah, pegawai, kakitangan atau ejen bagi Perbadanan berkenaan dengan apa2 perbuatan, kechuaian atau keengkaran yang di-buat atau di-lakukan oleh Perbadanan atau orang2 itu atas jawatan-nya.

Bahagian

IV - Kerja2 dan Kuasa Perbadanan

Seksyen

12

Tajuk

Kerja2 Perbadanan
12

Kerja2 Perbadanan ada-lah –

(a) bagi menuboh, mengurus dan menyelenggara sa-buah Perpustakaan ‘Am Selangor, di Kuala Lumpur atau di Ibu Negeri;

(b) bagi memajukan dan menggalakkan semangat membacha, khsus-nya dalam Bahasa Kebangsaan;

(c) bagi membuat apa2 jua perkara yang di-fikirkan perlu bagi menjalankan atau menunaikan segala atau apa2 juga kerja2 Perbadanan;

 

Bahagian

IV - Kerja2 dan Kuasa Perbadanan

Seksyen

13

Tajuk

Kuasa2 Perbadanan
13

Perbadanan boleh –

(a) menuboh, mengurus dan menyelenggara chawangan2 Perpustakaan ‘Am di-mana2 bahagian Negeri;

(b) mengada dan menyelenggara Perpustakaan Berkenderaan;

(c) membeli, tukar-menukar, meminjam dan menerima buku2, dan lain2 harta yang boleh di-aleh2 yang bersangkutan dengan penubohan dan pengurusan Perpustakaan ‘Am atau mana2 chawangan-nya atau mana2 Perpustakaan Berkenderaan;

(d) membeli, tukar-menukar, memajak dan memilek tanah bangunan dan lain2 harta yang tidak boleh di-aleh2 bagi penubohan Perpustakaan ‘Am atau mana2 chawangan-nya dan perkara2 yang bersangkutan dengan-nya;

(e) mengambil aleh mana2 perpustakaan yang ada di-dalam Negeri dengan persetujuan perpustakaan tersebut, dan pada melakukan-nya boleh-lah membuat apa1 konterek atau perkiraan yang menasabah dengan mana2 orang, kelab atau persatuan dengan persetujuan Raja dalam Majlis Meshuarat;

(f) membuat perhubongan dan bekerja sama setakat mana dan atas sharat2 sa-bagaimana yang di-sifatkan perlu dengan lain2 perpustakaan, Yayasan2 Pengajian Tinggi atau mana2 Persatuan Antara Bangsa, sama ada di-dalam Negeri2 Tanah Melayu atau di-luar Negeri;

(g) membuat apa2 jua perbuatan atau perkara yang di-fikirkan perlu dan patut pada menjalankan maksud2 Enactment ini.

 

Bahagian

IV - Kerja2 dan Kuasa Perbadanan

Seksyen

14

Tajuk

Kuasa Menjamin
14

Perbadanan boleh dari masa ka-samasa meminjam dengan apa2 kadar faedah dan untok tempoh beberapa lama dan dengan atas apa2 sharat mengenai chara dan masa pembayaran balek dan menjamin pembayaran balek dan sa-bagai-nya mengikut yang di-luluskan oleh Raja dalam Majlis Meshuarat, apa2 wang yang perlu bagi menunaikan apa2 perbelanjaan modal bagi maksud2 yang berikut:

(a) pampasan yang kena di-bayar oleh Perbadanan bagi pengambilan tanah;

(b) belanja bagi memperolehi tanah, bangunan2 atau lain2 harta yang tidak boleh di-aleh bagi maksud Enactment ini;

(c) belanja bagi pembenaan atau memperbaiki bangunan2 untok perpustakaan ‘am atau mana2 chawangan-nya dan kerja yang berkaitan dengan-nya;

(d) belanja membeli kereta2 bagi penubohan Perpustakaan Berkenderaan;

(e) belanja bagi membeli buku2

Bahagian

V - Ahli2 Perpustakaan 'Am

Seksyen

15

Tajuk

Ahli2
15 [1]

Ahli2 Perpustakaan ‘Am hendak-lah:

(a) di-hadkan kepada orang yang biasa-nya tinggal di-dalam Negeri2 Tanah Melayu; dan

(b) terdiri daripada Ahli2 Biasa dan lain2 kumpulan atau kelas ahli2 sa-bagaimana dari masa ka-semasa di-tetapkan oleh Atoran2 yang di-buat di-bawah sekshen 28 atau sekshen 29.

 

15 [2]

Ahli2 mana2 chawangan Perpustakaan ‘Am atau mana2 Perpustakaan Berkenderaan hendak-lah –

(a) di-hadkan kapada orang2 yang biasa-nya tinggal di-dalam Negeri atau di-sesuatu kawasan di-dalam Negeri sa-bagaimana yang di-tetapkan oleh Perbadanan; dan

(b) terdiri daripada kumpulan atau kelas ahli2 sa-bagaimana dari masa ka-semasa di-tetapkan oleh Atoran2 di-buat di-bawah sekshen 28 atau sekshen 29.

Bahagian

V - Ahli2 Perpustakaan 'Am

Seksyen

16

Tajuk

Meshuarat Agong Tahunan
16

Terta’alok kapada peruntokan sekshen-kechil (10) sekshen 5, ada-lah menjadi kewajipan Perbadanan untok mengadakan suatu Meshuarat Agong Tahunan bagi Ahli2 Biasa dalam bulan Disember sa-kurang2-nya dua minggu sa-belum penghujong tahun kewangan bagi maksud memileh Pengarah2 bagi tahun kewangan yang akan datang, sa-lain daripada urusan lain yang notis mengenai-nya hendak-lah di-beri dengan sepatut-nya, di-tempat dan pada masa yang sesuai sa-bagaimana yang di-tetapkan oleh Pengerusi.

Bahagian

V - Ahli2 Perpustakaan 'Am

Seksyen

17

Tajuk

Hak Istimewa Ahli2 Biasa
17

Hanya Ahli2 Biasa yang sudah berumor 21 tahun sahaja yang berhak menghadziri dan mengundi di-Meshuarat Agong Tahunan, dan hanya Ahli2 Biasa yang biasa-nya tinggal di-dalam Negeri dan yang menjadi warganegara Persekutuan sahaja yang layak menjadi chalon bagi di-pileh sa-bagai sa-orang Pengarah yang di-pileh.

Bahagian

V - Ahli2 Perpustakaan 'Am

Seksyen

18

Tajuk

Daftar Ahli2
18 [1]

Perbadanan hendak-lah menyimpan daftar ahli2 di-Ibu Pejabat-nya dan daftar2 itu hendak-lah menunjokkan berkenaan dengan tiap2 ahli kumpulan atau kelas ahli-nya dan daftar tersebut hendak-lah menjadi bokti mu’tamat mengenai kenyataan2 yang di-rekodkan di-dalam-nya.

18 [2]

Daftar2 berasingan ahli2 hendak-lah di-simpan bagi tiap2 chawangan Perpustakaan ‘Am dan Perpustakaan Berkenderaan.

Bahagian

V - Ahli2 Perpustakaan 'Am

Seksyen

19

Tajuk

Ahli2 Tidak Di-Kenakan Bayaran
19 [1]

Sa-lain daripada Ahli2 Biasa, ahli2 bagi Perpustakaan ‘Am atau mana2 chawangan-nya atau mana2 Perpustakaan Berkenderaan hendak-lah tiada di-kenakan bayaran.

19 [2]

Pada masa tempoh memegang jawatan, semua, Pengarah2 yang di-lantek hendak-lah di-sifatkan sa-bagai Ahli2 Biasa Perpustakaan ‘Am dan hendak-lah di-kechualikan daripada apa2 bayaran dan yuran.

Bahagian

VI - Kumpulan Wang dan Hasil2 Perbadanan

Seksyen

20

Tajuk

Kumpulan Wang Perbadanan
20

Kumpulan Wang Perbadanan hendak-lah mengandongi –

(a) apa2 wang yang dari semasa ka-semasa di-bayar kapada Perbadanan daripada hasil ‘am Negeri, atau yang di-derma oleh Kerajaan Negeri atau mana2 Kerajaan atau oleh mana2 orang lain bagi maksud2 Perbadanan;

(b) apa2 wang yang dari semasa ka-semasa di-dapati oleh Perbadanan sa-chara pinjaman;

(c) apa2 wang yang boleh di-pungut oleh Perbadanan dengan chara bayaran2, yuran2 atau denda2 daripada ahli2;

(d) segala wang yang boleh di-perolehi oleh Perbadanan sa-chara langsong atau tidak langsong daripada harta yang boleh di-aleh atau tidak boleh di-aleh yang di-mileki oleh Perbadanan.

Bahagian

VI - Kumpulan Wang dan Hasil2 Perbadanan

Seksyen

21

Tajuk

Menggunakan Kumpulan Wang Perbadanan
21

Kumpulan-Wang Perbadanan boleh-lah di-gunakan bagi membayar bayaran2 berikut –

(a) elaun Pengarah2 kerana menghadziri meshuarat mengikut kadar sa-bagaimana yang di-luluskan oleh Raja dalam Majlis Meshuarat;

(b) gaji2, bayaran atau seraan bagi pegawai2, ejen2 dan kakitangan serta Penasihat2 teknik dan lain2 Penasihat Perbadanan;

(c) segala belanja, bayaran dan perbelanjaan bagi menjalankan kuasa2 Perbadanan di-bawah Enactment ini dan bersangkutan dengan-nya;

(d) faedah atas apa2 pinjaman yang sah di-sisi Undang2 yang di-buat oleh Perbadanan;

(e) wang2 di-kehendaki bagi membayar balek wang2 yang telah di-pinjam;

(f) wang2 sa-bagaimana yang di-sifatkan patut di-asingkan berkenaan dengan kesusutan nilai harta Perbadanan.

 

Bahagian

VI - Kumpulan Wang dan Hasil2 Perbadanan

Seksyen

22

Tajuk

Kira2 Bank
22 [1]

Segala wang yang di-bayar kapada Perbadanan hendak-lah segera di-masokkan ka-dalam suatu kira2 di-dalam bank atau bank2 yang di-luluskan oleh Perbadanan.

22 [2]

Segala bayaran mengikut perentah atau chek2 terhadap kira2 itu hendak-lah di-tandatangani oleh Pengerusi dan sa-orang Pengarah yang di-beri kuasa oleh Perbadanan.

Bahagian

VI - Kumpulan Wang dan Hasil2 Perbadanan

Seksyen

23

Tajuk

Kira2 dan Odit
23 [1]

Perbadanan hendak-lah menyimpan kira2 dau lain2 rekod yang betul berkenaan dengan perjalanan-nya dan l;endaklah  menyebabkan  supaya di-sediakan suatu kenyataan kira2 bagi tiap2 satu tahun kewangan.

23 [2]

Kira2 Perbadanan hendak-lah di-odit tiap2 tahun oleh Juru Odit Negara

23 [3]

Pada penghujong tiap2 tahun kewangan, sa-telah sahaja kira2 Perbadanan di-odit, Perbadanan hendak-lah menyebabkan supaya suatu salinan kenyataan kira2 itu di-hantar kapada Raja dalam Majlis Meshuarat bersama2 dengan suatu salinan apa2 penyata yang di-buat oleh Juru Odit  Negara  di-atas apa2 penyata atau kira2 Perbadanan.

Bahagian

VI - Kumpulan Wang dan Hasil2 Perbadanan

Seksyen

24

Tajuk

Penyata Tahunan
24 [1]

Perbadanan hendak-lah dengan sa-berapa segera yang boleh sa-lepas penghujong tiap2 tahun kewangan, menyebabkan supaya di-buat dan di-hantar kapada Raja dalam  Majlis Meshuarat suatu penyata mengenai kegiatan2 Perbadanan pada ‘am-nya dalam tahun kewangan yang lalu dan mengandongi ma‘alumat2 berkenaan dengan perjalanan dan dasar Perbadanan sa-bagaimana yang di-arahkan oleh Raja dalam Majlis Meshuarat.

24 [2]

Suatu salinan penyata itu hendak-lah di-bentangkan di-= dalam Dewan Perundangan

 

 

Bahagian

VI - Kumpulan Wang dan Hasil2 Perbadanan

Seksyen

25

Tajuk

Kuasa Menggaji Penasihat2
25

Perbadanan boleh-lah dengan kelulusan Menteri Besar menggaji dan membayar penasihat2 teknik atau pakar2 sa-bagai peguamchara, pegawai bank, penilai dan pakar khutub-khabah bagi menjalankan apa2 urusan yang tertentuu atau bagi membuat apa2 pekerjaan khas yang di-kehendaki di-jalankan atau di-buat pada melaksanakan kewajipan2 Perbadanan atau bagi menjalankan dengan lebeh baik lagi maksud2 Enactment ini dan membayar segala bayaran2 dan perbelanjaan2 yang di-kenakan.

Bahagian

VII - Pelbagai

Seksyen

26

Tajuk

Kesalahan
26

Sesiapa jua yang di-dalam mana2 nahagian Perpustakaan atau mana2 chawangan-nya yang di-tuboh, di-selengara atau di-uruskan oleh Perbadanan, menyebabkan kegusaran dan gangguan kepada mana2 orang yang menggunakannya-

(a) berkelakuan sa-chara tidak senonoh; atau

(b) menggunakan bahasa2 kesat, kasar atau luchah; atau

(c) bertaroh atau berjudi; atau

(d) yang, se-telah di-beri amaran yang sepatut-nya maseh berada di-dalam-nya lebeh daripada masa yang di-tetap untok menutup Perpustakaan ‘Am atau chawangan-nya,

ada-lah melakukan suatu kesalahan dan apabila di-thabitkan boleh di-kenakan denda tidak lebeh datipada tiga ratus ringgit atau dua bulan penjara dan bagi kesalahan yang kedua atau yang kemudian-nya di-kenakan tidak lebeh daripada enam ratus ringgit atau empat bulan penjara.

Bahagian

VII - Pelbagai

Seksyen

27

Tajuk

Kuasa membuat Peratoran Tetap.
27

Perbadanan boleh dengan persetujuan Menteri Besar membuat Peratoran Tetap yang tidak berlawanan dengan peruntokan Enactment ini-

(a) menetap achara2 di-meshuarat Perbadanan;

(b) menetapkan chara bagaimana suratan, dan surat2-chara dari apa2 jua jenis pun akan di-tandatangan atau di-laksanakan bagi pehak Perbadanan;

(c) menetapkan tanggong-jawab dan kawalan bagi pegawai2 dan kakitangan Perbadanan;

(d) menetapkan chara bagaimana pegawai2 serta kakitangan Perbadanan boleh menerima belanja perjalanan dan elaun hidup dan menetapkan kadar perbelanjaan dan elaun itu;

(e) pada ‘am-nya menjalankan kuasa2 dan kerja2 Perbadanan di-bawah peruntok2 Enactment ini.

Bahagian

VIII - MENYELESAIKAN URUSAN PERBADANAN

Seksyen

30

Tajuk

30 [1]

Raja dalam Majlis Meshuarat boleh, dengan membuat perentah yang di-siarkan dalam Warta Kerajaan, mengarahkan supaya Perbadanan hendak-lah menyelesaikan urusannya dan dibubarkan.

30 [2]

Apa2 jua kelebehan wang yang terbitnya daripada penyelesaian urusan Perbadanan hendaklah dibayar daripada wang2 yang di-untokkan oleh Dewan Perundangan Negeri.

30 [3]

Penyelesaian urusan Perbadanan hendaklah di-jalankan mengikut chara sa-bagaimana yang di-tetapkan oleh Raja dalam Majlis Meshuarat.

30 [4]

Dengan tidak menghiraukan apa2 jua yang terkandong di-dalam Enactment ini atau mana2 Atoran yang di-buat di-bawah-nya, apa2 jua hak dan kelebehan mana2 Pengarah atau ahli hendak-lah di-sifatkan sa-bagai berakhir dengan sah-nya di-sisi undang2 mulai daripada tarikh Warta Kerajaan yang di-siarkan di-bawah sekshen-kechil (1).

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.