Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1988

Bahagian

III

Seksyen

6

Tajuk

Jemaah Adalah Tertakluk Kepada Kawalan Pendaftar.
6 [1]

Jika Pendaftar berpendapat bahawa mana-mana orang yang telah dicadangkan untuk menjadi anggota Jemaah itu bukanlah seorang yang layak dan patut, maka dia boleh menolak orang itu daripada menjadi anggota Jemaah dan Jemaah hendaklah, atas penolakan sedemikian itu oleh Pendaftar, mencadangkan seorang lain untuk menggantikannya menjadi anggota Jemaah- itu.

6 [2]

Jika Pendaftar berpendapat bahawa seseorang anggota Jemaah bukanlah seorang yang layak dan patut maka dia hendaklah meminta Jemaah supaya memecatkan anggota itu dan apabila menerima permintaan itu Jemaah hendaklah mengainbil langkah yang perlu untuk memecat dan menggantikan anggota itu.

6 [3]

Jika Jemaah gagal atau enggan mematuhi permintaan yang dibuat oleh Pendaftar di bawah seksyen kecil (1) dan (2), Pendaftar mempunyai kuasa untuk memecatkan anggota itu dan melantik mana­-mana orang lain untuk menggantikan anggota itu

6 [4]

Mana-mana orang yang berhenti atau dipecat daripada menjadi anggota Jemaah hendaklah segera menyerahkan segala harta, barangan berharga, dokumen dan apa-apa perkara lain kepunyaan Sekolah Islam kepada Jemaah.

6 [5]

Seseorang yang telah dipecatkan atau berhenti menjadi anggota Jemaah melakukan kesalahan jika dia-

(a) gagal menyerahkan segala harta, barang berharga,.                    dokumen dan lain-lain perkara kepunyaan sekolah itu              kepada Jemaah; atau

(b) terus bertindak sebagai

6 [6]

Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen kecil (5) boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi dua tibu ringgit, dan bagi kesalahan di bawah perenggan (b) dalam seksyen kecil (5), dia boleh dikenakan denda tambahan tidak melebihi satu ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.