Enakmen Mengawal Lembu-Kerbau 1971

Seksyen

4

Tajuk

Memelihara atau Menyimpan Lembu-kerbau di-dalam Kawasan Larangan di-tegah
4 [1]

Dengan tidak menghiraukan peruntokan² mana² undang² Negeri atau perundangan kechil mengenai melesen lembu-kerbau atau kandang lembu-kerbau –

(a) mana² lembu-kerbau yang di-pelihara atau di-simpan atau di-dapati dalam kawasan larangan dengan tiada mempunyai kebenaran bertulis dari Pegawai Haiwan Negeri, boleh di-tangkap atau di-tembak oleh Pehak-berkuasa Tertentu dan di-bawa dengan serta merta ka-suatu tempat sembeleh atau ka-mana² tempat lain yang di-fikirkan sesuai oleh Pehak-berkuasa Tertentu untok di-sembeleh di-situ atau di-selenggarakan dengan apa chara jua yang di-tentukan oleh Pehak-berkuasa Tertentu;

(b) jika mana² lembu-kerbau itu di-pelihara, di-simpan atau di-dapati dalam kandang lembu-kerbau atau berdekatan dengan-nya, maka Pehak-berkuasa Tertentu boleh merobohkan kandang lembu-kerbau tersebut, melainkan tuan rumah punya kandang itu sendiri bersetuju dengan bertulis untok merobohkan-nya sendiri di-dalam tempoh masa yang di-fikirkan patut oleh Pehak-berkuasa Tertentu.

4 [2]

Kuasa² yang di-beri oleh sekshen-kechil (1) hanya boleh di-jalankan oleh Pegawai Daerah bagi daerah yang berkenaan atau Pegawai Haiwan Negeri.

4 [3]

Mana² lembu-kerbau yang di-sembeleh di-bawah peruntokan² sekshen-kechil (1) (a) atau mana² harta boleh aleh yang di-dapati dari merobohkan kandang lembu-kerbau di-bawah peruntokan² sekshen-kechil (1) (b) hendak-lah di-jual atau di-selenggarakan dengan apa chara jua yang di-tentukan oleh Pehak-berkuasa Tertentu.

4 [4]

Terta’alok kepada peruntokan² sekshen kechil, (5), tiada apa² pampasan kena di-bayar bagi mana² lembu-kerbau yang di-tembak, di-sembeleh atau di-selenggarakan, atau bagi sa-suatu kandang lembu-kerbau yang di-robohkan di-bawah peruntokan sekshen ini.

4 [5]

Hasil, jika ada, daripada jualan mana² lembu-kerbau yang di-sembeleh atau penjualan harta boleh aleh di-bawah peruntokan sekshen-kechil (3) sa-telah di-tolak perbelanjaan-nya, hendak-lah di-simpan oleh Pehak-berkuasa Tertentu yang berkenaan, sa-hingga tuntutan di-buat oleh tuan punya lembu-kerbau atau kandang lembu-kerbau itu.

4 [6]

Jika dalam tempoh dua minggu dari tarikh jualan tiada sa-orang pun membuktikan tuntutan-nya terhadap harta itu maka pemilekan atau hasil berseh daripada jualan itu hendak-lah terserah dan menjadi hak Kerajaan Negeri.

4 [7]

Sa-kira-nya ada lebeh dari satu orang yang menuntut terhadap harta itu, maka Pehak-berkuasa Tertentu hendak-lah menentukan dengan mengadakan penyiasatan siapa-kah yang berhak kapada hasil itu.

4 [8]

Sa-siapa yang tiada puashati dengan keputusan yang di-buat oleh Pehak-berkuasa Tertentu itu boleh membuat apil kapada Raja dalam Meshuarat dalam tempoh sa-puloh hari tarikh tersiar-nya keputusan itu dan keputusan Raja dalam Meshuarat itu ada-lah mu’tamad.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.