Enakmen Majlis Perbandaran Petaling Jaya 2006

Bahagian

-

Seksyen

4

Tajuk

Pindaan gelaran-gelaran
4

Apabila taraf Majlis Perbandaran Petaling Jaya diubah kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, segala rujukan dalam tiap-tiap undang-undang bertulis—

(a) kepada “Majlis Perbandaran Petaling Jaya” hendaklah ditafsirkan sebagai rujukan kepada “Majlis Bandaraya Petaling Jaya” atau “the Petaling Jaya City Council”;

(b) kepada “Ahli-ahli Majlis Perbandaran Petaling Jaya” (sebagai satu perbadanan) hendaklah ditafsirkan sebagai rujukan kepada “Ahli-ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya”;

(c) kepada “Ahli-ahli Majlis” atau “Ahli-ahli Majlis Perbandaran Petaling Jaya” hendaklah ditafsirkan sebagai rujukan kepada “Ahli-ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya”;

(d) kepada “Yang Dipertua Majlis Perbandaran Petaling Jaya” atau kepada “Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Petaling Jaya” hendaklah masing-masingnya ditafsirkan sebagai rujukan kepada “Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya” atau “Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya”; dan

(e) kepada “Perbandaran” atau kepada “Ahli-ahli Majlis Perbandaran Petaling Jaya” atau kepada “Yang Dipertua bagi Ahli-ahli Majlis” (berkenaan dengan suatu Perbandaran) hendaklah masing-masingnya ditafsirkan sebagai termasuk rujukan kepada “Majlis Bandaraya Petaling Jaya”, “Ahli-ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya” atau “Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya”.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.