145) KOS PROJEK PENEBATAN BANJIR DAERAH GOMBAK
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Haji Zaidy Bin Haji Abdul Talib
Kategori: Mulut
-
Berapakah bajet yang terlah diperuntukkan dalam program penebatan banjir daerah Gombak mengikut pecahan DUN bagi 2013 dan 2014?
-
Berapakah pula yang telah di belanjakan bagi bajet 2013?
-
Sejauh manakah keberkesanan program penebatan banjir ini?
145) KONTRAKTOR DAN PEMBEKAL KERAJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Secara puratanya, apakah peratusan pekerja tempatan dan pekerja asing yang kini bekerja dengan syarikat kontraktor dan pembekal rasmi Kerajaan Negeri Selangor
145) PENGUATKUASAAN JAIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Butirkan statistik penguatkuasaan JAIS bagi tahun 2008-2013 mengikut jenis kesalahan dan daerah.
-
Butirkan semua kes JAIS terhadap orang bukan beragama Islam bagi tempoh yang sama.
145) KEGAWATAN EKONOMI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Adakah sektor perindustrian di Selangor akan terjejas sekiranya berlaku kegawatan ekonomi?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil kerajaan negeri bagi mengelakkan terjejas sekiranya berlaku kegawatan ekonomi?
145) PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR DI DUN MORIB
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom
Kategori: Mulut
-
Selama hampir 3 tahun kerajaan negeri mentadbir apakah pelan perancangan jangka pendek dan jangka panjang dari segi infrastruktur yang telah dirancang untuk Kuala Langat khasnya DUN Morib
145) PERUNTUKAN KHAS & PEMBANGUNAN KAWASAN DEWAN NEGERI SUNGAI PANJANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah peruntukan kerajaan negeri untuk kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang dari tahun 2008 hingga kini?
-
Senaraikan nama-nama projek dan jumlah perbelanjaan melalui peruntukan yang diperoleh dari tahun 2008 hingga kini berkenaan?
145) BAS KOMUNITI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah usaha kerajaan untuk mengadakan perkhidmatan bas komuniti di kawasan bandar?
-
Berapa buah bas yang dicadangkan untuk menjayakan program ini?
-
Berapa peruntukan kewangan yang akan dibelanjakan?
145) Zon Perlindungan Sungai
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Apakah baki panjang sungai di mana 50m ke kiri dan kanannya belum digazet sebagai zon perlindungan?
-
Apakah KPI dalaman pihak LUAS dari segi masa untuk mengazet baki tersebut?
145) MERANCAKKAN EKONOMI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri melalui PBT dalam usaha merancakkan ekonomi di kawasan DUN Hulu Bernam terutamanya dalam industri pelancongan?
145) PELAN INFRASTRUKTUR NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan jangka pendek dan panjang Pelan Infrastruktur Negeri untuk sepuluh tahun akan datang?
