144) PEMBINAAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT ANTARA LEBUHRAYA ELITE & SKVE, BANDAR SAUJANA PUTRA, JENJAROM
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri mendesak Permodalan Negeri Selangor Berhad menyegerakan pembinaan Persimpangan Bertingkat antara Lebuhraya ELITE & SKVE untuk menyuraikan kesesakan trafik di Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Daerah Kuala Langat?
144) KEBAJIKAN KAKITANGAN KERAJAAN SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah imam dan kakitangan masjid-masjid di negeri Selangor dilantik? Siapakah yang melantik mereka?
-
Adakah perbezaan status ganjaran seperti gaji, bonus dan ganjaran-ganjaran lain di antara mereka yang dilantik oleh MAIS dan JAIS? Jika ada perbezaan, adakah usaha menyelaraskan sistem, kaedah dan pemberian ganjaran untuk kakitangan di kedua-dua institusi tersebut?
144) KAMPUNG MELAYU TRADISI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk membuka/membesarkan kawasan perkampungan tradisi Melayu?
144) SELIAAN ZON INDUSTRI
Tahun:
Sesi:
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baru di dalam mengatasi kekangan seliaan di zon industri kerana kekurangan dana serta persepsi pedagang luar negara yang mengatakan bahawa negara-negara jiran lebih baik langkah seliaannya di zon- zon industri mereka agar penambahan modal asing akan bertambah?
144) MENUNAIKAN MANIFESTO
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah perincian manifesto Pakatan untuk di laksana kerajaan negeri setelah PRU-13?
-
Apakah penambahan manifesto berbanding PRU-12?
144) Pembangunan 2 Masjid Di Kota Damansara
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Masjid Kota Damansara 2, apa statusnya?
-
Masjid Subang Bistari, apa statusnya?
144) WARGA ASING
Tahun:
Sesi:
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam membendung masalah peniaga warga asing yang menggunakan lesen warga tempatan terutamanya di kawasan DUN Hulu Bernam?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan satu blueprint bagi pemohon lesen perniagaan bagi mengatasi masalah penyalahgunaan lesen berniaga oleh warga asing?
144) PELUPUSAN SAMPAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Memandang Kerajaan Persekutuan tidak lagi mengeluarkan lesen di pusat transit sampah di Seksyen 21 Shah Alam, apakah langkah proaktif Kerajaan Negeri bagi menangani isu ini?
-
Apakah Kerajaan Negeri Selangor mempertimbangkan menggunakan teknologi terkini bagi memastikan pengurusan sampah di tapak pembuangan sampah lebih efisien dan tambah nilai? Nyatakan teknologi yang di cadangkan.
145) SEKOLAH VERNAKULAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Nyatakan syarat-syaratdan garis panduan yang diguna pakai oleh Kerajaan Negeri dalam pemberian kelulusan tanah untuk pembinaan sekolah vernakular Cina dan Tamil.
-
Apakah perancangan jangka panjang dan berapakah peruntukan untuk membantu sekolah-sekolah ini?
145) DAESH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan dan strategi Kerajaan Negeri untuk berhadapan dengan penyebaran falsafah DAESH atau ISIS di negeri Selangor?
