147) SKIM PERLINDUNGAN TAKAFUL INSURAN PESAWAH PADI
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini Skim tersebut.
-
Sila kemukakan berapakah jumlah bilangan pesawah Negeri Selangor yang layak menerima perlindungan skim insuran tersebut mengikut pecahan kaum.
-
Sila nyatakan apakah perancangan jangka panjang termasuk memberi perlindungan insuran serangan penyakit dan bencana?
147) PERKHIDMATAN PEMBUANGAN SAMPAH DI KAMPUNG MELAYU TRADISIONAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Kita sering melihat penduduk kampung berdepan dengan masalah pembuangan sampah di kawasan mereka yang tidak menerima sebarang perkhidmatan pelupusan sampah daripada pihak PBT. Adakah kerajaan negeri ataupun PBT mempunyai cadangan untuk memberi perkhidmatan mengangkat sampah secara percuma kepada penduduk kampung ?
-
Apakah kerajaan negeri atau PBT mempunyai rancangan jangka panjang ataupun mekanisme untuk menangani masalah pembuangan sampah di kawasan kampung ?
147) PAJAKAN KAMPUNG BARU
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan senarai nama kampung-kampung baru dan status pajakan mereka mengikut daerah?
-
Apakah dasar kerajaan negeri terhadap status dan nilai pajakan untuk masa hadapan?
147) KEJADIAN BANJIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin
Kategori: Mulut
-
Akhir tahun lalu(2008), banyak kawasan di Selangor dilanda banjir mengakibatkan kehilangan/kerosakan harta. Ekorannya beberapa langkah diambil, termasuk 'cuci-gali', mendalamkan sungai, dan menubuhkan suatu jentera khas (Semesta) untuk menyelaraskan kegiatan menangani masalah banjir. Bagaimana semua kegiatan tersebut? Apakah laporan kemajuan di kawasan pinggiran Sg Kayu Ara di Kg cempaka, Petaling Jaya?
147) PENYAKIT TANAMAN PISANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peruntukan bantuan kepada penanam -penanam pisang di Negeri Selangor yang telah mengalami kerugian akibat tanaman pisang mereka telah musnah diserang penyakit?
-
Berapakah keluasan tanaman pisang yang telah musnah akibat serangan penyakit tersebut dan jumlah pengusaha tanaman pisang tersebut?
147) PUSAT WANITA BERDAYA (PWB)
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah status pembinaan kompleks pusat ini
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang menaiktarafkan pusat ini sebagai Pusat Pembangunan Keluarga?
147) MANFAAT PROGRAM RANGSANGAN KERJAYA RAKYAT SELANGOR (RKRS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah kerajaan untuk melebarkan lagi manfaat daripada program Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS) kepada lebih ramai penerima manfaat?
147) HIJRAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah penerima HIJRAH mengikut kaum dan jantina berdasarkan pecahan daerah bagi tahun 2008-2015.
-
Apakah sasaran dan strategi HIJRAH bagi mewujudkan usahawan yang berdaya saing dan inovatif?
147) MANIFESTO PAKATAN HARAPAN SELANGOR PRU 14
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan perancangan dan tempoh masa Kerajaan Negeri untuk melaksanakan semua manifesto tersebut.
-
Nyatakan implikasi kewangan untuk melaksanakan manifesto tersebut.
147) SEKTOR PELANCONGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan perkembangan terkini sektor pelancongan Negeri selepas tragedi kehilangan MH370 ?
-
Sila nyatakan apakah langkah dan promosi yang diambil bagi menangani kekurangan pelancong sejak mutakhir ini ?
-
Sila nyatakan bilakah Kerajaan Negeri akan mendirikan satu Pusat Informasi Pelancong di DUN Sekinchan ?
