147) PEMBANGUNAN KEBUN KEJIRANAN HIJAU
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Apakah status program ini selepas diumumkan dalam ucapan Bajet 2015?
-
Nyatakan jumlah peruntukan yang telah disalurkan dan jumlah aktiviti yang telah dilaksanakan?
147) MANIFESTO PAKATAN HARAPAN SELANGOR PRU 14
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan perancangan dan tempoh masa Kerajaan Negeri untuk melaksanakan semua manifesto tersebut.
-
Nyatakan implikasi kewangan untuk melaksanakan manifesto tersebut.
147) PEROBOHAN GERAI PENJAJA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah prosedur merobohkan gerai penjaja?
-
Senaraikan gerai penjaja yang telah dirobohkan kerajaan negeri dari 2013 hingga 2014 mengikut PBT?
147) LIGA SUKAN UNTUK SEMUA (LISUS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang meneruskan Program LISUS terutama di peringkat Daerah?
-
Apakah terdapat cadangan kerajaan bagi mewujudkan pertandingan sukan di kampung-kampung bagi menarik golangan belia kampung?
147) PRESTASI SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA)
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik pencapaian pelajar SRA di Selangor pada tahun 2015
-
Sejauhmanakah keputusan SRA membantu pelajar menyambung pengajian ke peringkat seterusnya?
147) PENYELENGARAAN DEWAN-DEWAN ORANG RAMAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Mulut
-
Banyak Dewan Orang Ramai yang diambil alih oleh PBT-PBT daripada parti politik yang sebelum ini telah menyelenggarakannya dengan baik kini menjadi bangunan terbiar dengan keadaan yang menyedihkan. Mengapakah keadaan ini dibiarkan begitu?
-
Mengapakah pihak PBT yang sebelum ini berkeras pengambil alih bangunanbangunan tersebut membiarkannya begitu sahaja sehingga boleh menjejaskan keselamatan penduduk sekeliling dan lebih lagi menyakitkan mata memandang?
147) HOTEL BAJET, CYBER CAFE DAN PUSAT JAGAAN KESIHATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar Kerajaan Negeri untuk pembinaan/pemberian lesen hotel bajet, cyber cafe dan pusat jagaan kesihatan seperti rumah urut dan SPA?
-
Adakah satu garis panduan dikeluarkan kepada semua PBT dan adakah dasar ini diselaraskan di semua PBT?
147) AKU JANJI MENTERI BESAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Aku janji Menteri Besar Selangor ada menyatakan akan memelihara dan melindungi kesucian dan keagungan agama Islam sebagai agama Negeri dari diganggu Ð gugat oleh mana-mana pihak dan turut menghormati hak agama lain diamalkan. Apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan aku janji ini dilaksanakan?
-
Apakah tindakan yang diambil untuk memastikan kesucian Kalimah Allah tidak disalahgunakan?
147) PILIHANRAYA KERAJAAN TEMPATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Apakah kerajaan negeri bercadang melaksanakan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan di Selangor?
-
Bagaimanakah pelaksanaannya bagi PBT yang mempunyai komposisi kaum yang tidak seimbang?
147) PERUNTUKAN ADUN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peruntukan yang diberi oleh Kerajaan Negeri kepada DUN Permatang pada tahun 2015?
-
Senaraikan jumlah perbelanjaan daripada peruntukan berkenaan
