147) BAZAR RAMADHAN 2015
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua Bazar Ramadhan 2015 yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri dan kadar yuran dikenakan mengikut PBT?
-
Berapakah jumlah kutipan yuran yang dikenakan kepada peniaga Bazar Ramadhan mengikut PBT?
147) MANFAAT PROGRAM RANGSANGAN KERJAYA RAKYAT SELANGOR (RKRS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah kerajaan untuk melebarkan lagi manfaat daripada program Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS) kepada lebih ramai penerima manfaat?
147) KELEWATAN PEMBINAAN PASAR TAMAN SRI MUDA, SEKSYEN 25, SHAH ALAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Apakah masalah utama yang di hadapi hingga menyebabkan berlaku kelewatan ?
-
Apakah terdapat halangan yang dihadapi oleh MBSA dalam membantu menyiapkan pembinaan pasar ini?
-
Apakah terdapat permohonan lanjutan tempoh masa daripada pihak kontraktor kepada MBSA? Huraikan
147) INDUSTRI ASAS TANI
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Sejauh mana dasar untuk memoden dan meningkatkan produktiviti aktiviti pertanian serta memajukan industri asas tani telah berjaya dilaksanakan?
147) MANIFESTO PAKATAN HARAPAN SELANGOR PRU 14
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan perancangan dan tempoh masa Kerajaan Negeri untuk melaksanakan semua manifesto tersebut.
-
Nyatakan implikasi kewangan untuk melaksanakan manifesto tersebut.
147) LIGA SUKAN UNTUK SEMUA (LISUS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang meneruskan Program LISUS terutama di peringkat Daerah?
-
Apakah terdapat cadangan kerajaan bagi mewujudkan pertandingan sukan di kampung-kampung bagi menarik golangan belia kampung?
147) PERLAKSANAAN MANIFESTO PILIHANRAYA UMUM KE 12 KERAJAAN BARISAN ALTERNATIF
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Mulut
-
Berapa banyakkah perkara yang terkandung dalam manifesto tersebut telah dilaksanakan sehingga kini?
147) PERUMAHAN KOS RENDAH & MAMPU MILIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Berapakah peruntukan untuk pembinaan Rumah Kos Rendah dan Rumah Mampu Milik?
-
Senaraikan unit yang telah siap, dalam perancangan, lokasi pembinaan serta tempoh siap projek berkaitan.
-
Bagaimana pemilihan pemohon -pemohon rumah-rumah di atas memandangkan permintaan melebihi unit yang disediakan.
147) PENYELENGARAAN DEWAN-DEWAN ORANG RAMAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Mulut
-
Banyak Dewan Orang Ramai yang diambil alih oleh PBT-PBT daripada parti politik yang sebelum ini telah menyelenggarakannya dengan baik kini menjadi bangunan terbiar dengan keadaan yang menyedihkan. Mengapakah keadaan ini dibiarkan begitu?
-
Mengapakah pihak PBT yang sebelum ini berkeras pengambil alih bangunanbangunan tersebut membiarkannya begitu sahaja sehingga boleh menjejaskan keselamatan penduduk sekeliling dan lebih lagi menyakitkan mata memandang?
147) HOTEL BAJET, CYBER CAFE DAN PUSAT JAGAAN KESIHATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar Kerajaan Negeri untuk pembinaan/pemberian lesen hotel bajet, cyber cafe dan pusat jagaan kesihatan seperti rumah urut dan SPA?
-
Adakah satu garis panduan dikeluarkan kepada semua PBT dan adakah dasar ini diselaraskan di semua PBT?
