148) OPERASI PEMBENIHAN AWAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Mohon nyatakan syarikat-syarikat yang terlibat dalam Operasi Pembenihan Awan pada 2015
-
Adakah kos pembenihan awan itu menggunakan peruntukan kerajaan negeri atau Persekutuan? Berapa banyak telah dibayar kepada pihak yang terlibat
-
Mohon huraian dari aspek teknikal bagaimana SOP pembenihan awan dilaksanakan.
148) PENYELENGGARAAN TASIK CEMPAKA BANDAR BARU BANGI
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Mulut
-
Tasik Cempaka adalah pusat kegiatan riadah di tengah-tengah Bandar Baru Bangi. Keadaan tasik ini airnya kotor, penuh tumbuhan liar, sampah sarap dan berbau busuk, mencacatkan pemandangan Bandar Baru Bangi. Mengapakah keadaan ini dibiarkan berterusan?
148) KAWASAN HIJAU (GREEN AREA)
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan kawasan yang diklasifikasikan sebagai kawasan hijau oleh Kerajaan Negeri.
-
Nyatakan keluasan kawasan hijau yang terdapat di Selangor
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan kawasan hijau terjaga?
148) SISTEM BEKALAN AIR DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peratusan rakyat di Selangor yang masih belum menikmati air percuma 20 m3?
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk memastikan penukaran ÒbulkÓ meter kepada meter individu bagi mereka yang menduduki pangsapuripangsapuri?
-
Dalam perlaksanaan penukaran meter tersebut, apakah masalah-masalah yang dihadapi dan apakah cara-cara untuk mengatasinya?
148) ISU KEBOCORAN DI MERATA RATA DALAM MASJID SULTAN ALAUDDIN KAMPUNG BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri berkaitan masjid ini yang telah diwartakan sebagai warisan menelan belanja 13 juta tapi masih belum boleh digunakan?
-
Apakah tindakan mengenai projek maahad tahfiz sains intergrasi kampung bandar yang telah terhenti dimana sepatutnya siap pada pertengahan 2019?
148) PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI AIR SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Sekiranya Kerajaan Negeri Selangor telah menyelesaikan rundingan bersama Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Berhad (SPLASH) dan perincian pelan tindakan untuk mengurangkan gangguan bekalan air di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor yang kian meruncing sejak kebelakangan ini
148) PROGRAM PEMBANGUNAN DESA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terkini program pembangunan desa hasil daripada ÒBengkel Kenali KampungkuÓ yang dihadiri oleh 131 JKKK daripada daerah Sabak Bernam dan Hulu Selangor?
-
Sejauh manakah hasil perbincangan tersebut diguna pakai oleh kerajaan negeri untuk pembangunan desa?
148) SAMPAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Di Selangor terdapat ramai pendatang yang tinggal di kawasan PBT, adakah mereka merupakan salah satu penyumbang kepada masalah sampah?
-
Apakah langkah yang diambil bagi mendidik mereka ini?
148) PEMBANGUNAN BELIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Bertulis
-
Apakah peranan Kerajaan Negeri untuk belia luar bandar khususnya belia DUN Jeram dalam sektor peluang pekerjaan di bawah Kerajaan Negeri?
-
Bolehkah Kerajaan Negeri menaikkan peruntukan dan elaun untuk PeBT yang dilantik di setiap kawasan dalam Negeri Selangor?
-
Apakah peranan Kerajaan Negeri dalam mewujudkan kontraktor di kalangan belia?
148) SKIM MIKRO KREDIT (SKIMSEL)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Bagaimana mendapatkan maklumat mengenai SKIMSEL?
-
Apakah syarat-syarat kelayakan menerima SKIMSEL?
