155) SENARAI JUMLAH KILANG BERDAFTAR DAN HARAM DI DUN MERU
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah kilang yang berdaftar dan kilang haram di DUN Meru?
-
Apakah tindakan yang dilakukan kepada kilang haram di DUN Meru?
-
Apakah bentuk bantuan dan perkhidmatan yang diberikan kepada kilang yang berdaftar dan mematuhi undang-undang yang diperuntukkan?
155) MASALAH BANJIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan segera yang diambil masalah banjir kilat dan kemalangan yang kerap berlaku ekoran projek pembinaan jalan Jenderam - Sepang?
-
Apakah status rancangan " flood mitigation plan" terutama di kawasan Kg Chincang, Salak yang melibatkan Sungai Labu dan Sungai Chincang?
155) POTONGAN 25 PERATUS CUKAI PINTU UNTUK RUMAH PANGSAPURI KOS RENDAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak unit rumah pangsapuri yang telah menerima kemudahan potongan 25 peratus cukai pintu semenjak ia di umumkan ?
-
Apakah sebab utama pangsapuri-pangsapuri gagal disenaraikan menerima faedah pemotongan cukai pintu 25 @eratus yang telah diumumkan oleh kerajaan negeri Amirudin Shari SU MPN Selangor / timbalan Ketua Cabang Gombak
155) KARNIVAL SIHAT SELANGOR (KSS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah KSS sehingga kini?
-
Nyatakan jumlah penyertaan dalam KSS?
-
Apakah penanda aras kejayaan atau kegagalan pelaksanaan KSS?
155) BANJIR DI KAMPUNG SUNGAI TEKALI DAN KAMPUNG SUNGAI GAHAL, HULU LANGAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha kerajaan negeri untuk menangani masalah banjir di kawasan tersebut ?
155) PERKHIDMATAN WIFI PERCUMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Mengapakah sehingga ke hari ini Kerajaan Negeri Selangor tidak memberi WIFI secara percuma di seluruh Negeri?
-
Berapakah jumlah peratusan kegunaan WIFI di Negeri Selangor pada hari ini dan di manakah kawasan-kawasan yang banyak menggunakan perkhidmatan tersebut?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi meluaskan pemberian WIFI secara percuma kepada rakyat Negeri Selangor?
155) BAIK SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
BAIK Selangor merupakan program membangunkan ekonomi kampung baru, adakah kerajaan berhasrat untuk meneruskan dan mengembangkan program ini untuk mempromosikan buatan tempatan seperti menjadikan buatan tempatan cenderamata pelancongan tempatan?
-
Jika ada, apakah strategi pihak kerajaan?
155) ISU CAJ PARKING DI BANGI/ KAJANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah justifikasi penguatkuasaan caj bayaran kereta (berkupon) di kawasan komersial di Bangi?
-
Berapakah kawasan yang terlibat?
-
Apakah perbandingan caj bayaran berbanding dengan PBT lain?
155) PERTUBUHAN YAYASAN SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Apakah fungsi Yayasan Selangor?
-
Bagaimanakah Yayasan Selangor dapat membantu rakyat Negeri Selangor?
-
Berapakah jumlah keuntungan yang telah dijana oleh Yayasan Selangor sejak tahun 2006?
155) SEMINAR BIMBINGAN KHUSUS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH UNTUK PT3 DAN SPM
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri menganjur apa-apa seminar bimbingan bagi pelajar yang bakal menduduki PT3 dan SPM tahun ini?
-
Adakah Kerajaan Negeri meletakkan apa-apa sasaran bagi pencapaian pendidikan pelajar-pelajar sekolah di Negeri Selangor pada tahun ini?
