155) PERKHIDMATAN WIFI PERCUMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Mengapakah sehingga ke hari ini Kerajaan Negeri Selangor tidak memberi WIFI secara percuma di seluruh Negeri?
-
Berapakah jumlah peratusan kegunaan WIFI di Negeri Selangor pada hari ini dan di manakah kawasan-kawasan yang banyak menggunakan perkhidmatan tersebut?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi meluaskan pemberian WIFI secara percuma kepada rakyat Negeri Selangor?
155) KEBAJIKAN WANITA
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Kedapatan peningkatan kes penceraian di Selangor, nyatakan kes bagi tahun 2013-2015 (mahkamah syariah dan civil)?
-
Berapakah kes tertunggak? Kenapakah ianya tidak dapat di tanggani?
-
Apakah bantuan yang diberikan kepada wanita yang sedang dalam proses penceraian dan memastikan kes mereka diwakili?
155) Sistem IRS Smart Selangor
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah tahap keberkesanan sistem Intelligent Response Selangor (IRS) Smart Selangor dalam menangani aduan berkaitan jalan berlubang?
155) HUTAN SIMPAN DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah keluasan terkini hutan simpan di Selangor?
-
Bagaimanakah kerajaan negeri memastikan hutan simpan ini terpelihara?
155) BAS SMART SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Adakah sistem tender terbuka digunapakai bagi kontrak Bas 'Smart Selangor'?
-
Adakah kajian teliti dibuat sebelum menentukan laluan Bas 'Smart Selangor'?
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat memperluaskan perkhidmatan Bas 'Smart Selangor' di semua Majlis Daerah pada tahun 2016. Jika ya, nyatakan butirbutirnya
155) WIFI SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah dan tindakan Kerajaan Negeri Selangor untuk menambah baik perkhidmatan Wifi Selangorku yang kebanyakkannya tidak berfungsi?
-
Nyatakan jumlah kos yang diperuntukkan untuk meningkatkan perkhidmatan Wifi percuma Selangorku.
155) INDUSTRI HALAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Dengan industri halal yang sedang berkembang hebat mutakhir ini, apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk antisipasi dalam menyediakan tenaga mahir seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan melalui latihan yang diberikan kepada rakyat Negeri Selangor terutamanya golongan belia?
155) ISU TANAH DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Sila jelaskan mekanisme yang melibatkan ADUN di setiap kawasan dalam menentukan kegunaan tanah di setiap kawasan DUN yang berkenaan?
-
Berapa banyakkah kawasan lapang di setiap Daerah yang digunakan oleh pihak swasta? Sila nyatakan lokasinya dan tempoh kontrak berkenaan?
-
Berapa banyak kawasan lapang yang telah dibina bangunan kekal di atasnya dan adakah pihak kerajaan mengambil alih kawasan berkenaan dalam tahun 2009?
155) PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PEBT)
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Selain daripada PeBT MPSJ, PeBT di PBT lain tiada akaun tersendiri dan perlu bergantung dengan akaun PBT. Hal ini menyebabkan pengerusi-pengerusi kurang kuasa untuk menguruskan akaun sendiri. Adakah kerajaan berhasrat mengasingkan akaun bank PeBT daripada PBT demi memudahkan urusan-urusan PeBT?
155) KEMUDAHAN AWAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan kerajaan Selangor terhadap balairaya-balairaya yang tidak digunakan bagi manfaat penduduk setempat yang mana sekarang ini terbiar dan ada yang telah dirosakkan juga dicuri oleh penagih dadah.
