157) PROGRAM PEMUTIHAN BAGI AKTIVITI PERNIAGAAN DAN KILANG HARAM DI KAWASAN PETALING JAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Mengapakah kerajaan tidak memberi dapat memberi ulasan sama ada tempoh pemutihan dilanjutkan atau tidak kepada MBPJ?
-
Bukankah benar jikalau kerajaan dapat melanjutkan tempoh dan menetapkan dasar-dasar yang lebih mesra peniaga untuk memutihkan tempat perniagaan mereka?
157) PENGGIAT BELIA TEMPATAN PeBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Berapakah peruntukkan yang disalurkan kepada PeBT di setiap kawasan?
-
Nyatakan pecahan kaum yang menjawat jawatan di setiap kawasan.
157) INFRASTRUKTUR AWAM DI PELABUHAN KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan infrastruktur awam utama di Pelabuhan Klang dan agensi-agensi yang bertanggungjawab terhadap setiap infrastruktur tersebut.
-
Senaraikan jalan-jalan utama dan nyatakan sama ia persekutuan atau negeri.
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk memastikan jalan utama sentiasa dalam keadaan yang baik?
157) PENAMBAHAN SEKOLAH DI DENGKIL
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Dengkil mempunyai 25 tapak SMK namun hanya 12 yang berjaya didirikan. Apakah langkah Kerajaan Negeri bagi membantu Kerajaan Pusat membina lebih banyak sekolah khususnya dikawasan berkepadatan tinggi?
157) DANA PEMBANGUNAN KAMPUNG-KAMPUNG BARU
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah dana yang telah disalurkan ke kampung-kampung baru sejak 2013-2018?
-
Pembangunan bagaimanakah dana itu disalurkan?
157) SAUDARA BARU
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Mulut
-
Berapakah kes pemelukan Islam yang telah direkodkan dalam tempoh 5 tahun dan berapa jumlah permohonan keluar Islam serta berapa kes yang berjaya?
157) LIPUTAN INTERNET DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah liputan internet di negeri Selangor oleh syarikat penyedia perkhidmatan?
-
Apakah kadar penembusan internat seluruh Selangor?
-
Adakah program untuk perkhidmatan internet percuma rakyat Selangor?
157) PENYERAHAN DEWAN-DEWAN KEPADA PIHAK BERKUASA YANG BERKAITAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Adakah terdapat Garis Panduan berkaitan pembinaan, penjagaan/penyeliaan dan yang berkaitan dengannya dalam PBT dan Pejabat Daerah? Sila nyatakan
-
Nyatakan dewan-dewan yang masih belum diserahkan kepada PBT atau Pejabat Daerah
157) PEMBANGUNAN PEKAN SUNGAI AIR TAWAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk memajukan kawasan Pekan Sungai Air Tawar sebagai pusat ekonomi di bawah skim Smart Selangor seperti Pekan Bagan Terap?
-
Nyatakan anggaran peruntukan yang akan diperuntukkan untuk pembangunan tersebut.
-
Adakah Kerajaan Negeri akan melaksanakan proses pengambilan semula tanah atau memajukan kawasan tanah kerajaan sedia ada?
157) PROGRAM SMART SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Apakah program-program di bawah Smart Selangor?
-
Berapakah perbelanjaan untuk melaksanakan program-program Smart Selangor tahun 2017?
