2) PENJUALAN RUMAH DAN KEDAI PKNS
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Apakah kaedah dan mekanisme penjualan rumah-rumah PKNS kepada pembeli?
-
Benarkan rungutan bahawa bangunan kedai dimonopoli dan ditempah oleh orang dalam bagi mendapat keuntungan jualan?
-
Apakah cadangan PKNS untuk mengatasi gejala rasuah sedemikian bagi memperhatikan PKNS bersifat telus?
2) VAN DRT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah prestasi perkhidmatan van DRT dari Kerajaan Selangor setakat ini?
2) PENGANGKUTAN AWAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah bas Smart Selangor yang telah beroperasi dan nyatakan laluan yang terilibat.
-
Berapakah kos operasi yang telah dibelanjakan sehingga akhir Jun 2016?
-
Adakah kerajaan berhasrat untuk terus menyediakan pekhidmatan bas Smart Selangor ini secara percuma?
2) Lebuhraya Pantai Barat (WCE)
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah status kemajuan pembinaan Lebuhraya Pantai Barat di daerah Kuala Langat khususnya dan Negeri Selangor amnya?
-
Berapakah mesyuarat penyelarasan telah diadakan sejak tahun 2018 yang melibatkan pemegang taruh di Kuala Langat?
2) USAHAWAN MUDA
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri dalam membantu meningkatkan pendapatan dalam kalangan usahawan khususnya dari golongan anak muda?
2) HASIL PENDAPATAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan berapakah jumlah cukai yang telah dikutip oleh Kerajaan Negeri secara perbandingan sejak 5 tahun yang lepas ?
-
Sila senaraikan berapakah jumlah tunggakan hasil bagi setiap Pejabat Daerah Dan Tanah serta kesemua PBT di Negeri Selangor sehingga 31/12/2011 ?
-
Sila nyatakan apakah pendekatan dan kaedah yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi mengutip semula tunggakan hasil cukai tersebut ?
2) GERAN PAJAKAN HAKMILIK TANAH KAMPUNG BARU
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan jumlah keluasan kampung baru Site A, B dan C Sekinchan serta senaraikan jumlah bilangan lot-lot tapak rumah bagi setiap satu kampung.
-
Sila nyatakan punca utama yang menyebabkan sehingga kini masih terdapat sejumlah besar penduduk ketiga-tiga kampung baru masih gagal memperolehi geran pajakan hak milik tanah walaupun bayaran premium tanah sudah dijelaskan lebih daripada 3 tahun?
2) LOJI PEMPROSESAN BENIH PADI SUNGAI BURONG
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah status terkini loji tersebut dan berapakah kos penyelenggaraan bagi setiap bulan?
-
Sila nyatakan siapakah penyewa utama loji tersebut dan berapakah sewa bulanannya?
-
Sila nyatakan bilakah dan apakah punca sebenar loji tersebut diswastakan?
2) PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan syarikat-syarikat konsultan yang telah dilantik kerajaan negeri untuk program S.P.I.E.S. dan berapa ramaikah jumlah peserta yang telah menyertai program ini melalui syarikat-syarikat tersebut?
-
Berapakah penyertaan kepada Program Tuisyen Rakyat Selangor yang telah dijalankan dan apakah punca kepada kelemahan-kelemahan program ini yang telah dikenal pasti?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menangani golongan belia dan remaja yang terjebak dengan gejala sosial dan enggan menyertai program-program pembangunan insan yang dijalankan?
2) KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN AWAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah Perpustakaan Awam Negeri Selangor?
-
Berapakah anggaran perbelanjaan tahunan yang digunakan untuk operasi Perpustakaan Awam di Selangor? Mohon dinyatakan mengikut perpustakaan.
-
Apakah kemudahan-kemudahan atau teknologi terkini yang disediakan di Perpustakaan Awam Selangor?
