2) PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI AIR SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Perjanjian yang dimeterai pada 3 Ogos 2018 melibatkan pembayaran balik hutang Air Selangor kepada SPLASH bernilai RM4 billion. Bagaimanakah pembayaran berstruktur ini dijalankan?
-
Apakah jadual waktu pembayaran serta adakah kedudukan kewangan semasa Air Selangor membenarkan bayaran dibuat tepat pada waktunya?
2) PUSAT TEATER SHAH ALAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini pusat tersebut dan bagaimanakah sumbangannya terhadap kesenian Negeri Selangor ?
-
Sila nyatakan berapakah jumlah keseluruhan kos pembinaan Teater tersebut dan bilakah ia mula digunakan ?
-
Sila nyatakan apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk memperkasakan pusat Teater tersebut supaya dapat menonjolkan seni budaya Negeri Selangor dan sekali gus menarik lebih ramai pelancong datang melawat Selangor ?
2) PELABURAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Berapakah pelaburan masuk ke Negeri Selangor setiap tahun dari tahun 2008 hingga 2015?
-
Berapa peratuskah pelaburan ini berbanding negeri-negeri lain di Malaysia?
-
Apakah usaha kerajaan untuk meningkatkan pelaburan masuk di Negeri Selangor?
2) BERKAITAN GURU JAIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah guru-guru JAIS yang telah diserap ke jawatan tetap berbanding guru sementara dan guru kontrak?
-
Apakah perancangan ke arah menaik taraf guru-guru JAIS?
2) SKIM KESIHATAN WANITA
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan perkembangan terkini dan bagaimanakah sambutan para kaum wanita terhadap program kempen 1 Juta Wanita Selangor Sihat melalui pemeriksaan Mammogram?
-
Sila nyatakan berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan untuk menjayakan program tersebut?
-
Sekiranya wanita yang menyertai pemeriksaan Mammogram tersebut telah didapati mempunyai kesan awal seperti benjol kanser dan berkemungkinan diserang kanser payudara, sila nyatakan apakah nasihat serta bantuan yang akan diberikan oleh Kerajaan terhadap wanita itu?
2) TAPAK RIZAB SEKOLAH AGAMA DI FASA 9 BANDAR TASIK KESUMA, BERANANG, SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Baru-baru ini pihak JAIS telah bersetuju menyerahkan semula tapak rizab Sekolah Agama Bandar Tasik Kesuma seluas 3 ekar di Fasa 9 Bandar Tasik Kesuma kepada pemaju sebagai 'Land Swap' untuk mengekalkan tapak tersebut. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah ini agar tanah seluas 3 ekar tersebut dikekalkan sebagai tapak sekolah agama di Bandar Tasik Kesuma?
-
Apakah dasar Kerajaan Negeri mengenai rizab tapak sekolah agama untuk satusatu projek pembangunan memandangkan kawasan seperti Bandar Tasik Kesuma dan pembangunan persekitaran adalah merupakan kawasan pembangunan yang begitu pesat serta mempunyai kadar penduduk yang padat?
2) WIFI SELANGORKU PERCUMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Apakah kandungan perkhidmatan WiFiSelangorku yang akan diberikan percuma kepada rakyat?
-
Bagaimana kewujudan internet berkelajuan tinggi mampu memberdaya Ekonomi Hawa berbanding golongan lain? Apakah kaedah yang digunakan?
2) PUSAT HIBURAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan berapakah jumlah Pusat hiburan sah dan haram yang beroperasi di setiap PBT?
-
Sila nyatakan dengan detail kenapa masih terdapat banyak aduan yang mengatakan bahawa Pusat Hiburan haram wujud Bagaikan Cendawan Tumbuh Selepas hujan?
-
Sila nyatakan bagaimana pihak PBT mempergiatkan penguatkuasaan dan memantau aktiviti Pusat Hiburan Haram supaya ianya tidak memudaratkan masyarakat setempat?
2) PENDIDIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan kerajaan bagi membantu para pelajar ke Mesir (untuk pengajian Islam, perubatan dan lain-lain) setelah sesi pengajian di sana dibuka; i) Bagi pelajar-pelajar ijazah pertama yang belum memulakan pengajian ii) Bagi pelajar-pelajar ijazah pertama yang sudah berada di tahun kedua dan ke atas iii) Bagi pelajar-pelajar lepasan ijazah yang sudah berada di tahun kedua dan ke atas?
-
Apakah langkah kerajaan untuk mencari pusat-pusat pengajian baru sebagai alternatif, dengan disesuaikan dengan subjek pengajian mereka?
2) PROGRAM HIJRAH SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Setakat ini, berapakah jumlah keseluruhan peserta di Selangor?
-
Apakah ukuran yang digunakan untuk menilai kejayaan peserta dan berapa ramai yang menepati ukuran tersebut?
