159) KESAN TPPA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah persiapan GLC kerajaan negeri untuk menghadapi perlaksanaan TPPA?
-
Sejauh manakah impak terhadap GLC kerajaan negeri yang dijangkakan setelah perlaksanaan TPPA?
159) PENIAGA-PENIAGA KECIL JALANAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol
Kategori: Mulut
-
Berkenaan dengan peniaga-peniaga kecil yang menjalankan aktiviti perniagaan di tepitepi jalan dan kaki lima kedai yang tumbuh seperti cendawan di Negeri Selangor. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk membantu peniaga-peniaga ini dari segi modal dan tempat berniaga yang lebih selesa, bersih dan selamat.
-
Berapakah jumlah saman/denda yang telah dikeluarkan kepada peniaga seperti ini yang biasanya tidak berlesen dan berniaga di kawasan larangan mengikut pecahan kaum
159) PRESTASI KUTIPAN SAMPAH DAN PEMBERSIHAN OLEH KDEBWM
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah prestasi kutipan sampah oleh KDEBWM di dalam Negeri Selangor?
-
Bagaimanakah prestasi kerja-kerja pembersihan oleh KDEBWM di dalam Negeri Selangor?
159) LESEN PUSAT HIBURAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah lesen dan jenis pusat hiburan terkini yang dikeluarkan dan nyatakan maklumat syarikat pemegang lesen tersebut mengikut PBT
-
Apakah syarat-syarat penting yang mesti diikuti oleh pemegang lesen-lesen tersebut?
159) LOT PERNIAGAAN BAGI KAUM WANITA
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan suatu kawasan perniagaan yang strategik di setiap DUN bagi kaum wanita khususnya ibu tunggal dalam membantu mereka mencari pendapatan sampingan?
-
Adakah pihak PBT boleh mengenal pasti kawasan atau tapak yang sesuai untuk dibangunkan?
159) PEKERJA ASING
Tahun:
Sesi:
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah pekerja asing di Selangor dari 2014-2016 mengikut negara.
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kebergantungan sektor pekerjaan kepada pekerja asing?
159) POPULASI PENDUDUK DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah populasi terkini penduduk dengan pecahan kaum dan peringkat umur mengikut daerah di Negeri Selangor.
159) KUTIPAN SEWA PARKIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan hasil kutipan sewa parkir pada 2017 mengikut PBT.
-
Nyatakan jumlah saman parkir yang telah dikeluarkan pada 2017 mengikut PBT.
159) KUALITI JALAN RAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Selain daripada meningkatkan perbelanjaan penyelenggaraan jalan di bawah peruntukan MARRIS, apakah langkah-langkah yang sedang atau akan di ambil oleh Kerajaan untuk meningkatkan kualiti pembaikan dan penurapan semula jalan raya?
-
Adakah spesifikasi pembinaan dan membaiki jalan raya akan ditingkatkan?
159) INFRASTRUKTUR ASAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Berapakah peruntukan yang disediakan oleh kerajaan negeri untuk membina jalan kampung yang baru?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang disediakan untuk membaiki jalan-jalan kampung sedia ada yang rosak?
-
Sila nyatakan senarai kampung serta jumlah peruntukan yang diterima bagi membina jalan baru atau membaik pulih jalan kampung di dalam DUN Dusun Tua
