158) PUSAT WANITA BERDAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Memohon kerajaan memberi senarai program berstruktur yang telah dijalankan oleh Pusat Wanita Berdaya (PWB) sepanjang tahun 2015 dengan memberikan nama program, bilangan peserta, tarikh dan tempat program tersebut serta setiap satu perbelanjaannya.
158) TANAH RIZAB PKNS
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Apakah keluasan milik tanah PKNS yang belum diusahakan. Sila senaraikan keluasan mengikut daerah.
-
Apakah hubungan Spanland Sdn Bhd dengan PKNS?
-
Apakah jenis projek perumahan yang telah dibangunkan oleh Spanland Sdn Bhd bersama Kerajaan Negeri?
158) PENINGKATAN HASIL PESAWAH PADI
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan kerajaan negeri untuk membantu pesawah padi meningkatkan mutu & hasil pendapatan mereka?
-
Perincikan bentuk bantuan yang telah disalurkan kepada pesawah padi sepanjang tahun 2013 sehingga suku terakhir 2014 & sila nyatakan jumlahnya mengikut kawasan yang terlibat?
158) PAKEJ RANGSANGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah yang disalurkan kepada Negeri Selangor daripada pakej rangsangan ekonomi Malaysia pertama dan kedua tahun 2008 dan 2009?
-
Bagaimanakah kerajaan negeri Selangor memastikan bahawa wujudnya koordinasi antara Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Pusat agar penyaluran peruntukan untuk pembangunan kerajaan negeri Selangor dapat dilaksanakan sebaiknya?
-
Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi merangsangkan ekonomi dalam negeri Selangor sekiranya peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan tidak disalurkan khasnya daripada segi pembinaan infrastruktur?
158) SETTLEMENT OFFICER (S.O)
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan bilangan pegawai S.O sedia ada, bilangan S.O yang ideal berbanding bilangan transaksi tanah mengikut pecahan daerah bagi memastikan permohonan tanah dijalankan dengan cepat dan effisien
-
Apakah S.O.P dan kekerapan mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Tanah bagi pemprosesan permohonan tanah mengikut pecahan daerah?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan bilangan S.O adalah mencukupi di setiap daerah bagi memastikan pemprosesan tanah yang cepat mengikut tempoh yang ditetapkan?
159) GARIS PANDUAN MARRIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Adakah Jawatankuasa Pengurusan Pemberian (JPP) MARRIS mengkaji semula Garis Panduan MARRIS selepas Mei 2018? Jika ya, nyatakan butir-butirnya
-
Nyatakan kerja-kerja melebar longkang yang pernah dikemukakan oleh Kerajaan Negeri untuk pertimbangan pihak Kementerian Kewangan secara case by case basis.
159) BELANJAWAN 2014 DAN RIZAB NEGERI UNTUK BELIA DAN SUKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah pecahan penggunaan sebenar berbanding perancangan terhadap peruntukan sektor sosial untuk Belia RM3.5 juta dan Sukan RM8 juta bagi tahun 2014?
-
Apakah pecahan penggunaan sebenar Rizab Negeri tahun 2014 berbanding perancangan, RM50 juta bagi pembangunan usahawan dan pemerkasaan belia?
159) PENIAGA-PENIAGA KECIL JALANAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol
Kategori: Mulut
-
Berkenaan dengan peniaga-peniaga kecil yang menjalankan aktiviti perniagaan di tepitepi jalan dan kaki lima kedai yang tumbuh seperti cendawan di Negeri Selangor. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk membantu peniaga-peniaga ini dari segi modal dan tempat berniaga yang lebih selesa, bersih dan selamat.
-
Berapakah jumlah saman/denda yang telah dikeluarkan kepada peniaga seperti ini yang biasanya tidak berlesen dan berniaga di kawasan larangan mengikut pecahan kaum
159) PERUMAHAN AIR MANIS, SABAK BERNAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Apakah status projek tersebut?
-
Berapakah jumlah rumah yang akan dibina di kawasan tersebut?
159) JALAN PERSEKUTUAN FT54 SUNGAI BULOH
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Apakah JKR dapat mengadakan suatu pembahagi jalan bagi kawasan hadapan Shell Jalan Sungai Buloh memandangkan ia sering berlaku kemalangan ?
-
Bilakah JKR dapat mengadakan lampu jalan di hadapan stesen Caltex memandangkan ia amat gelap ketika waktu malam?
-
Apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi kesesakan trafik yang melampau di FT54 pada hari pasar malam?
