17) PENGGANTIAN PAIP AIR LAMA DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah projek penggantian paip air lama yang telah diluluskan serta kos penggantian dan panjang paip mengikut daerah pentadbiran Air Selangor sejak tahun 2016.
-
Nyatakan langkah-langkah Kerajaan Negeri bagi memastikan penggantian paip air lama mengikut perancangan tanpa kelewatan
17) PERTANIAN UNTUK ANAK MUDA
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan kerajaan sebagai galakkan kepada golongan muda untuk menceburi bidang pertanian terutamanya di kawasan Bandar?
-
Sejauhmana bimbingan akan diberikan sekiranya mereka ini berminat samada dari segi peruntukan kewangan dan latihan?
17) ISU KEMISKINAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Bertulis
-
Berikan secara dgn terperinci, statistik mengenai rakyat miskin di negeri Selangor?
-
Apakah masalah yang timbul akibat kemiskinan ini?
-
Apakah langkah-langkah jangka masa pendek dan panjang yang dilaksanakan Kerajaan Negeri bagi membantu mereka?
17) PROGRAM PEMUTIHAN KILANG DI MERU
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Terdapat banyak tanah-tanah milik persendirian yang belum ditukar syarat dari pertanian kepada perindustrian. Sejauh mana sambutan program pemutihan kilang dalam program yang dilaksanakan oleh kerajaan. Berapa banyak Kilang di Meru yang telah diluluskan dalam program ini.
17) LAWATAN INVEST SELANGOR KE LUAR NEGARA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Senaraikan 10 pelaburan terkini di Selangor hasil daripada lawatan Invest Selangor ke luar negara.
-
Senaraikan semua lawatan, delegasi dan kos bagi lawatan Invest Selangor ke luar negara.
17) PEMBINAAN JAMBATAN BAHARU (KEDUA) MENGHUBUNGI TELUK BUNUT, BANTING KUALA LANGAT SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Dinampakkan ramai pemandu kenderaan dan kenderaan berat menggunakan satu-satunya jambatan dari arah Dengkil, Teluk Datok ke Pekan Banting, Pantai Morib. Keadaan sesak berlaku di jambatan tersebut adakah Kerajaan Negeri bercadang membina sebuah jambatan baharu (kedua) untuk menyuraikan kesesakan lalulintas di lokasi tersebut?
-
Apakah langkah dan cara penyelesaian yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kesesakan Jalan Sultan Abdul Samad (jalan utama selepas jambatan), Banting?
17) KEMPEN KURANG PENGGUNAAN BEG PLASTIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah beg plastik yang dapat dikurangkan sehingga Mac 2012?
-
Berapakah jumlah kutipan bayaran beg plastik sehingga Mac 2012?
-
Senaraikan penerima dan jumlah wang yang diagih dari tabung kutipan dari bayaran beg plastik tersebut.
17) PERUNTUKAN DUN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Bertulis
-
Mohon senaraikan perincian pemberian peruntukan bagi N7 Batang Kali tahun 2009 ?
17) ADUAN BANJIR BERTERUSAN DARI PENDUDUK DI BANDAR PUTERI KLANG. WALAUPUN SATU KOLAM TADAHAN BANJIR TELAH DI BUAT DI BANDAR BOTANIC, BERSEBELAHAN DENGAN BANDAR PUTERI BANJIR MASIH BERLAKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Apakah punca utama kolam tadahan itu tidak berkesan? Huraikan.
-
Berapakah keluasan kolam yang terlibat dan jumlah kapasiti yang boleh di simpan di situ?
-
Mengapakan kolam itu kelihatan cetek dan berapakah dalamnya? Huraikan.
17) SUMBANGAN CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY (CSR) OLEH SETIAP BADAN BERKANUN DAN ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila berikan butiran jumlah sumbangan Corporate Social Responsibility (CSR) dan penerima-penerima untuk setiap badan berkanun dan anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor.
