17) SKIM PEDULI SISWA NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Sebanyak RM10 juta telah diperuntukkan untuk program Peduli Siswa. Berapa ramai permohonan yang telah diterima dan diluluskan sehingga sekarang?
17) PENGOPERASIAN KUARI
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
-
Berapakah hasil yang diperolehi Kerajaan Negeri melalui aktiviti-aktiviti kuari di Selangor?
-
Berapakah perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri dalam mengatasi masalah-masalah infrastruktur misalnya jalanraya akibat daripada pergerakan lori-lori kuari?
17) TANAH RIZAB ORANG ASLI
Tahun:
Sesi:
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Nyatakan Kampung Orang Asli dan keluasan yang telah diwartakan sebagai kawasan atau rizab orang asli sejak tahun 2008 mengikut daerah.
-
Apakah halangan yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri menyebabkan proses pewartaan agak lambat?
17) AHLI MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Berapakah elaun setiap Ahli Majlis Daerah Sabak Bernam?
-
Adakah Ahli Majlis mempunyai kuasa untuk membatalkan sebarang penggunaan dewan untuk sesebuah program yang telah diluluskan?
-
Berapa peruntukan yang diberi kepada setiap ahli Majlis untuk membuat sebarang aktiviti?
17) ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT 2010
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Apakah status pelaksanaan Enakmen Kebebasan Maklumat?
-
Adakah pegawai-pegawai maklumat telah dilantik dan dilatih?
-
Adakah lembaga rayuan telah ditubuhkan?
17) USAHA PENCEGAHAN DENGGI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan negeri meneliti dan memanfaatkan teknologi baru dalam menangani permasalahan denggi? Sila nyatakan teknologi tersebut.
-
) Sila nyatakan kekerapan dan usaha yang dilakukan oleh semua agensi untuk menangani isu denggi ini di setiap PBT
17) PRESTASI KAKITANGAN KERAJAAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila bekalkan statistik Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) kakitangankakitangan kerajaan - senaraikan mengikut linkungan peratus LNPT (contoh: 10- 20%, >85% dan lain-lain) dan jumlah kakitangan yang mendapatnya untuk setiap jabatan/badan berkanun/anak syarikat
-
Berapakah peratus yang mendapat anjakan gaji (bukan pergerakan gaji biasa)?
17) PROGRAM HIJRAH SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan berapa permohonan dan jumlah pinjaman yang telah diluluskan.
-
Nyatakan statistik pembayaran pinjaman HIJRAH yang gagal dan berjaya.
-
Nyatakan kegunaan bajet yang disalurkan kepada HIJRAH oleh Kerajaan Negeri.
17) GEJALA MURTAD
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Terdapat banyak Dakwaan berlaku gejala murtad dan gerakan untuk mengajak orang Islam meninggalkan agama tersebut yang serius. Apakah pendapat Kerajaan Negeri tentang gejala ini?
-
Nyatakan statistik kes murtad di Selangor dan statusnya sejak 2008 hingga 2011?
-
Apakah Kerajaan Negeri serius menguatkuasakan enakmen-enakmen negeri yang mengawal pengembangan agama lain kepada orang Islam?
17) PENGENDALI WIFI SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Berikan perincian nama, pemilik dan tempoh kontrak syarikat pengendali Wifi Selangorku?
-
Berapakah jumlah pembayaran untuk kontrak tersebut?
-
bagaimanakan pemilihan pengendali dan nyatakan kriteria lantikan?
