16) PEMBANGUNAN INDUSTRI AGRO-TOURISM, PERTANIAN DAN PENTERNAKAN DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan negeri bercadang untuk melaksanakan industri agro-tourism ini secara besar-besaran?
-
Jika ya, sila nyatakan perancangan jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan Selangor.
16) AHLI LEMBAGA PENGARAH BADAN BERKANUN DAN ANAK SYARIKAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan kesemua nama Ahli Lembaga Pengarah Badan Berkanun dan Anak Syarikat Negeri Selangor yang terkini
-
Sila kemukakan senarai nama dan tarikh sebenar Ahli Dewan Negeri Selangor dan Ahli Parlimen yang telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah di dalam kesemua GLC dan Anak Syarikat Negeri Selangor.
-
Sila nyatakan secara terperinci apakah kriteria yang diguna pakai apabila membuat sesuatu pelantikan
16) Program Pembangunan Belia
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Adakah PeBT tahun 2020 dapat menghabiskan peruntukan yang diperolehi memandangkan banyak program telah dibatalkan pada tahun ini?
-
Apakah program ataupun kegunaan lain yang boleh menggunakan peruntukan baki ini?
16) INSENTIF PENJAGAAN ANAK-ANAK FRONTLINERS COVID-19 (IPAF)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah permohonan yang berjaya dan tidak berjaya mengikut daerah?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan?
16) PAJAKAN TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Apakah kriteria dan syarat supaya seseorang dapat menikmati pemilikan tanah secara tetap / selamanya ataupun secara pajakan?
-
Adakah faktor-faktor sejarah dan perlembagaan diambil kira apabila keputusan untuk mempertimbangkan hak-hak individu pemilik?
16) PENCEMARAN ANAK SUNGAI DI BERANANG TERUTAMA SG JERNIH DI SESAPAN BT REMBAU BERPUNCA DARI SISTEM KUMBAHAN IWK BDR TASIK KESUMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Penduduk tempatan mahukan penjelasan mengapakah perkara ini masih terus berlaku walaupun pihak Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Pengairan & Saliran telahpun dimaklumkan mengenai perkara ini
-
Limpahan telah mengubah bau, rupa dan keadaan sungai tersebut sehingga menjadi seperti longkang. Apakah yang boleh dikategorikan sebagai pencemaran alam sekitar akibat dari limpahan kumbahan untuk membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan mengikut undang-undang berkaitan.
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menguatkuasakan undang-undang mengekang pencemaran alam sekitar dalam masa yang terdekat
16) SELANGOR STATE INVESTMENT CENTRE (SSIC)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Apakah Standard Operating Procedures (SOP) SSIC selaku pemudah cara kepada pelabur tempatan mahupun pelabur asing?
-
Nyatakan destinasi negara pelabur dan projek pelaburan yang menjadi keutamaan SSIC?
-
Nyatakan projek-projek pelaburan di negeri Selangor yang menjadi fokus utama SSIC?
16) KURSUS PENINGKATAN KUALITI KERJA KAKITANGAN PUSAT KHIDMAT RAKYAT DUN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menyediakan kursus-kursus berkaitan kepada kakitangan pejabat DUN agar kualiti perkhidmatan bertambah?
16) MASALAH PENGANGGURAN DI KALANGAN GRADUAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam membantu siswazah di Negeri Selangor bagi mendapatkan pekerjaan?
-
Apakah program-program kerjaya yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri?
-
Berapakah jumlah permohonan siswazah yang berjaya mendapatkan pekerjaan melalui program kerjaya yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri?
17) POLIS SYARIAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Terdapat cadangan untuk mewujudkan pasukan polis syariah di peringkat persekutuan. Apakah kerajaan negeri bercadang untuk mewujudkan pasukan demikian di Negeri Selangor ?
-
Apakah mekanisme negeri menguatkuasakan enakmen syariah negeri?
