16) BANTUAN RUMAH KERAJAAN PRIHATIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah rumah bantuan kerajaan prihatin yang telah diduduki dan masih dalam pembinaan mengikut daerah?
-
Nyatakan jumlah penerima mengikut pecahan kaum dari tahun 2013-2015?
16) BANTUAN KEPADA SEKOLAH RENDAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah bantuan kepada SRK, SRJKC dan SRJKT dari 2014-2016
-
Nyatakan jumlah permohonan bantuan yang ditolak pada tahun 2016
16) BANJIR LUMPUR DI PEKAN BANGI
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Banjir yang berlaku pada 12 Oktober 2012 membawa lumpur dari jambatan sedang dibina di Bangi merentasi ke Bandar Seri Putra. Apakah langkah diambil oleh pembina jambatan dan pemaju perumahan berdekatan untuk mengelakkan berlakunya banjir lumpur selepas ini?
-
Mengapakah usaha mendalamkan sungai Bangi dihentikan?
-
Apakah tindakan yang diambil bagi mengatasi halangan untuk membersihkan sungai Bangi?
16) RUMAH SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Mulut
-
Berapakah unit rumah Selangorku di dalam DUN Sungai Ramal?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membina lebih banyak rumah Selangorku dalam kawasan ini untuk memenuhi keperluan penduduk?
16) BELIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan negeri bercadang untuk mewujudkan Akademi Kepimpinan Belia bagi melatih belia untuk bersedia sebagai kepimpinan masa datang?
-
Berapa ramai bilangan belia yang mendaftar mengikut Skim Insentif Perkahwinan yang dianjurkan oleh kerajaan negeri?
16) TANAH UNTUK RUMAH IBADAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Bagaimana kaedah peruntukan tanah ini dilaksanakan?
-
Berapakah saiz tanah yang diperlukan untuk setiap rumah ibadat mengikut agama?
16) ADAT ISTIADAT & KEBUDAYAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Selangor terbahagi kepada sembilan daerah dan diterajui oleh Majlis Kebudayaan Negeri Selangor. Apakah sokongan kerajaan negeri kepada badan ini di dalam memulihara kebajikan dan pencapaiannya dalam memperkayakan identiti budaya, kaum majoriti rakyat negeri Selangor .
16) KAJIAN PERBADANAN ADAT MELAYU DAN WARISAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
-
Apakah kajian dan penyelidikan terkini yang sedang dilakukan oleh Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor?
16) KADAR BAYARAN BALIK YAYASAN HIJRAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan Negeri untuk mencadangkan peruntukan tambahan sejumlah RM50 juta dalam bentuk pinjaman bagi tahun 2017 kepada Yayasan Hijrah. Apakah kadar bayaran balik pada masa sekarang dan berapakah tunggakan atau peratusan peminjam yang gagal mematuhi jadual waktu membayar balik?
16) PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PEBT)
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan PeBT untuk tahun ini memandangkan aktiviti melibatkan orang ramai tidak digalakkan?
