16) PAJAKAN TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Apakah kriteria dan syarat supaya seseorang dapat menikmati pemilikan tanah secara tetap / selamanya ataupun secara pajakan?
-
Adakah faktor-faktor sejarah dan perlembagaan diambil kira apabila keputusan untuk mempertimbangkan hak-hak individu pemilik?
16) PERUNTUKAN PUSAT WANITA BERDAYA (PWB)
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Berapakah peruntukan Pusat Wanita Berdaya (PWB) yang telah digunakan oleh setiap DUN
16) PERUMAHAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah unit rumah Selangorku yang siap dibina dan masih dalam perancangan?
-
Berapakah anggaran unit perumahan yang diperlukan bagi memberi ruang pemilikan rumah kepada setiap rakyat Selangor?
-
Apakah perancangan kerajaan terhadap perumahan peneroka bandar yang masih belum diselesaikan?
16) PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PEBT)
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan PeBT untuk tahun ini memandangkan aktiviti melibatkan orang ramai tidak digalakkan?
16) PEMBINAAN KOLAM TAKUNGAN BANJIR DI PEKAN BANTING KUALA LANGAT SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Apakah perkembangan kerja terkini pembinaan sebuah kolam takungan banjir di Pekan Banting, Kuala Langat, yang diuruskan oleh JPS? Mengikut jadual kerja bila siap?
-
Sebaik siap kerja pembinaan adakah Kerajaan Negeri bercadang bertukarnya tujuan penggunaannya selain kolam takungan banjir juga dijadikan sebagai tempat beristirehat dan aktiviti memancing ikan?
16) KAJIAN PERBADANAN ADAT MELAYU DAN WARISAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
-
Apakah kajian dan penyelidikan terkini yang sedang dilakukan oleh Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor?
16) KADAR BAYARAN BALIK YAYASAN HIJRAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan Negeri untuk mencadangkan peruntukan tambahan sejumlah RM50 juta dalam bentuk pinjaman bagi tahun 2017 kepada Yayasan Hijrah. Apakah kadar bayaran balik pada masa sekarang dan berapakah tunggakan atau peratusan peminjam yang gagal mematuhi jadual waktu membayar balik?
16) PENCEMARAN ANAK SUNGAI DI BERANANG TERUTAMA SG JERNIH DI SESAPAN BT REMBAU BERPUNCA DARI SISTEM KUMBAHAN IWK BDR TASIK KESUMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Penduduk tempatan mahukan penjelasan mengapakah perkara ini masih terus berlaku walaupun pihak Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Pengairan & Saliran telahpun dimaklumkan mengenai perkara ini
-
Limpahan telah mengubah bau, rupa dan keadaan sungai tersebut sehingga menjadi seperti longkang. Apakah yang boleh dikategorikan sebagai pencemaran alam sekitar akibat dari limpahan kumbahan untuk membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan mengikut undang-undang berkaitan.
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menguatkuasakan undang-undang mengekang pencemaran alam sekitar dalam masa yang terdekat
16) ISU KAMPUNG ORANG ASLI SUNGAI BULOH
Tahun:
Sesi:
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Bilakah kerajaan Selangor dapat menyambung paip air ke Kampung Orang Asli Sungai Buloh?
-
Bilakah jalan ke kampung Orang Asli tersebut akan dinaiktaraf?
16) MASALAH KEBERSIHAN DAN SAMPAH DI KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
-
Masalah kebersihan dan sampah di Klang masih tidak diselesaikan. Sebaliknya, ianya telah menjadi semakin teruk yang sentiasa dilaporkan dalam suratkhabar. Majlis Perbandaran Klang (MPK) sentiasa tidak mampu melantik kontraktor yang dapat bekerja mengikut jadual kontrak dan pegawai pemantau MPK juga sentiasa gagal memastikan kontraktor bekerja mengikut jadual, seolah-olahnya tidak wujud. Kerajaan Negeri sentiasa dalam keadaan penafian tentang isu pembersihan. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah serius ini?
