169) GAJI, ELAUN, ELAUN KHAS, KERAIAN, BONUS DAN GANJARAN UNTUK KAKITANGAN ATASAN GLC
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Memohon kerajaan memaklumkan gaji, elaun, elaun khas, keraian, bonus dan ganjaran untuk semua kakitangan atasan GLC. Jawapan boleh diberi dalam satu skala lingkungan?
-
Adakah kerajaan mempunyai satu skala gaji dan ukuran prestasi yang seragam untuk semua pegawai atasan GLC?
169) Bantuan Input Pertanian Untuk Pesawah Padi Di Iada Barat Laut Selangor
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan menyediakan peruntukan untuk membiayai input pertanian kepada pesawah padi di Kawasan Barat Laut Selangor dan jika ada sila nyatakan jumlahnya?
-
Nyatakan lain-lain bantuan yang disediakan oleh kerajaan negeri Selangor kepada pesawah tersebut jika ada?
169) MASALAH PENGURUSAN BANGUNAN PANGSAPURI KOS RENDAH OLEH JMB KHUSUSNYA DI SRI PERANTAU
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Semua maklum bahawa majoriti JMB yang mengendali pangsapuri kos rendah tidak mampu. Bagaimanakah kerajaan negeri merungkai masalah berangkai keadaan ini secara praktikal?
-
Pembeli rumah jenis ini menghadapi masalah rumah di lelong kepada pembeli yang BUKAN MISKIN. Apa tindakan kerajaan?
169) PEMBANGUNAN TEKNOLOGI HIJAU
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Mulut
-
Berapakah kos bajet eletrik bagi agensi Negeri Selangor untuk setahun?
-
Apakah inisiatif untuk letak panel solar di semua agensi/ bangunan kerajaan di Negeri Selangor bagi mengurangkan kos elektrik atau menjana hasil pendapatan baru?
169) PROJEK JEJAMBAT DI PERSIMPANGAN JALAN BROGA KE PEKAN SEMENYIH CENTRAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
-
Apakah status pelaksanaan pembinaan jejambat di persimpangan Jalan Broga ke Pekan Semenyih Central?
-
Nyatakan usaha yang dilakukan bagi tujuan pembinaan jejambat di persimpangan Jalan Broga ke Pekan Semenyih Central bagi tujuan mengurangkan kesesakan jalanraya dan kemalangan di persimpangan ini.
169) TANAH KERAJAAN TELAH DIPINDAHMILIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan satu senarai lengkap serta lokasi tanah-tanah kerajaan yang telah dipindahmilik menjadi tanah persekutuan dalam tempoh tahun 2008 hingga Mei 2013 dan Jun 2013 hingga Jun 2016.
-
Sila kemukakan satu senarai lengkap serta lokasi tanah-tanah kerajaan yang telah dipindahmilik menjadi tanah persendirian dalam tempoh tahun 2008 hingga Mei 2013 dan Jun 2013 hingga Jun 2016.
169) KAMPUNG TRADISI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan EXCO untuk menaiktarafkan taraf kampung tradisi melalui program kebudayaan dan warisan?
-
Adakah tidak peruntukan yang diberikan kepada kampung tradisi untuk membangunkan produk-produk berpotensi tempatan?
169) BERIKUTAN DENGAN PENAMATAN PERJANJIAN PERKHIDMATAN WIFI SELANGORKU YANG DISELENGGARA OLEH SYARIKAT EXTOL CORPERATION SDN BHD
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Bertulis
-
Adakah WifiSelangorku akan diteruskan perkhidmatannya?
-
Memandangkan Selangor merupakan negeri yang maju, adakah Kerajaan Selangor berperancangan menambah lokasi pemasangan Wifi percuma untuk memperluaskan penggunaannya?
169) INSTITUT DARUL EHSAN (IDE)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Adakah Institut Darul Ehsan (IDE) telah ditubuhkan? Sila bekalkan carta organisasi, senarai lembaga pengarah, elaun dan gaji serta butiran-butiran lain
-
Bagaimanakah IDE akan membelanja RM 5 juta yang diperuntukkan?
-
Apakah yang telah dibuat dan dicapai oleh IDE? Sila huraikan
169) PERUNTUKAN MARRIS DUN MERU DI BAWAH SELIAAN JKR, JPS DAN PEJABAT DAERAH KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Berapakah peruntukan projek MARRIS JKR, JPS dan Pejabat Daerah Klang untuk DUN Meru?
-
Apakah pecahan kerja-kerja MARRIS di bawah JKR, JPS dan Pejabat Daerah Klang di DUN Meru sejak sepuluh tahun lepas?
