169) TAPAK USAHAWAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan senarai mengikut DUN lokasi tapak usahawan, tapak bazaar, tapak pasar malam dan tapak uptown di seluruh Selangor.
-
Sila nyatakan program-program yang boleh dimohon oleh Usahawan Selangor.
-
Sejauh manakah keberkesanan program Hijrah Selangor kepada usahawan Selangor?
169) PEMBANGUNAN TEKNOLOGI HIJAU
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Mulut
-
Berapakah kos bajet eletrik bagi agensi Negeri Selangor untuk setahun?
-
Apakah inisiatif untuk letak panel solar di semua agensi/ bangunan kerajaan di Negeri Selangor bagi mengurangkan kos elektrik atau menjana hasil pendapatan baru?
169) TAPAK PAKIR KERETA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah kekurangan atau ketiadaan tapak pakir kereta di kawasan perumahan kos rendah?
-
Adakah Kerajaan Negeri bersedia meluluskan permit kepada pemilik rumah kos rendah untuk membina garaj di tanah lapang yang bersesuaian berdekatan rumah mereka?
169) PERANCANGAN MENGAMBIL ALIH PENGURUSAN AIR DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Setakat manakah rancangan ini dilakukan?
-
Pada jangkaan apakah pengurusan air oleh Kerajaan Negeri Selangor lebih baik dan lancar berbanding dengan pengurusan swasta sekarang?
-
Apakah kebaikan bagi rakyat apabila syarikat-syarikat urus air diambil alih dan di tadbir oleh Kerajaan Negeri?
169) SELGATE CORP SDN BHD
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah misi, visi dan rancangan pembangunan dan perniagaan anak syarikat PKNS, Selgate Corp Sdn Bhd dalam menceburi bidang kesihatan melalui usahasama dengan syarikat swasta?
-
Bagaimana rakyat Selangor secara amnya boleh bermanfaat daripada usahasama ini?
169) KAWASAN INDUSTRI ZURAH RASA
Tahun:
Sesi:
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Status terkini permohonan PKNS untuk mengeluarkan hakmilik individu kepada pemilik kilang di Kawasan Industri Zurah Rasa.
-
Senaraikan pembeli yang memberi lebih daripada 5 lot industri di Kawasan Industri Zurah Rasa dengan butiran seperti tahun membeli, harga jualan PKNS, dan sebagainya
-
Adakah PKNS akan mengambil tindakan terhadap pembeli yang belum mengemukakan kelulusan pelan bangunan setelah 2 tahun membeli lot industri di Kawasan Industri Zurah Rasa? Jika tidak, nyatakan sebabnya
169) PROJEK PEMBANGUNAN SELANGORKU SEJAHTERA
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah matlamat utama perancangan projek tersebut dan berapakah peruntukan yang disalurkan?
-
Sila senaraikan kategori pembangunan dan kemudahan infrastruktur yang menjadi fokus utama dalam projek tersebut ?
169) PENDENGARAN AWAM CADANGAN PENYAHWARTAAN HUTAN SIMPAN KEKAL KUALA LANGAT UTARA (HSKKLU)
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah keluasan Hutan Simpan Kekal Kuala Langat Utara (HSKKLU) yang sebenar dan cadangan yang hendak dinyahwartakan?
-
Siapakah yang dijemput hadir untuk proses pendengaran awam cadangan Penyahwartaan HSKKLU?
169) BARANGAN KITAR SEMULA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Apakah pihak PBT menyediakan garis panduan dan mengawal aktiviti pengusaha barangan kitar semula?
-
Nyatakan statistik bilangan pengusaha terbabit mengikut daerah?
-
Apakah terdapat aduan atau siasatan pengusaha yang terlibat membeli barangan lusuh curi?
169) PEMULIHAN DAN PEMBERSIHAN SUNGAI KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk melaksanakan Pakej Rangsangan Ekonomi Projek Pemuliharaan dan Pembangunan Sungai Klang. Berapakah jumlah peruntukan yang diperlukan untuk projek pemuliharaan dan pembangunan Sg. Klang dan dari sumber mana peruntukan tersebut diperoleh?
-
Sila nyatakan kawasan yang akan terlibat dalam pelaksanaan projek tersebut dan jadual pelaksanaan projek tersebut dilaksanakan.
