173) SUMBER AIR BERSIH NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan jangka panjang Kerajaan Negeri bagi memastikan sebarang gangguan terputusnya bekalan air tidak melebihi dari 1 hari keperluan penggunaan rakyat?
-
Adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk menggunakan kaedah 'reverse osmosis'?
173) PROJEK PEMBANGUNAN RUMAH SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila huraikan apakah perkembangan dan pencapaian terkini Rumah Selangorku?
-
Sila kemukakan butiran mengenai jumlah dan peratus senarai pemohon yang berjaya mendapat tawaran Rumah Selangorku?
-
Sila nyatakan apakah bantuan dan langkah proaktif yang dilaksanakan oleh Kerajaan bagi memastikan pemohon mendapat pinjaman?
173) TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Ada pihak-pihak tertentu menyatakan premium tanah di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat terlalu tinggi khususnya rumah kediaman. Sejauh mana kenyataan itu benar
-
Jelaskan bagaimana premium tanah itu dikira (berapa kategori)
173) PEMBELAAN KAUM PEKERJA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Apa dasar Kerajaan Negeri untuk memastikan bahawa peluang-peluang pekerjaan anak-anak tempatan tidak di anak tirikan oleh pekerja-pekerja asing?
173) PUSAT MAKLUMAT PELANCONG DI SEKINCHAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini Pusat tersebut?
-
Sila nyatakan bilakah Pusat Maklumat Pelancong akan direalisasikan bagi membantu mempromosikan sektor pelancongan di Sekinchan?
-
Sila nyatakan berapakah peruntukan yang disalurkan?
173) MIMBAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Berapakah orang pemohon Skim Mikrokredit MIMBAR dan berapakah orang yang telah mendapat kelulusan?
-
Sila nyatakan pecahan mengikut kaum yang telah berjaya mendapat pinjaman Mikrokredit ini.
-
Memandangkan kurangnya sambutan kaum cina, apakah langkah2 kerajaan negeri untuk memperbaiki keadaan ini?
173) TEMPOH LANJUTAN PAJAKAN TANAH DAN KADAR PREMIUM
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Mulut
-
Berapa lamakah Kerajaan Negeri melanjutkan tempoh pajakan tanah bagi pemilikan yang sudah tamat tempoh 99 tahun dan berapakan kadar premiumnya.
173) PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
-
Apakah tahap kemajuan terkini pada projek Pembersihan Sungai Klang yang dijangka menjadi nadi baru ekonomi Selangor
-
Apakah tahap kemajuan terkini pada projek Pembangunan Semula Bandar
-
Bilakah proses pengambilalihan air Selangor oleh negeri diselesaikan dan apakah halangan terkini yang dihadapi untuk merealisasikan harapan tersebut.
173) BIASISWA IPT KERAJAAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
-
Berapakah orang anak Selangor berjaya memperoleh Biasiswa Pengajian Tinggi yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri sejak 2008 sehingga 2012?
-
Sila memberikan maklumat penerima biasiswa mengikut pecahan kaum dan mengikut tahun.
173) KELESTARIAN BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah tahap pencapaian Bas Smart Selangor dari sudut menggalakkan penggunaan pengangkutan awam?
-
Apakah rancangan dalam setiap PBT untuk mengurangkan emisi karbon?
-
Apakah perancangan menyediakan laluan tanpa halangan (barrier free) di setiap PBT untuk OKU dan orang kecacatan fizikal?
