172) STATUS LAPORAN TASK FORCE TANAH PEJABAT TANAH GALIAN BAGI KG MERBAU SEMPAK, KG KUBU GAJAH, KG PAYA JARAS HILIR DAN KG PAYA JARAS TENGAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah permohonan tanah yang terlibat di bawah task force tersebut ?
-
Apakah faktor halangan yang ada sehingga isu tanah masih belum selesai ?
-
Apakah status permohonan tanah penduduk Kg Masjid Sungai Buloh yang telah mendapat pelepasan dari TNB ?
172) IBU TUNGGAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Setakat ini, apakah rancangan yang telah dilancarkan untuk membantu ibu tunggal di negeri Selangor? Huraikan
-
Apakah program yang akan dilancarkan dalam masa yang terdekat untuk ibu tunggal? Sila kaitkan program tersebut dengan kegawatan ekonomi yang melanda kini.
-
Saya dapati bahawa informasi mengenai ibu tunggal tidak dapat disampaikan kesegenap lapisan masyarakat. Apakah pendekatan yang akan digunakan oleh pihak kerajaan negeri untuk memastikan informasi berkenaan dapat disebarkan?
172) PENYEDIAAN TAPAK KEMUDAHAN AWAM OLEH PEMAJU PERUMAHAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Senaraikan syaratÐsyarat penyediaan kemudahan yang akan dikenakan ke atas pemaju mengikut saiz pembangunannya dan bilangan rumah (penduduk) ?
-
Apakah tindakan yang boleh diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan Kerajaan Negeri jika pemaju gagal menyediakan kemudahan sedemikian?
172) Masalah Paip Pecah Dan Kebocoran Paip Utama Bekalan Air
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang diambil Kerajaan Negeri Selangor untuk mengelakkan atau mengurangkan insiden paip pecah atau kebocoran paip utama bekalan air terutamanya di DUN Hulu Bernam?
172) AIR DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri telah mengehadkan kajian tentang permintaan air (industri dan per kapita) di Negeri Selangor berbanding dengan kapasiti dalam negeri. Apakah usahausaha Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kapasiti air di Negeri Selangor berdasarkan economic growth projected method.
172) SMART SOLUTION
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Sejauhmana masyarakat telah memanfaatkan Aplikasi mudah City Act yang telah dilaksanakan tahun ini?
-
Apakah usaha KNS untuk mewar-warkan perkara ni kepada rakyat dan pengguna?
-
Sejauhmana kecekapan aduan-aduan ini telah ditanggani, apakah kayu ukur yang digunakan?
172) KAEDAH PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan dengan detail jumlah bilangan kawasan pelupusan sisa pepejal yang dikendalikan oleh setiap PBT?
-
Sila nyatakan apakah kaedah pengurusan sisa pepejal yang diguna pakai oleh PBT dan apakah keberkesanannya?
-
Sila huraikan apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan Negeri dalam pengurusan sisa pepejal dengan menggunakan teknologi yang lebih canggih dan mesra alam?
172) PERANCANGAN PEMBANGUNAN GUGUSAN-GUGUSAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini Perancangan Pembangunan Gugusan-Gugusan bagi meningkatkan ekonomi, sosial dan alam sekitar Negeri Selangor?
172) JELAPANG PADI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan secara terperinci jumlah keseluruhan keluasan tanah pertanian sawah padi di Negeri Selangor mengikut daerah.
-
Berapakah jumlah pengeluaran hasil padi mengikut musim dari tahun 2016- 2019?
172) JALAN LUAR BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah yang telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri mengikut pecahan setiap daerah untuk membina dan menaik taraf jalan luar bandar dalam tempoh 2009-2012?
-
Apakah perancangan yang bakal dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun yang akan datang?
