172) MASALAH SAMPAH DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah peranan yang boleh dan sedang dimainkan oleh Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) untuk mengatasi masalah sampah haram di peringkat PBT?
-
Siapakah kontraktor sampah domestik KDEBWM di Kuala Langat dan senaraikan kekuatan dan semua aset kepunyaan kontraktor-kontraktor ini.
172) KAEDAH PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan dengan detail jumlah bilangan kawasan pelupusan sisa pepejal yang dikendalikan oleh setiap PBT?
-
Sila nyatakan apakah kaedah pengurusan sisa pepejal yang diguna pakai oleh PBT dan apakah keberkesanannya?
-
Sila huraikan apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan Negeri dalam pengurusan sisa pepejal dengan menggunakan teknologi yang lebih canggih dan mesra alam?
172) JALAN LUAR BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah yang telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri mengikut pecahan setiap daerah untuk membina dan menaik taraf jalan luar bandar dalam tempoh 2009-2012?
-
Apakah perancangan yang bakal dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun yang akan datang?
172) PORTFOLIO PENERANGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah peruntukan untuk portfolio ini dari 2014-2016
-
Senaraikan semua program di bawah portfolio ini pada tahun 2016 serta kosnya
172) PELAN INDUK PENGANGKUTAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Apakah status pelaksanaan Pelan Induk Pengangkutan Negeri Selangor sehingga kini?
-
Apakah bentuk kerjasama yang telah diwujudkan jika ada di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan Pelan Induk Pengangkutan Negeri Selangor dapat dilaksanakan?
172) WIFI SMART SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Berapa bilangan mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur Digital Negeri yang telah diadakan sepanjang tahun 2019?
-
Apakah inisiatif baru Kerajaan Negeri untuk mengkoordinasi pembangunan infrastruktur digital di seluruh Negeri Selangor?
172) HUTANG KERAJAAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan secara terperinci jumlah hutang Kerajaan Negeri sehingga kini.
-
Nyatakan kemampuan Kerajaan Negeri untuk membayar balik hutang tersebut.
172) WIFI SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah terkini wifi hotspot yang telah dipasang mengikut kampung-kampung dan daerah di Negeri Selangor?
-
Berapakah jumlah perbelanjaan untuk memasang wifi hotspot tersebut?
172) PENGANGGURAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Nyatakan perangkaan terkini jumlah pengangguran di Negeri Selangor?
-
Adakah terdapat program-program tertentu yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mengurangkan kadar pengangguran di Selangor?
172) PELAKSANAAN GAJI MINIMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Pusat dan Kementerian Sumber Manusia telah bergerak ke hadapan dengan serius untuk melaksanakan gaji minima untuk pekerja . Pihak Kerajaan Negeri masih berlengah dan gagal menyediakan suatu mekanisme ke arah mengimplementasikannya di Selangor. Apakah status cadangan Kerajaan Negeri untuk mengimplementasikan gaji minima ini di semua anak-anak syarikat Kerajaan Negeri (GLC)
