172) HUTAN SIMPAN HULU LANGAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Berapakah keluasan hutan/hutan simpan dalam daerah Hulu Langat dan lokasinya serta adakah apa-apa hasil hutan yang dikutip?
-
Apakah agensi-agensi yang bertanggungjawab menguatkuasakan peraturanperaturan di hutan simpan termasuk pemantauan pencerobohan tanah, hasil hutan dan seumpamanya?
-
Apakah Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mempunyai unit/ anggota Renjer Hutan seperti mana Majlis Bandaraya Petaling Jaya?
172) JALAN LUAR BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah yang telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri mengikut pecahan setiap daerah untuk membina dan menaik taraf jalan luar bandar dalam tempoh 2009-2012?
-
Apakah perancangan yang bakal dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun yang akan datang?
172) PERANCANGAN PEMBANGUNAN GUGUSAN-GUGUSAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini Perancangan Pembangunan Gugusan-Gugusan bagi meningkatkan ekonomi, sosial dan alam sekitar Negeri Selangor?
172) BANTUAN BENCANA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri untuk Tabung Bencana?
-
Apakah jenis bencana yang layak mendapat bantuan daripada Tabung Bencana? Apakah jenis bantuan yang diberikan dan jumlah bantuan kewangan yang ditetapkan untuk sesuatu kerosakan yang dialami?
172) PERJANJIAN PENYERAHAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah faedah yang akan diberi kepada Selangor mengikut perjanjian apabila kerajaan Selangor menyerah Kuala Lumpur dan putrajaya kepada kerajaan Persekutuan sebagai Wilayah Persekutuan?
-
Setakat manakah syarat-syarat perjanjian ini dipatuhi oleh kedua-dua pihak?
172) JELAPANG PADI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan secara terperinci jumlah keseluruhan keluasan tanah pertanian sawah padi di Negeri Selangor mengikut daerah.
-
Berapakah jumlah pengeluaran hasil padi mengikut musim dari tahun 2016- 2019?
172) PROGRAM BANTUAN BLUEPRINT PEMBASMIAN KEMISKINAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri bersedia mengeluarkan garis panduan untuk menambahbaikkan Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan?
-
Nyatakan kekerapan mesyuarat pemilihan penerima bantuan program tersebut diadakan?
-
Apakah sebabnya penerimaan bantuan mesin memakan masa 6 hingga 12 bulan selepas permohonan diluluskan?
172) PELAKSANAAN GAJI MINIMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Pusat dan Kementerian Sumber Manusia telah bergerak ke hadapan dengan serius untuk melaksanakan gaji minima untuk pekerja . Pihak Kerajaan Negeri masih berlengah dan gagal menyediakan suatu mekanisme ke arah mengimplementasikannya di Selangor. Apakah status cadangan Kerajaan Negeri untuk mengimplementasikan gaji minima ini di semua anak-anak syarikat Kerajaan Negeri (GLC)
172) BANGLO SULTAN SULAIMAN DAN BANGLO SRI SELANGOR, FRASER’S HILL
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
-
Apakah status kerja penaiktarafan untuk Banglo Sultan Sulaiman dan Banglo Sri Selangor?
-
Apakah perbelanjaan sebenarnya yang telah dibelanjakan atas kerja-kerja penaiktarafan Banglo Sultan Sulaiman dan Banglo Sri Selangor?
-
Sila berikan butir-butir tentang kerja yang telah dilaksanakan.
172) MASALAH KESESAKAN TRAFIK DI PETALING JAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk mengatasi kesesakan traffic di Petaling Jaya dan apa sasaran penambahbaikan situasi kesesakan ini dalah 3 tahun akan datang?
-
Bagaimana Kerajaan Negeri mengukur tahap kesesakan traffic demi mengukur kejayaan mengatasinya?
