18) NYAMUK WOLBACHIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan penemuan pelepasan nyamuk wolbachia di Selangor dalam menangani wabak denggi.
18) LAWATAN LUAR NEGARA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua lawatan ke luar negara oleh semua anggota MMKN, bilangan anggota dan kakitangan yang terlibat serta jumlah perbelanjaan penginapan dan pengangkutan setiap rombongan untuk tahun 2017.
18) PENCEMARAN ALAM SEKITAR OLEH KILANG-KILANG DI DUN SENTOSA
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua kilang yang telah diambil tindakan oleh pihak Kerajaan Negeri dan MPK yang mempunyai aduan penduduk setempat.
-
Apakah tindakan penguatkuasaan oleh Kerajaan Negeri dan MPK terhadap kilang-kilang di Lot 10439 Jalan Sungai Jati yang melakukan pembakaran terbuka sehingga mencemarkan alam sekitar di DUN Sentosa?
-
Senaraikan tindakan yang telah diambil untuk menangani isu pembakaran terbuka oleh MPK di DUN Sentosa.
18) GERAN SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Pihak manakah yang menguruskan Geran Selangorku? Apakah mekanisme yang diambil untuk menjamin ketelusan pengurusan?
-
Mengapakah perbelanjaan Geran Selangor tidak dibentangkan sebagai sebahagian daripada bajet?
-
Berapakah daripada RM300 juta Geran Selangorku yang telah dibelanja (bukan dilulus)? Sila jelaskan perbelanjaan tersebut
18) PERANCANGAN DIPIHAK PBT UNTUK MENAIKTARAF TASIK SERI AMAN (LOMBONG BUAYA)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Adakah perancangan dipihak PBT untuk menaiktaraf Tasik Seri Aman (Lombong Buaya) sebagai Tasik Rekreasi?
18) MARRIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan jumlah panjang jalan baru yang didaftarkan di Sistem MARRIS online untuk tahun 2016 oleh setiap jabatan dan Pihak Berkuasa Tempatan
-
Sila bekalkan jumlah panjang mengikut usia jalan (1,3,5,8,10,12,15 tahun ke atas) mengikut Agensi Pelaksana/Pihak Berkuasa Tempatan
18) BANTUAN KEPADA PENIAGA KECIL
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Terdapat peniaga-peniaga kecil diibaratkan kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Apakah langkah dan keprihatinan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri dalam membantu memajukan perniagaan peniaga tersebut?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menurunkan kos lesen atau sewaan premis di bawah kelolaan Kerajaan Negeri bagi membantu meringankan beban kos peniaga terbabit?
-
Nyatakan jumlah peniaga kecil yang akan dan telah diberikan bantuan dari Kerajaan Negeri di kawasan Pelabuhan Klang?
18) BANTUAN PENDIDIKAN KERAJAAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Sebanyak RM1 juta telah diperuntukkan untuk membantu 25 sekolah mubaligh dan lima sekolah SMJK di Selangor. Senaraikan permohonan yang telah diterima serta amaun yang telah diluluskan untuk setiap satu permohonan tersebut.
18) KAJIAN TERHADAP SOP PENGELUARAN GERAN TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan bercadang mengkaji semula SOP sedia ada bertujuan mengenalpasti kelemahan proses permohonan tanah pelbagai kategori / pengeluaran geran tanah di semua Pejabat Tanah/Daerah?
-
Jika ya, bilakah akan dilaksanakan?
-
Atau, kerajaan berpuas hati dengan SOP sedia ada?
18) JAMBATAN BESI (BAILEY BRIDGE) PEKAN SEMENYIH
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Bakhtiar Bin Mohd Nor
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini cadangan pembinaan jambatan baru menggantikan jambatan besi di Pekan Semenyih?
-
Kontraktor manakah yang diberi tanggungjawab terhadap projek pembinaan jambatan baru ini dan sebanyak mana peruntukan yang diberikan untuk projek ini?
