18) CUTI BERSALIN SEBANYAK 90 HARI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
-
Manifesto kerajaanjuga memperlihatkan hasrat kerajaan negeri untuk membela nasib kaum wanita dan saya sebagai pemantau jawatankuasa tetap hal ehwal wanita ingin kerajaan menunaikan janji-janji dengan memberi cuti sebanyak 75 hari kepada kaum wanita. Adakah cuti bersalin sebanyak 90 hari akan diberikan seperti yang dijanjikan?
-
Apakah langkah-Iangkah yang akan diambil oleh kerajaan negeri untuk meningkatkan status wanita yang juga menjadi sumbangan ekonomi negeri?
-
Bagaimana pula dengan 14 hari cuti yang akan ditawarkan sewaktu isterinya bersalin? Bilakahjanji-janji ini akan dikotai dan dilaksanakan?
18) DEWAN SERBAGUNA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah dewan orang ramai yang masih boleh digunakan dan tidak boleh digunakan?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri agar kerosakan yang berlaku tidak akan terjadi lagi pada masa akan datang?
18) GERAN SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Pihak manakah yang menguruskan Geran Selangorku? Apakah mekanisme yang diambil untuk menjamin ketelusan pengurusan?
-
Mengapakah perbelanjaan Geran Selangor tidak dibentangkan sebagai sebahagian daripada bajet?
-
Berapakah daripada RM300 juta Geran Selangorku yang telah dibelanja (bukan dilulus)? Sila jelaskan perbelanjaan tersebut
18) BANTUAN KEPADA PENIAGA KECIL
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Terdapat peniaga-peniaga kecil diibaratkan kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Apakah langkah dan keprihatinan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri dalam membantu memajukan perniagaan peniaga tersebut?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menurunkan kos lesen atau sewaan premis di bawah kelolaan Kerajaan Negeri bagi membantu meringankan beban kos peniaga terbabit?
-
Nyatakan jumlah peniaga kecil yang akan dan telah diberikan bantuan dari Kerajaan Negeri di kawasan Pelabuhan Klang?
18) MARRIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan jumlah panjang jalan baru yang didaftarkan di Sistem MARRIS online untuk tahun 2016 oleh setiap jabatan dan Pihak Berkuasa Tempatan
-
Sila bekalkan jumlah panjang mengikut usia jalan (1,3,5,8,10,12,15 tahun ke atas) mengikut Agensi Pelaksana/Pihak Berkuasa Tempatan
18) DEWAN ORANG RAMAI DI TAMAN IMPIAN EHSAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Bertulis
-
Kawasan DUN Balakong kekurangan balai raya dan dewan orang ramai untuk kegunaan aktiviti penduduk taman seperti Taman Impian Ehsan, Taman Seri Timah, Taman Sutera dan lain-lain lagi. Adakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang memperuntukkan bajet untuk mendirikan balai raya atau dewan orang ramai di taman-taman di kawasan DUN Balakong?
18) DEPOSIT KONTRAKTOR DAN SYARIKAT UTILITI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak deposit yang telah dibayar oleh syarikat-syarikat utiliti serta kontraktor-kontraktor mereka yang telah diguna untuk memperbaiki turapanturapan mereka yang kurang memuaskan di setiap PBT sehingga kini?
18) PERUNTUKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Berapakah peruntukan yang di belanjakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor kepada penerima-penerima bantuan bulanan di seluruh Parlimen Ampang bagi tahun 2008 & 2009 secara terperinci, berikan mengikut UMUR dan BANGSA?
18) MAIS COPERATION SDN BHD
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah aktiviti yang dijalankan oleh MAIS Coperation Sdn Bhd.
-
Terdapat juga kerja-kerja yang berkaitan dengan Masjid yang dilakukan oleh MAIS Coperation Sdn Berhad. Siapakah yang menyelenggarakan kerja-kerja tersebut ?
18) KAJIAN TERHADAP SOP PENGELUARAN GERAN TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan bercadang mengkaji semula SOP sedia ada bertujuan mengenalpasti kelemahan proses permohonan tanah pelbagai kategori / pengeluaran geran tanah di semua Pejabat Tanah/Daerah?
-
Jika ya, bilakah akan dilaksanakan?
-
Atau, kerajaan berpuas hati dengan SOP sedia ada?
