18) JAMBATAN BESI (BAILEY BRIDGE) PEKAN SEMENYIH
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Bakhtiar Bin Mohd Nor
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini cadangan pembinaan jambatan baru menggantikan jambatan besi di Pekan Semenyih?
-
Kontraktor manakah yang diberi tanggungjawab terhadap projek pembinaan jambatan baru ini dan sebanyak mana peruntukan yang diberikan untuk projek ini?
18) KURSUS PENDIDIKAN PASANGAN SUAMI ISTERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan mengkhususkan kursus kepimpinan dalam rumah tangga, memandangkan penceraian yang tinggi berlaku di Selangor?
-
Adakah kerajaan bercadang mengadakan kursus psikologi untuk ibu bapa dalam mendidik anak-anak sewaktu menghadapi zaman media Elektronik?
18) PEKERJA LADANG (ESTATE)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Di bawah EXCO KESIHATAN, PEKERJA LADANG, KEMISKINAN DAN KERAJAAN PRIHATIN yang bertujuan membantu dengan membina jati diri Pekerja Ladang Rakyat (Estate) agar dapat keluar daripada belenggu kemiskinan material, intelektual dan spiritual. Bertanya kepada YAB DatoÕ Menteri Besar : a) Berapa banyakkah peruntukan yang telah di gunakan untuk program sedemikian. b) Sejauh manakah keberkesanan peruntukan tersebut bagi meningkatkan pendapatan perkapita mereka.
18) This is my new question
Tahun:
Sesi:
Isu: Dewan
Adun: Joe Tester
Kategori:
18) KERAJAAN NEGERI MENJADI PERANTARAAN UNTUK MEMUDAHKAN PERMOHONAN MEMPATENKAN PRODUK
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Bolehkah Kerajaan Negeri menjadi perantaraan untuk memudahkan permohonan mempatenkan produk-produk ciptaan mesin pembuatan oleh Industri Kecil Sederhana agar tidak ditiru oleh pihak lain?
18) UNISEL
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Universiti Selangor (UNISEL) menghadapi persaingan hebat dengan IPTA dan IPTS. Berapa jumlah pelajar UNISEL pada masa ini?
-
Berapa jumlah pelajar luar Negara dan apakah tindakan yang diambil untuk menarik pelajar luar Negara ini?
-
Apakah kursus/subjek yang menjadi kekuatan dan daya penarikan bagi UNISEL?
18) BANTUAN INFRASTRUKTUR SEKOLAH KERAJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan nama sekolah dan jumlah peruntukan di DUN Rawang, DUN Kuang dan DUN Taman Templer yang telah diterima daripada Kerajaan Negeri sejak tahun 2008.
-
Adakah Kerajaan akan memberi bantuan ini kepada Sekolah Kebangsaan? Sila nyatakan sebab.
18) PENGLIBATAN ANAK MUDA DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah kerajaan untuk memberikan penglibatan yang lebih mendalam kepada anak muda Selangor terutama dalam penggubalan polisi Selangor?
-
Program Penggerak belia tempatan (PeBT) telah dilaksanakan sejak tahun 2008, adakah kerajaan negeri akan meningkatkan tahap perwakilan PeBT melalui pilihanraya?
18) OPERASI MENGOSONG DAN MERUNTUH RUMAH/PONDOK SERTA MENGHENTIKAN AKTIVITI PENTERNAKAN DAN TANAMAN DALAM HUTAN SIMPAN RAJA MUSA
Tahun:
Sesi:
Isu: tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah keluasan sebenar kawasan tanaman yang dimusnahkan oleh Penguatkuasa Kerajaan Negeri?
-
Apakah tindakan undang-undang yang diambil ke atas peneroka-peneroka berkenaan?
-
Berapakah jumlah pampasan yang diberikan kepada peneroka-peneroka di kawasan berkenaan yang kehilangan sumber pendapatan?
18) PELABURAN ASING
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan jangka pendek / panjang Kerajaan Negeri untuk menarik pelabur luar mahupun dalam negeri ke kawasan Bukit Sentosa / Beruntung memandangkan masih banyak lagi premis kedai/perniagaan dan perumahan yang terbiar tanpa diuruskan dengan baik?
