176) PENGURUSAN AIR MENTAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan projek HORAS (Hybrid Off River Augmentation Storage)? Bilakah projek boleh disiap?
-
Apakah rancangan kerajaan negeri dalam pengurusan air mentah?Memandangkan banyak empangan Selangor masih pada paras yang rendah jika dibandingkan dengan masa yang sama tahun-tahun lepas.
176) Hasil Nelayan Berkurangan
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Mulut
-
Adakah kajian, mengapa tangkapan nelayan berkurangan dan apakah tindakan?
-
Adakah cadangan untuk mendalamkan sungai di jeti jeti bagi membolehkan nelayan turun kelaut tanpa menunggu jadual laut pasang?
-
Apakah faktor yang menyebabkan ternakan kerang di sementa terjejas dan apakah tindakan?
176) AKUJANJI MENTERI BESAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah perincian isi kandungan aku janji tersebut?
-
Bagaimanakah pentadbiran Menteri Besar dapat menunaikan aku janji tersebut?
-
Apakah para EXCO juga terikat dengan aku janji tersebut?
176) STATISTIK SMUE, TAWAS, FOOD STAMP DAN PROGRAM KEBAJIKAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
-
Mengikut statistik terkini, berapakah jumlah rakyat Selangor yang mendapat manfaat program-program kebajikan Kerajaan Negeri Selangor dari tahun 2008 hingga 2016 (terkini)?
-
Berapakah kos keseluruhan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri untuk tempoh berkenaan?
176) SURAT TAULIAH DARIPADA MAIS ATAU JAIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak dan kepada siapa surat tauliah MAIS, JAIS telah dikeluarkan sejak 2008 sehingga kini?
176) TANAH RIZAB MELAYU
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah keluasan terkini tanah rizab Melayu di Negeri Selangor mengikut daerah?
-
Berapakah jumlah keluasan tanah rizab Melayu yang telah dibuat pembangunan mengikut daerah?
-
Berapakah permohonan untuk menukar status tanah rizab Melayu yang pernah diterima dan berapa yang diluluskan?
176) KESELAMATAN JALAN JKR DI HULU SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah dan jenis peralatan yang sedia ada seperti skylift dan sebagainya untuk penyelenggaraan jalan JKR di Hulu Selangor memandangkan dahan pokok menghalang laluan pengguna jalan raya sering berlaku
-
Apakah tindakan JKR Selangor terhadap jalan raya dari Pekan Rasa keluar ke Jalan Persekutuan 1 Tanjung Malim - Rawang yang sering berlaku kemalangan?
176) KAJIAN IMPAK PROGRAM BLUEPRINT PEMBASMIAN KEMISKINAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan status terkini kajian impak program Blueprint pembasmian kemiskinan?
-
Berapakah jumlah perbelanjaan untuk menyelesaikan kajian tersebut?
176) INDUSTRI TERNAKAN BABI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri Selangor akan meneruskan Projek Ternakan Moden Babi ini setelah mendapati ianya amat berisiko tinggi kepada kesihatan umum bukan sahaja kepada masyarakat sekitar tetapi kepada negara secara keseluruhan
-
Apakah langkah-langkah pencegahan yang diambil Kerajaan Negeri supaya penyakit ini tidak menular di kalangan ladang-ladang ternakan babi sedia ada di Negeri Selangor
176) LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
-
Nyatakan tindakan Kerajaan Negeri berkenaan aduan masalah kecurian dan kerosakan setelah mendapat kunci rumah?
-
Nyatakan jumlah aduan dan tindakan yang diambil dari tahun 2013 hingga 2015?
