176) PROGRAM TAWAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Berapakah permohonan TAWAS?
-
Apakah masalah-masalah yang dihadapi dalam perlaksanaan program TAWAS?
-
Berapakah peruntukan yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk tabung TAWAS bagi tahun 2009?
176) KEMUNGKINAN TEBING RUNTUH DI TAMAN KAJANG BARU
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang akan diambil oleh MPKj?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang diperlukan bagi membaiki cerun yang mungkin runtuh ini?
-
Apakah tindakan keselamatan yang diambil bagi mengelakkan berlakunya kemalangan?
176) JAWATANKUASA BANDAR SELAMAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Apakah sasaran,perancangan yang ditetapkan dan peruntukan yang diberikan untuk Jawatankuasa Bandar Selamat di setiap PBT bagi tahun 2013-2018.
-
Senaraikan kos dan lokasi pemasangan CCTV dalam kawasan Majlis Perbandaran Selayang serta pihak mana yang bertanggungjawab memantau CCTV tersebut
176) KILANG HARAM KITAR SEMULA SISA PLASTIK, E-WASTE DAN PELEBURAN ALUMINIUM
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
-
Apakah status kes dan penguatkuasaan yang telah dilakukan pada tahun ini?
176) PRESTASI PELABURAN SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Berapakah nilai pelaburan yang dijangka untuk tahun 2019 berbanding tahun 2018?
-
Apakah pembaharuan polisi Kerajaan Negeri bagi memastikan Selangor sebagai destinasi pelaburan utama dalam Negara?
176) YAYASAN WARISAN ANAK SELANGOR (YAWAS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah kriteria dab syarat-syarat kelayakan pelantikan pengurus besar Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)?
176) PENGURUSAN AIR MENTAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan projek HORAS (Hybrid Off River Augmentation Storage)? Bilakah projek boleh disiap?
-
Apakah rancangan kerajaan negeri dalam pengurusan air mentah?Memandangkan banyak empangan Selangor masih pada paras yang rendah jika dibandingkan dengan masa yang sama tahun-tahun lepas.
176) STATISTIK SMUE, TAWAS, FOOD STAMP DAN PROGRAM KEBAJIKAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
-
Mengikut statistik terkini, berapakah jumlah rakyat Selangor yang mendapat manfaat program-program kebajikan Kerajaan Negeri Selangor dari tahun 2008 hingga 2016 (terkini)?
-
Berapakah kos keseluruhan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri untuk tempoh berkenaan?
177) PENGANGKUTAN AWAM DAN KEMUDAHAN AWAM DI KAWASAN PELANCONGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Bakhtiar Bin Mohd Nor
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan bercadang untuk menambah laluan bas ke pusat tumpuan pelancong di Selangor contohnya seperti Bukit Broga Semenyih?
-
Berapakah peruntukan dibelanjakan bagi menaiktaraf kawasan pelancongan di Selangor sepanjang tahun 2017?
177) PELUCUTHAKAN HAKMILIK TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah prosedur yang perlu dipatuhi dan dasar yang telah ditetapkan dalam melucuthak sesuatu hakmilik tanah di bawah s.130 Kanun Tanah Negara akibat perlanggaran syarat (s.129 KTN) atau kegagalan membayar sewa (s.100 KTN)?
-
Adakah s.128 KTN perlu dilaksanakan sebelum s.129 dikuatkuasa?
